|
| Angkara AS negara muslim diserang |
| Friday, June 23, 2006 |

|
BAHAN letupan dipercayai diletakkan di kedua-dua menara World Trade Center ketika bangunan itu meletup menyebabkan tiang-tiang konkrit, komputer, kerusi dan meja bertebaran ke udara akibat letupan tersebut.
DAHI kita pasti berkerut apabila ada fakta yang menyebut bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) hanya membelanjakan RM2.16 juta (AS$600,000) untuk menyiasat punca bangunan World Trade Center (WTC) runtuh dalam tragedi 11 September 2001.
Mereka terpaksa berbelanja sebanyak hampir RM144 juta (AS$40 juta) bagi menyiasat skandal seks bekas Presiden Bill Clinton dengan pembantu Rumah Putih, Monica Lewinsky yang kos akhirnya mencecah RM234 juta.
Tragedi 11 September 2001 itu dijadikan alasan kuat oleh AS untuk mengebom Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama bin Laden dan kumpulan al-Qaeda yang dituduh mendalangi tragedi 9/11. Namun, tentunya yang lebih ramai terbunuh hanyalah penduduk awam yang tidak berdosa terutama wanita, orang tua dan kanak-kanak apabila perkampungan-perkampungan mereka dibedil dan diserang tanpa sebarang ampun!
Perlu disebut juga ia bagaikan satu usaha untuk melenyapkan Islam kerana kebanyakan mangsa adalah umat agama tersebut yang turut dimomokkan sebagai pengganas! Mungkin kita tidak ragu-ragu untuk mengatakan AS sanggup `mencipta' satu tragedi bagi membolehkan dewan Kongres mereka pada akhirnya terpaksa membenarkan Presiden George W. Bush menyerang pengganas.
Perkara seperti ini sebenarnya bukanlah baru! Ini kerana teknik yang sama pernah dilakukan bagi membolehkan AS mendapat kebenaran untuk menyerang mana-mana pihak. Semasa meletusnya Perang Teluk sehingga Kuwait berjaya diceroboh oleh tentera Iraq yang dipimpin oleh Saddam Hussein pada awal tahun 1990, AS beriya-iya mencari jalan bagaimana mereka dapat membantu Kuwait.
Kesempatan ini diambil oleh sebuah firma atau Konsultan Perhubungan Awam, Hill and Knowlton yang kemudiannya dibayar berjuta dolar AS bagi mencipta satu gelombang propaganda yang pada akhirnya memberi ruang kepada AS untuk menyerang Iraq.
Walaupun terpaksa membeli waktu-waktu siaran utama namun usaha mereka amat berbaloi. Bukan sahaja mereka kemudiannya dibayar dengan begitu lumayan tetapi yang lebih penting konsultan itu berjaya mengelabui pandangan orang ramai iaitu dengan menerbit dan menyiarkan pelbagai program TV termasuk menjual video-video berita atau video news release (VNR) yang memberikan 1,001 alasan mengapa Iraq mesti diperangi. Perang psikologi benar-benar meletus ketika itu.
Media telah diperalatkan untuk mempengaruhi audiens. Satu kajian Jabatan Komunikasi Universiti of Massachusetts mendapati "lebih banyak penduduk AS menonton televisyen, semakin tertutup minda mereka kepada fakta dan kebenaran yang sepatutnya mereka ketahui. Apabila semakin kurang fakta yang mereka ketahui maka semakin mudah mereka menerima semua dasar-dasar pentadbiran Bush."
Hasil propaganda itu, rakyat AS akhirnya percaya bahawa Saddam Hussein sememangnya manusia gila yang dipercayai terlibat secara langsung dalam semua tindakan kejam sekalipun terhadap rakyatnya sendiri. Saddam mempunyai kuasa melakukan lebih banyak kerosakan dan rakyat AS percaya Saddam perlu disingkir.
Tetapi apakah faktor serta-merta yang dijadikan kempen oleh Bush untuk menyerang Iraq atau lebih tepat menyerang umat Islam? Sehari selepas tentera Iraq menceroboh Kuwait, firma Hill and Knowlton ditawarkan satu lagi projek propaganda bernilai RM3.6 juta sebulan bagi membantu Kuwait merampas kembali negara mereka daripada Iraq. Kontrak ini adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah perhubungan awam.
Hill and Knowlton kemudian memperalatkan seorang gadis warga Kuwait bagi membohongi dunia, di sebalik perkataan `hak asasi' yang kononnya cuba mereka perjuangkan.
Seorang wanita, Lauri Fitz Pegado adalah orang yang diberikan tanggungjawab oleh pihak konsultan tersebut untuk `melatih' gadis itu.
Pada 10 Oktober 1990 di dalam dewan Kongres AS, atas nama Kaukus Hak Asasi Manusia mereka membawa masuk gadis yang dikenali sebagai Nayirah atau Naira berusia 15 tahun yang berjaya menjadikan seluruh dewan itu terpaku sepi.
Dewan itu mendengar testimoni yang sungguh emosi yang disampaikan oleh gadis itu mengenai pengalaman ngeri beliau dengan tentera-tentera Saddam Hussein. Seluruh anggota dewan itu hanya mengetahui nama Nayirah kerana nama keluarga gadis itu dirahsiakan kerana bimbangkan keselamatan mereka.
Sambil menangis, Nayirah menceritakan apa yang berlaku di hadapan matanya ketika tentera Saddam dikatakan menceroboh masuk sebuah hospital di Kuwait iaitu Hospital Al-Addan. Ketika itu, gadis berkenaan mendakwa bertugas sebagai sukarelawan di hospital itu.
"Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri askar-askar Iraq dengan senjata masing-masing menceroboh masuk ke dalam hospital.
"Mereka kemudian bertindak kejam dengan mengeluarkan semua bayi-bayi yang berada dalam inkubator dan diletakkan di atas lantai yang sejuk dan dibiarkan di situ sehingga mati,'' katanya sambil menangis teresak-esak.
Ketika Nayirah membuat pengakuan itu, di luar beribu-ribu risalah atau press kit diedar yang mengandungi semua `pengakuan' gadis itu. Semua perkataan bagai dirancang kerana tidak ada bezanya apa yang diluahkan oleh gadis itu di dalam dewan dengan apa yang tertulis pada risalah.
Apabila pungutan suara dan undian dibuat, akhirnya semua anggota kongres dan pihak keselamatan AS setuju membenarkan Presiden George Bush (ayah George W. Bush) menyerang Iraq!
Ini kerana mereka percaya bulat-bulat kepada cerita dan air mata Nayirah. Bush sendiri menjaja cerita gadis itu dalam setiap kempennya bagi mendapat sokongan padu rakyat AS bagi membolehkannya menyerang Saddam!
Di sebalik skandal Incubator Lie atau Baby Incubator Fraud ini, fakta menunjukkan Naira atau nama sebenarnya Niyirah Al Sabah ialah anak Duta Kuwait ke AS. Semasa Kuwait ditawan, Nayirah sebenarnya berada di AS kerana tidak ada bukti yang menunjukkan gadis ini bertugas sebagai sukarelawan sebagaimana yang diceritakan.
Ini kerana beberapa kakitangan terutamanya jururawat yang sudah lama bertugas dan tinggal di sekitar hospital itu mendakwa tidak pernah melihat Niyirah. Sebelum itu, selain pengakuan Niyirah, kenyataannya diperkuatkan lagi dengan dakwaan seorang lagi saksi iaitu Dr. Ebrahim.
Dr. Ebrahim bukan sahaja menyokong dakwaan Niyirah malah dia sendiri kononnya menguburkan 40 mayat bayi yang menjadi mangsa deraan dan seksaan tentera Saddam itu.
Beliau juga memberitahu pihak keselamatan AS bahawa dia seorang pakar bedah. Namun, selepas perang tamat, Dr. Ebrahim kemudian mengaku bahawa beliau sebenarnya doktor gigi dan tidak pernah menanam bayi-bayi tersebut.
Rupa-rupanya teknik pembohongan seperti ini diguna pakai lagi. Tidak salah untuk kita mempercayai tragedi 11 September 2001 juga adalah satu pembohongan besar yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan Bush untuk terus menyakiti umat Islam.
Bush tidak rasa bersalah kerana telah diyakinkan tindakannya itu tepat sehingga beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya sendiri dalam peristiwa 9/11 itu yang tidak mustahil adalah angkara licik pihak Yahudi! |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/23/2006 12:40:00 PM  |
|
|
|
| Cemerlang, Gemilang Dan Temberang |
| Thursday, June 22, 2006 |
|
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/22/2006 01:58:00 PM  |
|
|
|
| Dasar ekonomi Dr M banyak membazir |
|
Tidak ada orang yang layak untuk menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Inilah tanggapan rakyat Malaysia semasa era Dr Mahathir berkuasa dahulu.
Tanggapan seperti ini secara sengaja atau tidak ia perlu diwujudkan dan dipupuk di kalangan rakyat kerana ia adalah baik untuk menjaga perpaduan dan kestabilan politik, terutamanya dalam Umno.
Rasanya tanggapan seperti ini bukan saja wujud semasa Dr Mahathir menjadi PM tetapi berlaku juga pada PM yang lain sebelum itu.
Tidak pernah kita dengar rakyat mengatakan adanya orang yang layak menggantikan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak atau Tun Hussein Onn menjadi PM.
Mungkin Dr Mahathir telah terlalu lama menjadi PM sehingga dia berasa begitu yakin dengan tanggapan orang ramai itu walaupun ketika tidak menjadi PM lagi. Tanggapan yang mengatakan tidak ada orang yang lebih layak untuk menjadi PM selain dari beliau itulah yang terbawa-bawa oleh beliau hingga hari ini.
Semasa Dr Mahathir menjadi PM beliau banyak memberi tumpuan kepada projek-projek mega. Beliau mahu dunia kagum dengan projek mega yang dibina oleh Malaysia. Apa saja binaan yang terbesar, terpanjang, tertinggi, terhebat, mesti berada di Malaysia.
Dr Mahathir percaya dengan pembinaan projek-projek ini kononnya akan merancakkan kegiatan ekonomi Malaysia.
Rakyat digalakkan melancong dalam negeri, cuti umum ditambah untuk memudahkan rakyat pergi bercuti. Dengan itu kononnya, sektor pelancongan terutamanya hotel-hotel akan berkembang.
Semua agensi kerajaan yang ada kalau boleh hendak diswastakannya. Pada fikiran beliau bila diswastakan, agensi-agensi kerajaan itu akan menjadi lebih cekap dan lebih berdaya saing. Kononnya lebih banyak keuntungan akan diperolehi jika diswastakan, ini akan dapat memberi banyak keuntungan kepada pelabur, seterusnya dapat menarik lebih ramai pelabur asing dan domestik.
Itulah teori ekonomi Dr Mahathir, tiada perkataan pembaziran dalam kamus ekonomi beliau.
Tidak dinafikan memang ada projek dan polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan Dr Mahathir membawa manafaat atau faedah kepada rakyat tetapi dalam pada itu banyak juga yang menjadi gajah putih dan membebankan rakyat.
Dr Mahathir terlalu ghairah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Kalau negara maju ada bangunan yang besar, tinggi dan indah, ada rangkaian lebuhraya yang panjang, sistem pengangkutan dan perhubungan yang canggih, Dr Mahathir juga mahu Malaysia ada segala-galanya itu.
Tetapi hendaklah kita ingat, negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, membina binaan yang hebat-hebat itu setelah rakyat mereka mendapat kemudahan hidup yang selesa. Mereka punya bangunan atau binaan yang hebat tetapi dalam masa yang sama tidak ada rakyat mereka yang hidup di rumah-rumah setinggan. Apabila kehidupan rakyat benar-benar telah terbela barulah mereka beralih untuk membina projek mega.
Tidakkah kita berasa malu bila kita punya bangunan KLCC yang besar dan tinggi, Putrajaya yang besar dan indah tetapi masih ramai rakyat tinggal di rumah-rumah setinggan yang keadaannya lebih baik sedikit dari reban ayam itu.
Apabila agensi kerajaan diswastakan, keuntungan menjadi matlamat mereka. Tanpa keuntungan syarikat tidak boleh bergerak dan akhirnya boleh gulung tikar kalau tidak diselamatkan.
Cara paling mudah mendapat keuntungan ialah dengan mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi kepada rakyat.sepanjang yang kita lihat kadar bil air, bil elektrik, bil telefon untuk kemudahan rakyat sentiasa naik dari tahun ke tahun.
Pada zaman Dr Mahathir lah kita dapat lihat bercambahnya hospital swasta. Pada zaman beliau jugalah bilangan biasiswa untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke IPTA dikurangkan dengan banyaknya malah diganti dengan pinjaman PTPTN.
Apalah ertinya kita ada prasarana dan infrastruktur kelas pertama di dunia tetapi diisi oleh orang-orang yang mempunyai kualiti setakat kelas ketiga. Sepatutnya kita kenalah membelanjakan sebahagian besar wang negara untuk menghasilkan manusia berilmu, terlatih, berkemahiran tinggi, sihat fikiran, sihat tubuh badan.
Kita percaya pembentukan sumber manusia kelas pertama perlu diutamakan terlebih dahulu dari yang lain-lain kalau kita ingin menjayakan cita-cita menjadi sebuah negara maju.
Tidak ada salahnya kalau kerajaan membelanjakan wang yang besar dalam menyediakan kemudahan pembelajaran dan latihan kepada rakyat, serta kemudahan dalam menjaga kesihatan rakyat kerana sumber manusia yang berkualiti adalah satu-satunya jalan yang ada untuk kita mencapai negara maju.
Pendekatan PM Abdullah dalam mengutamakan bidang pertanian adalah satu pandangan yang bijaksana walaupun sesetengah orang menganggapnya sebagai cadangan lekeh dan ketinggalan zaman.
Dari dahulu hingga sekarang makanan adalah keperluan utama manusia. Kita masih boleh hidup jika tidak ada rumah yang cantik atau tidak ada kenderaan tetapi kita tidak boleh hidup tanpa makanan. Manusia sanggup membunuh atau berperang kalau tidak dapat makan. Apabila manusia sudah ada cukup makanan barulah mereka boleh membuat perkara-perkara lain.
Dengan mengutamakan dan memberi penekanan kepada bidang pertanian, kita akan dapat mengeluarkan hasil pertanian yang banyak yang menjadi asas kepada makanan kita. Bila hasil pertanian dapat dikeluarkan dengan banyak, barang makanan akan dapat dijual dengan yang harga rendah .
Secara tidak langsung kos kehidupan rakyat akan menjadi rendah dan dengan sendirinya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dengan banyaknya.
Pendekatan Pak Lah lebih berpijak di bumi nyata berbanding Dr Mahathir yang ibarat bermegah dengan istana kayunya yang lambat laun akan runtuh dimamah anai-anai. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/22/2006 01:43:00 PM  |
|
|
|
| Siapakah `ratu pecut' Kabinet? |
|
Siapakah `ratu pecut' Kabinet?
Jun 21, 06 1:29pm
Siapakah `ratu pecut' Kabinet? Adakah dia wanita besi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz? Atau Timbalannya dalam Pergerakan Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Atau mungkin yang termuda antara mereka – Menteri Belia dan Sukan Datuk Azalina Othman?
Mengikut lamanweb rilek.com.my, yang menyediakan perkhidmatan online bagi memudahkan pemandu menyemak dan membayar saman trafik mereka – gelaran `ratu pecut' itu jatuh kepada Azalina.
Azalina, 43, menerima 28 saman bagi kesalahan trafik sejak empat tahun lalu – kecuali dua saman, yang lainnya bagi kesalahan memandu melebihi had laju.
Menteri Belia dan Sukan itu melakukan kesalahan tersebut membabitkan lima kenderaan berlainan yang didaftarkan di bawah namanya.
Menurut Rilek.com, jumlah denda bagi kesemua saman Azalina itu berjumlah RM8,400, tetapi selepas ditolak diskaun oleh pihak polis, jumlahnya hanya tinggal RM3,850.
Sementara itu, Rafidah pula menduduk tempat kedua dengan 10 saman – tujuh kerana memandu melebihi had laju dan tiga saman bagi kesalahan meletak kenderaan – bertarikh sejak tahun 2003.
Jumlah denda samannya ialah RM3,000 tetapi selepas diberi diskuan, jumlahnya hanya tinggal RM1,180. Dan semua saman Rafidah itu disenaraikan di bawah nombor kad pengenalan lamanya.
Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat menyemak kedudukan Shahrizat kerana tidak mempunyai nombor kad pengenalannya yang baru ataupun yang lama.
Awal bulan ini, malaysiakini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah dikenakan 11 saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju serta kesalahan meletak kereta.
Abdullah dilaporkan berkata beliau tidak menyedarinya sehinggalah dimaklum kemudiannya mengenai saman tersebut.
Denda saman Abdullah pada asalnya berjumlah RM3,300 tetapi selepas ditolak diskaun oleh pihak polis, jumlahnya hanya tinggal RM1,000.
Dr Mahathir juga?
Bagaimana pula dengan bos Abdullah sebelum ini – Tun Dr Mahathir Mohamad?
Mengikut Rilek.com, Dr Mahathir mempunyai tiga saman – semuanya kerana memandu melebihi had laju. Denda samannya berjumlah RM900, tetapi mendapat 50 peratus diskaun. Bagaimanapun, saman trafik bekas Perdana Menteri itu bertarikh sehingga tahun lalu sahaja.
Yang menariknya, nombor kad pengenalan Dr Mahathir menunjukkan yang beliau dilahirkan pada 25 Disember 1920 dan bukannya tarikh rasmi pada 25 Disember 1925. Berdasarkan KP tersebut, bekas Perdana Menteri itu berusia 86 tahun dan bukannya 81 tahun.
Semalam, Malaysiakini melaporkan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar juga mempunyai 89 saman trafik – dengan denda saman berjumlah RM26,700 – sejak enam tahun lalu.
Awal bulan ini, polis telah melancarkan 'Ops Warta IV' yang akan berakhir 5 Ogos depan untuk mengesan pemandu yang gagal membayar denda saman mereka.
Menurut polis, saman bernilai RM2.82 bilion yang dikeluarkan dari tahun 2001 hingga 2004 masih belum dibayar oleh 9.4 juta pesalah trafik. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/22/2006 01:39:00 PM  |
|
|
|
| Mengenang Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor |
| Wednesday, June 21, 2006 |
 Artikel ini ditulis beberapa hari selepas bekas Presiden PAS itu meninggal dunia, tiga tahun lalu Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN(Ustaz Fadzil meninggal pada 23hb Jun 2002)
Tergamam, pedih, pilu, terharu, sebak, terasa kosong tetapi hening sekali. Itulah perasaan saya ketika mendengar khabar kematian seorang pejuang Islam unggul bertaraf negarawan, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, pagi Ahad lalu.
Almarhum pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya ketika mana parti dan negara begitu memerlukannya. Pandangan dan sentuhan politiknya cukup memukau, penuh hikmah, jauh ke depan, dan kadang-kadang agak sukar diterima penyokong dan pendokong PAS buat permulaannya.
Namun, Allah lebih menyayanginya. Dan kunjungan lebih 100,000 rakyat yang mencintainya ketika majlis pengkebumian dilangsungkan adalah bukti nyata Almarhum dekat di hati rakyat.
Biarpun memimpin sebuah parti Islam terulung di rantau ini, Almarhum tetap merendah diri, mudah ditemui, begitu akrab menyantuni tetamu dan membuatkan sesiapa saja yang ingin menemuinya terasa senang sekali.
 Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor adalah lambang pemimpin gerakan Islam dan ketua parti politik Islam yang bijak mengatur langkah dan memanfaatkan senario sekeliling. Biarpun menderitai sakit sejak sekian lama, namun beban tugas seharian ditanggungnya penuh bijaksana.
Almarhum disayangi pendokong dan penyokong parti. Beliau bagaikan seorang ayah yang mengasuh anak-anak untuk berdepan dengan medan tempur yang cukup mencabar.
Dan muktamar PAS yang terakhir di Kota Bharu menyaksikan wajahnya penuh ceria melihat anak-anak yang diasuhnya kian matang dan teruji untuk menyahut cabaran.
Kehilangannya cukup terasa. Pemergiannya begitu meninggalkan bekas buat kita semua, bukan saja dalam PAS tetapi juga buat ummat sejagat. Almarhum telah meletakkan batu asas yang menjulang nama PAS ke persada perdana politik negara.
PAS di bawahnya adalah parti arus perdana yang tidak boleh dipinggirkan lagi. Dan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen melakar sejarah tersendiri.
 Biarpun hanya baru separuh penggal, namun isu-isu yang dikemukakan Almarhum mencakupi segenap aspek dan ini mengejutkan parti lawan. PAS bukan lagi menjuarai isu-isu agama tetapi berjaya mengungkapkan segala permasalahan negara sewajarnya.
Justeru, ia tetap dihormati semua pihak, termasuk pemimpin-pemimpin Umno dan parti komponen BN lainnya.
Sesiapa yang mengenali Almarhum pasti tidak akan lupa bidasan tajamnya, lawak jenaka berbisanya. Seorang teman berkata, tanpa bidasan dan jenaka, itu bukan Ustaz Fadzil namanya. Dalam keras mengkritik, Almarhum menyulaminya dengan nada seloroh yang memukau. Tatapilah kembali VCD yang merakamkan ucapannya di Parlimen, bagaimana Almarhum memberi respons segera pada 'gangguan' beberapa Ahli Parlimen pemerintah.
Pendekatan Almarhum sederhana, berhati-hati, tetapi meninggalkan impak berkesan. PAS bertuah kerana dapat meneruskan aspirasi perjuangan Almarhum apabila landasannya kukuh dibina sehingga pendekatan Almarhum, bagi saya, adalah pendekatan yang akan digunapakai oleh PAS dalam tempoh yang agak lama.
Namun dalam kesederhanaan, Almarhum cukup tegas menghadapi pancaroba durja parti pemerintah. Berdepan larangan ceramah umum terhadap parti pembangkang, Almarhum adalah pemidato yang tidak akan menolak undangan berceramah walaupun majlis itu tidak mendapat permit polis. Di kala ramai lagi pemimpin pertengahan PAS yang mungkin teragak-agak berdepan dengan FRU dan gas pemedih mata, Almarhum menunjukkan model teladan unggul.
Sekurang-kurangnya dua peristiwa besar politik negara berjaya ditangani dengan penuh berhikmah oleh Almarhum. Pertama, konflik dalaman Umno yang membuatkan Tengku Razaleigh Hamzah dan Team B terkeluar, yang membentuk Semangat 46.
Pandangan jauh Almarhum terserlah bila gagasan Angkatan Perpaduan Ummah dibentuk. Sebenarnya tidak mudah untuk Almarhum berdepan dengan pelbagai kritikan, termasuk dari dalam parti sendiri, sebelum Angkatan dapat dibentuk. Kedua, pemecatan Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 2 September 1998.
Almarhum diberitakan terus mengunjungi Anwar di rumahnya -- ketikamana Anwar masih menjadi Timbalan Presiden Umno -- tanpa merujuk terlebih dulu dengan parti. Namun kesan dua peristiwa besar itu begitu memberansangkan, sekaligus membawa PAS ke dalam aliran perdana percaturan politik negara.
 Apa pun, tiada kata dapat menggambarkan kepiluan dan kekosongan ini. Sentuhan kasih sayangnya terhadap ahli-ahli parti tiada taranya. Masih tergambar bagaimana mudahnya Almarhum ditemui di gerai-gerai makan ketika muktamar PAS berlangsung oleh orang kebanyakan, dan mudahnya Almarhum menyambut sapaan rakyat bawahan di mana saja.
Benar, dan benar sekali, Almarhum adalah pemimpin berjiwa rakyat, menyelami denyut jantung kepedihan rakyat dan bersedia memberi tunjuk ajar bagi ahli-ahli parti parti mengharungi perjuangan yang masih panjang ini.
Bahagian Kedua
Kesederhanaan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor banyak diperkatakan bukan saja oleh pendokong jamaah Islam tetapi juga seteru politiknya. Sikap ramah dan kebapaannya membuatkan bukan saja pimpinan PAS yang mendapat asuhan terus darinya sebak mengenangnya, tetapi rakyat biasa yang sesekali dapat berjumpanya pun tidak dapat melupakannya.
Seorang pembantu rapatnya memberitahu, dalam keadaan sakit sekalipun, sewaktu membuat pemeriksaan di hospital, Almarhum tetap beratur panjang, seperti pesakit lain juga, untuk mendapatkan ubat.
Malah seorang kerani Telekom di Alor Setar, melihatkan Almarhum berdiri dalam deretan untuk membayar bil telefon, langsung mengisi borang keahlian PAS.
Bagi petugas di Pejabat Agung PAS, menyantuni Almarhum adalah pengalaman berharga yang akan menjadi lipatan kenangan sampai bila-bila.
Sebelum menyewa rumah khas, Almarhum kerap tidur di ibu pejabat parti ataupun pejabat Harakah. “Selalu sangat Ustaz Fadzil tidur di atas sofa di pejabat agung. Dia tak mahu menyusahkan orang lain,” kata seorang aktivis parti.
Bagi sesiapa yang selalu berkunjung ke Jalan Pahang Barat, tidak sukar untuk menyapa Almarhum di Restoran Haslam ataupun gerai Kak Ros di depan Harakah. Dengan nada suaranya yang agak perlahan, namun gurau senda dan cerita lucunya mudah mencetuskan keceriaan berpanjangan. (Ini diakui sendiri oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Dr Ismail Ibrahim; lihat Utusan Malaysia, Khamis lalu). Kita tidak merasa terasing atau kekok meskipun baru pertama kali berdepan dengannya. Kemesraan cukup mudah berputik.
Jika menerima undangan, Almarhum pasti tidak mengecewakan meskipun dalam keadaan uzur.
Misalnya, ketika saya melangsungkan majlis perkahwinan di Kampung Raja, Kubang Pasu, 11 tahun lalu, bila mengetahui Almarhum sedang sakit, saya tidak mahu membebankannya untuk hadir bersama. Justeru, saya hanya menghantar kad melalui pos, sekadar makluman. Saya risau jika mengundangnya secara lisan Almarhum terpaksa bersusah payah datang meraikannya.
Namun, pada petang hari kenduri, Almarhum tiba-tiba muncul. Wajahnya menggambarkan keuzuran yang ditanggungnya. Bersama dua tiga orang lagi dari Pejabat PAS Kedah, Almarhum langsung ke dalam rumah. Rupanya untuk duduk bersila pun Almarhum tak mampu, tetapi jamuan tetap dijamahnya walaupun saya kira menu juadah pantang bagi penyakitnya.
Mengimbas beberapa peristiwa besar yang dilalui PAS di zamannya, jelas Almarhum suka bereksperimen dan tidak gopoh berdepan kesulitan.
Sememangnya dalam konteks gerakan Islam sejagat, pengalaman Malaysia adalah unik dan tersendiri jika mahu dibandingkan dengan harakah Islam yang lebih berpengalaman, misalnya Ikhwanul Muslimin di Tanah Arab ataupun Jamaat Islami di India, Pakistan.
Almarhum bijak mengatur rentak dan tempo, menggauli pengalaman dan sejarah silam, bersama rencah real politik yang serba mencabar.
Sesungguhnya tidak mudah PAS mahu keluar ke persada arus perdana politik negara setelah hampir berjaya cuba dipinggirkan pada 1986, selepas hanya menang satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa. Tok Guru Nik Aziz yang berpindah ke Bachok turut kecundang. Sebuah majalah di Indonesia meletakkan tajuk yang agak sinis buat PAS: “Menang satu kerusi untuk tubuh Negara Islam.”
Lebih awal dari itu, selepas Allahyarham Datuk Asri Muda meletakkan jawatan, tanda bermulanya era kepemimpinan ulamak, Almarhum merupakan antara arkitek utama mengemudi “PAS baru”.
Pada hemat saya, seolah-olah berlaku satu revolusi dalam PAS, apabila bukan sahaja kepimpinan bertukar, tetapi penekanan dan pendekatan perjuangan, malah roh jamaah Islam itu dimantapkan dengan idealisme baru yang lebih suci.
Dan tonggak utama PAS era baru ini, di belakang Yang Dipertua Agung, Almarhum Yusuf Rawa adalah Ustaz Fadzil.
Dalam kesederhanaan dan gurau sendanya, Almarhum tidak takut untuk melakukan perubahan. Untuk mengulas gerak langkahnya menyusun strategi ia memerlukan satu analisis khusus.
Saya cuba mahu mengungkapkan bagaimana beberapa pendekatannya berdepan real politik negara kadang-kadang disalah tanggap, misalnya ketika menghulur persahabatan dengan Tengku Razaleigh selepas pengharaman Umno 1988 dan episod pemecatan Anwar Ibrahim, sepuluh tahun selepas itu, 1998.
Berbeza dengan tanggapan sesetengah pihak yang mengandaikan Almarhum tidak merujuk terlebih dahulu dengan pimpinan parti ketika membuat keputusan penting, termasuk untuk menghadiri syarahan perdana isu Palestin bersama Mahathir, lebihkurang sebulan sebelum kematiannya, saya dalam diam mengharapkan agar Ustaz Fadzil lebih banyak bertindak atas kapasitinya sebagai Presiden tanpa perlu merujuk sangat ahli jawatankuasa parti lainnya.
Bagi saya, Almarhum perlu lebih ‘autokratik’, dengan maksud perlu lebih selesa merumuskan agenda penting perjuangan tanpa perlu terlalu terikat dengan ‘birokrasi parti’.
Tidak pula bermakna Almarhum menolak syura dan perundingan, tetapi banyak aksi-aksi politik tempatan memerlukan langkah pro-aktif yang tangkas dan segera.
Ini kerana, pada pemerhatian saya, Almarhum amat sedikit menggunakan kuasanya sebagai presiden, dengan lebih banyak mengagihkannya kepada pimpinan di bawahnya.
|
|
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/21/2006 04:04:00 PM  |
|
|
|
| Demo |
| Tuesday, June 20, 2006 |
Antara beberapa peristiwa yang di rakam sebagai bukti kekejaman rejim Umno.Bersama mendepani kebangkitan rakyat. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/20/2006 06:55:00 PM  |
|
|
|
| In pictures: Muslim women preachers |
|
In pictures: Muslim women preachers

Magda Amer preaches in one of Cairo’s leading mosques. She is part of an emerging trend of female Muslim preachers in Egypt. Two years of study are required to obtain the necessary licence, though there is no financial backing from the government for her work. At the time I was wearing mini skirts and had long hair. Veiling was the most difficult decision of my life. Veiling was a huge struggle for me. My mother and all the family were against me. I had to fight to convince everyone, I had to be strong. I didn’t want people to look at me for my body and my hair . In the street I’m not bothered like I was before, and I feel peace inside. When I started to veil, men respected me.  I realised that Westerners had a very bad image of Muslim women. So I decided to study and I learnt how to read the Koran properly. I did a two-year course at the Institute of Preaching in Egypt. My father was against me becoming a preacher. He said I should earn my living, because I don’t get paid for doing this.  I preach to women in a mosque. I talk about Islamic legislation, the five pillars of Islam, marriage, divorce, women’s rights, inheritance laws. I can’t stand the stereotyping about Islam because it is not the truth. The West believes that women in Islam are suppressed, oppressed, deprived of their rights. This is not true. Nothing has supported women and given rights to women like Islam.  My sermons deal with women’s issues, things that women can’t ask the sheikh. Openly sexual stuff even – menstruation, menopausal problems, vaginal dryness, what happens when a woman doesn’t reach her desire, how some men only think there is vaginal pleasure and don’t know about clitoral pleasure. A lot of women are very shy and I say, "Don’t be shy, it is your right".  My house is a library. I read, read, read. I also write books on Islamic legislation, ablution, and rights in Islam. I am not a feminist. I see feminism as a western thing. Of course, I’m interested in women’s rights, but according to Islamic legislation. I would never ask for a woman to be equal to a man on every level. We are different physiologically. We complement each other. This is my second marriage, which is very unusual in Egypt. I was married for 30 years and my husband had been chosen for me. I wasn’t happy - he wasn’t religious and we weren’t matched. I asked him for divorce. It was hard but I don’t regret it. I decided I wanted to live for myself, to think about me.  It has to be the true veil. Now in Egypt it is not the true veil – it is worn very tight round the face and the colours of the veil are very showy. The purpose of the veil is not to show off. Also, women should not attract attention by wearing bright colours and tight clothes. They can be chic but they should not be showy. The young generation want to show that they’re independent. They risk losing everything. The part that makes me happiest about my life is to feel that I’m a woman. I don’t want to lose this. My femininity is important to me. Once I open the keys of my house, though I’m educated, I play the role of a wife. I cook, look after my children, my husband. I play my role as god has created me. My priority in life is my calling to Islam. I can’t compromise. Writing books, defending Islam, answering misconceptions. There is a big difference between the misapplication of religion and the truth. If you want to criticise someone, learn the truth first. Some questions cannot be answered by men. I feel it is my job. I hope that I’m a role model for these women. Words and photos by Holly Pelham |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/20/2006 06:43:00 PM  |
|
|
|
| Husam dakwa Pak Lah tidak dapat sokongan pecat Dr M |
|
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mendapat sokongan sebulat suara untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau mendakwa, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Abdullah hanya memperolehi sokongan terhadap kepimpinannya sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.
"Beliau gagal untuk mendapat sokongan parti sepenuhnya untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Dr Mahathir," dakwa Husam dalam satu kenyataan malam tadi.
Dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu Rabu lalu, Husam mendakwa Dr Mahathir akan dipecat daripada Umno kerana mengkritik keras pentadbiran sekarang.
Bagaimanapun, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam tidak membincangkan sebarang bentuk tindakan terhadap Dr Mahathir.
Husam mendakwa, Umno telah menukar perancangan awalnya untuk memecat Dr Mahathir selepas beliau `mendedahkan' rancangan tersebut Rabu lalu.
Beliau juga mendakwa bahawa tindakannya "mendedahkan' perancangan tersebut telah berjaya menyelamatkan Dr Mahathir daripada dipecat daripada Umno
Jawab isu jambatan, Proton
Sementara itu, Husam berkata, keputusan Umno untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Dr Mahathir boleh diterjemahkan melalui penyediaan jawapan yang memuaskan terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Ini termasuklah projek jambatan separuh ke Singapura – sama ada Malaysia memang menawarkan pasir dan ruang udara untuk memujuk Singapura supaya bersetuju dengan projek tersebut dan kos sebenar pembatalannya.
Beliau berkata, Kabinet nampaknya tidak menjalankan kajian teliti mengenai implikasi kewangan ekoran pembatalan projek jambatan separuh itu, dan ini dapat dilihat pada cara Abdullah menjawab pertanyaan mengenai isu tersebut minggu lalu.
Dalam sidang akhbar Jumaat lalu, Abdullah kelihatan agak terperanjat apabila diberitahu mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa membayar RM1.12 juta selepas membatalkan projek tersebut.
Ini termasuk RM740 juta sebagai bayaran pampasan kepada kontraktor dan kos untuk membina lebuhraya lapan laluan, serta RM380 juta lagi bayaran premium tanah yang dituntut oleh kerajaan Johor. Kos asal pembinaan jambatan tersbut ialah hanya RM1.113 bilion.
"Kos (yang perlu dibayar oleh kerajaan) adalah satu kerugian yang mencerminkan kegagalan Kabinet untuk menangani isu ini dengan berhati-hati dan cermat," kata Husam.
Pemimpin PAS itu juga mahu kerajaan menjawab pertanyaan Dr Mahathir mengenai Proton, termasuk penjualan MV Agusta pada harga satu euro.
Husam berkata, beliau "menghargai" peranan Dr Mahathir membangkitkan isu-isu itu secara terbuka dan kerajaan perlu menjawabnya demi kepentingan awam. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/20/2006 06:28:00 PM  |
|
|
|
| Mustahil nak puaskan hati Dr Mahathir - Shahrir |
|
 Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Shahrir Abdul Samad menduga penjelasan yang bakal diberikan oleh kerajaan kepada isu-isu yang menjadi bahan kritikan Tun Dr Mahathir mustahil akan memuaskan hati bekas Perdana Menteri itu.
"Untuk memuaskan hati dia saya rasa agak mustahil kerana sepanjang perkenalan saya dengan Dr Mahathir, dia ada jawapan kepada semua jawapan.Takkan putus-putus," katanya.
Namun begitu katanya fokus utama kerajaan sekarang ialah untuk menjelaskan isu-isu yang perlu kepada orang ramai, bukan untuk menggembirakan Dr Mahathir.
"Kita perlu buat supaya orang ramai sedar dan faham.Saya tidak fikir kegembiraan Tun yang perlu kita beri perhatian,"katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas pendirian Majlis Tertinggi UMNO menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan penjelasan penuh yang akan diberi adalah muktamad.
Menjawab soalan ahli parlimen Johor Bharu itu tidak setuju dengan cara Dr Mahathir membuat kritikan terbuka terhadap Abdullah.
Katanya dengan kedudukan seperti Dr Mahathir beliau perlu berhati-hati kerana cakap sepatahpun kesannya begitu berat berbanding dengan 100 patah yang beliau (Shahrir) cakap.
Kata Shahrir, sebagai bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir ada banyak saluran untuk memberikan pandangan dan nasihat apatah lagi beliau masih ahli UMNO.
"Dengan ketokohan dan kedudukannya, dia punya saluran secukupnya.Tak perlu melalui media. Lebih baik hubungan itu dibuat secara terus dan mengikut saluran sedia ada.
"Kadang-kadang melalui media dia tapis sana tapis sini …lebih baik hubungan tu dibuat secara terus…tak ada tapisan ….tak ada olahan," katanya.
Lagipun,tambahnya kadang-kadang niat yang baik boleh menjadi sebaliknya bila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Shahrir berkata beliau sendiri telah menerima penjelasan kerajaan mengenai pembatalan projek jambatan mengantikan Tambak Johor.
Katanya beliau tidak nampak mengapa Dr Mahathir tidak boleh terima.
Menurutnya mengenai isu AP hal itu telahpun dijelaskan.
Tentang penyingkiran bekas CEO Proton Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff, beliau berkata itu menjadi hak lembaga pengarah Proton menentukan siapa mengetuai syarikat berkenaan.
Katanya pengantian Tengku Mahaleel sekalipun beliau mentabir syarikat kereta nasional itu dengan baik,tidak menyalahi undang-undang korprat. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/20/2006 04:25:00 PM  |
|
|
|
| Dr Mahathir bukan haprak tepi jalan – Umi Hafilda |
|
 Disatu ketika masa bercakap dengan para wartawan di lobi menara Dato Onn PWTC Isnin,Umi Haflida Ali kelihatan menahan sebak.Ini bila beliau berkata dapat membayangkan dirinya jika berada dalam kedudukan macam Tun Dr Mahathir sekarang.
"Please put a stop to this .Saya boleh bayangkan betapa hancurnya hatinya…kalau saya jadi Tun pun saya menangis tujuh hari tujuh malam,"katanya.
Beliau berpendapat keadaan tidak sekritikal mana cuma perselisehan faham antara dua pemimpin besar UMNO dan bukannya satu krisis besar mengancam kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memerlukan satu gerakan besar-besaran bagi mendapatkan sokongan seperti sekarang.
Katanya perkata ini harus diselesaikan secara berhemah tanpa memperkecilkan kewibawaan bekas Perdana Menteri itu yang banyak berjasa kepada negara.
Umi ialah adik kepada bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Timbalan Perdana Menteri dulu,Azmin Ali yang kini Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat..
Beliau `mencipta nama' dalam apabila muncul sebagai saksi dalam kes mahkamah Anwar.
Sebelum itu selain buku 50 Dalil karangan Allahyarham Datuk Khalid Jafri, ,dakwaan Umi bersama-sama beberapa orang lain mengenai Anwar antara sebab yang telah mendorong Dr Mahathir menyingkirnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1998.
Selepas itu Dr Mahathir telah melantik Abdullah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Kata Umi apa yang berlaku sekarang terlalu banyak silapnya termasuk luahan sokongan kepada Perdana Menteri menerusi sepanduk seperti di Terengganu dan di Perak.
"Bila saya tengok sepanduk-sepanduk …kalau kita ada rasa alasan nak jawab..tak payah jelajah satu negara…tak payahlah bersorak-sorak… we love you … we sayang you.
"Kita harus tanya diri kita sendiri …adakah orang ( yang menyatakan sokongan itu ) sayang kita kerana kuasa kita? …kita kena ikhlas.
"Kalau kita seronok 10 juta orang pun kata sayang kita…tetapi bila kita tengok cermin tanya diri kita balik...kenapa orang tu semua sayang kita?
"Kalau hari ini kita tak ada kuasa..adakah semua orang tu sayang kat kita? Maka kita harus rasional…nak buat apa-apa tindakan harus rasional.
"Memang saya vokal...mulut saya lazer...tetapi saya seorang ahli UMNO yang mempunyai prinsip.Saya tak peduli you siapa...kalau tak betul saya harus tegur.
"Mungkin saya cakap ni menyakitkan hati seseorang...tetapi ini hak saya untuk bercakap.Saya bukan hipokrit…saya tidak mahu hipokrit dan tak takut nak cakap terus terang pasal ni.
"Saya bukan plastik…saya adalah real human yang ada perasaan.Saya menangis membaca statement-statement dari menteri-menteri terhadap Tun…"
Katanya ada kawan-kawannya dari bangsa lain yang telefon bertanyakan apa yang sedang berlaku pada orang Melayu sekarang.
"Saya sendiri jadi malu…apa nak kata," tambah Umi yang pernah digantung keahlian UMNO selama dua tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana antara lain mencabar Menteri Belia dan Sukan,Datuk Azalina Othman Said bersumpah di atas mimbar masjid menafikan beliau seorang lesbian menjelang pemilihan jawatan Ketua Puteri UMNO tahun 2002.
Menurut Umi orang Melayu mesti berani menyatakan hak yang benar dan salah.
"Kita ahli UMNO semua nak tengok Melayu bersatu..nak maju ke depan.
"Kalau imam tak betul...wajib kita tegur…apa cara kita tegur..cara berhemahlah.Tak guna kalau ada dua juta ahli atau 10 juta ahli UMNO…jika ahli yang hampas…
"Saya tak mau apa yang jadi hari ini menjadi warisan budaya orang Melayu...budaya kipas dan bodek itu bukan budaya Melayu sebenar.
"Melayu harus berani menyatakan hak…Melayu harus berani membetulkan kesilapan...Melayu harus berani maju ke depan…jangan jadi Pak Turut..jadi Pak Pandir ,burung kakak tua...seorang kata akur seribu kata akur.
"Orang Melayu kata orang berbudi kita berbahasa... so kita dah merasa…menteri-menteri di bawah kepimpinan Dr Mahathir dah merasa segala nikmat…sepatutnya kalau tak tau terima kasih pun bersyukurlah…tak perlu begini.
"Kalau tak setuju pun mengapa tak bolehkah angkat telefon cakap sendiri dengannya..tak payah cakap telanjangkan kat media."
Mengenai desas desus Mahathir hendak dipecat dari UMNO,Umi berkata, "saya tak taulah siapa punya tanggapan… kalau itulah terkeluar dari nati nurani menunjukkan moral orang yang bercakap tu berada dibawah tapak kaki saya.
"Bagi saya Dr Mahathiir adalah satu aset negara yang paling besar..seluruh dunia menyanjungnya sampai hari ini.
Beliau yang kini ada mengendalikan restoran di Pulau Pinang dan perniagaan event management berkata ramai orang Arab yang datang ke restorannya kata Dr Mahathir adalah pemimpin besar…
"Jadi kenapa kita pula jadi Melayu mudah lupa.Saya tak suruh kita mendewakan Dr Mahathir…sekurang-kurangnya kenang jasanya.
"Tak payah kata dia orang tua nyanyuk..suruh dia shut up ..tak payah.
"Tun bukan haprak tepi jalan…tetapi he has done a lot for the nation ….kita harus menghargai dan melindungi dia.
Kata Umi beliau kesal melihat budaya hari ini bila mana pemimpin yang sudah meninggal dunia baru nak dikenang dan disanjung.
"Tengok arwah Tun Ghafar…bila dah tanam..baru kita nak buat program TV mengenang jasa… Inilah budaya Melayu mudah lupa.
"Hari ini bila Dr Mahathir dihentam siapa datang membela dia…siapa yang defend dia…tak payah kita bersorak satu Malaysia...malu orang Melayu…cukuplah setakat tu tutup buku…kita settle kan cara terhormat dan cara berhemah.
Ditanya pula adakah wajar bagi Dr Mahathir mengkritik Perdana Menteri secara terbuka begitu ?
Kata Umi semua pihak mesti kaji sebab musabab mengapa perkara itu berlaku.
"Kita tak boleh melulu menyalahkan Tun.Kita mesti tau rentetan dari saat dia letak jawatan seterusnya....
"Bagi saya benda tu tidak akan berlaku jika adanya hubungan yang ikhlas antara kedua pihak…kalau ada hubungan akrab antara kedua pihak.
"Mesti ada something wrong somewhere sehingga Dr Mahathir bertindak bercakap kepada media.Itu adalah gerak hati saya.
"Kalau terlalu akrab..contohnya macam saya dengan you …saya tak akan dedahkan kepada media…Saya mesti kata apalah you tak guna...secara orang bersahabat.
"Saya boleh call ...bila saya tak boleh berhubung dengan you mungkin saya terpaksa guna media.Itu perasaan saya...mungkin salah."
Ditanya bila kali terakhir beliau bersua dengan Dr Mahathir,Umi berkata semasa sedang makan di sebuah restoran di Bangsar bersama Tengku Puteri Zahariah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah( Ku Yah) Ahad (semalam) tiba-tiba ternampak bekas Perdana Menteri di situ.
"Saya berlari dan menyapa beliau…saya katakan simpati saya kepadanya.
"Saya kata Tun saya mewakili ramai rakyat di luar sana yang sedih dengan apa berlaku pada Tun…beliau jawab... terima kasih…" |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/20/2006 04:10:00 PM  |
|
|
|
| Apa kata Husam - pencetus desas desus Dr Mahathir akan dipecat…. |
|
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggangap kenyataan pre emptive beliau mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipecat dari UMNO telah mencapai matlamatnya sekalipun mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang Isnin tidak mengambil keputusan menyingkir bekas Perdana Menteri itu sebagai ahli UMNO.
Dakwanya ini semua memberikan ruang yang cukup untuk cadangan seperti ini difikirkan semula untuk tidak memperlihatkan UMNO menari selepas orang lain memukul gendang.
Katanya selama tiga hari yang lalu isu ini telah menjadi perbincangan, termasuk Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri telah ditanya mengenainya dan beberapa laman web telah menyiarkan perbincangan mengenainya, termasuk tulisan oleh Dato' A Kadir Jasin mengenai pro dan kontra pemecatan.
Dalam tulisannya di HarakahDaily petang Isnin ,Husam berkata , " Pada masa yang sama pelbagai gerakan telah dilakukan untuk membolehkan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri kelihatan mendapat sokongan padu. Pelbagai institusi seperti Umno Perhubungan Negeri dan Majlis tertinggi BN telah bersidang.
"Namun sokongan padu itu buat masa ini, ada had dan batasnya. Iaitu Perdana Menteri tidak sampai mendapat sokongan padu sehingga membolehkan beliau mengambil apa-apa tindakan disiplin ke atas Tun, apatah lagi memecat beliau."
Husam berharap keputusan UMNO tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas Dr Mahathir harus selari dengan kesediaan UMNO menerima dan menjawab kritikan-kritikan yang diberikan oleh bekas Presiden mereka sendiri.
Kata Husam beliau menghargai Dr Mahathir kerana berjaya memaksa kerajaan memberikan respons terhadap isu-isu yang yang ada hubung kaitnya dengan kepentingan negara secara keseluruhan.
Desas desus mengenai kemungkinan Dr Mahathir dipecat merebak berikutan dakwaannya beliau mendapat maklumat berkenaan dari sumber-sumber tertentu. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/20/2006 04:00:00 PM  |
|
|
|
| Akhirnya ia sampai |
|

Hishamuddin Rais
Jun 16, 06 6:41pm
Kebelakangan ini kita selalu membaca laporan berita mengenai tanah runtuh, jambatan hanyut, bangunan retak atau jalanraya tiba-tiba berlubang menjadi pintu gua.
Kadang-kadang laporan ini menunjukkan betapa baiknya nasib warga yang terselamat daripada malatpetaka yang menimpa. Seperti berita batu besar jatuh betul-betul di tengah lebuhraya Plus dua tahun dahulu. Nasib baik, jalan ke utara ketika itu kosong kerana warga Kuala Lumpur telah ramai pulang berhari raya.
Tetapi tidak semua berita ini berakhir dengan nasib yang baik. Kemalangan jenis ini terus meningkatkan angka korban. Berita koban kemalangan jenis ini hanya terpapar dan disensasikan oleh media, hanya untuk sementara waktu.
Sesudah laporan kemalangan kita baca, warga tidak akan mengetahui apakah langkah-langkah seterusnya yang telah diambil. Siapa yang bertanggungjawab. Apa langkah susulan yang akan atau sedang diambil. Adakah pampasan diberi kepada keluraga yang terkorban. Jika tidak, yang maut itu hanya menjadi statistik seperti katak dilanggar kereta.
Saya menolak hujah yang mengajukan pandangan bahawa semua ini adalah takdir. Hidup mati insan di dunia ini mengikut hujah ini, semuanya telah tertulis. Ini sebenarnya adalah sikap yang salah. Saya tidak akan menuduh kemalangan jenis ini sebagai kerja dan tugas Yang Maha Esa. Tuhan tidak akan masuk campurtangan dalam hal lebuhraya Plus berlubang atau blok bangunan perumahan retak.
Bayangkan di Malaysia – bangunan retak, bukit runtuh atau jambatan putus. Saya rasa ini pasti ukan tugas Yang Maha Esa yang semestinya memiliki perancangan yang lebih kudus daripada meretakkan bangunan pangsapuri yang baru sahaja dibina.
Pandangan yang mempersalahkan Yang Maha Esa jika kemalangan berlaku adalah cara satu kumpulan warga yang sedang menipu diri mereka sendiri. Mempersalahkan Yang Maha Esa ini juga adalah taktik yang selalu dilakukan oleh mereka yang sebenarnya bertanggungjawab apabila kemalangan ini berlaku. Inilah cara yang paling selesa untuk mereka yang bertanggungjawab melarikan diri daripada bencana yang telah mereka semai. Bagi saya, sesiapa yang memiliki pandangan ini akan turut sama bersekongkol dengan si pesalah.
Berlakunya kemalangan jenis ini pasti ada sebab musabab. Bangunan tidak retak, jambatan tidak terputus adn bukit tidak robek tanpa sebab musabab. Bagi saya, bangunan retak, bukit robek atau jambatan terputus, semuanya berpunca daripada perbuatan manusia. Semua kemalanggan jenis ini, jika kita selidiki, maka kita akan berjumpa dengan rasuah. Kecederaan, kerugian dan maut yang dihasilkan oleh kemalangan jenis ini semuanya berpunca dengan rasuah.
Mari kita melihat dan menoleh kebelakang, bukan dua tiga tahun tetapi sepuluh atau lima belas tahun yang lalu. Ketika ini ada satu kegilaan untuk membangunkan bangunan. Projek membangunkan bangunan ditafsirkan oleh pihak kerajaan sebagai tangga dan mercu kejayaan. Kemajuan disamaertikan dengan berapa banyaknya bangunan dapat didirikan dengan secepat mungkin.
Teliti kaedah pembangunan
Sebenarnya, membuat jalan, membuat pembentong air, menambak tanah atau mendirikan bangunan, semuanya memerlukan perancangan yang teliti. Tanyalah para graduan juruukur, jurubina, jurutera elektrik, atau sesiapa sahaja yang bersangkutan dalam hal pembangunan, akan memberitahu bahawa telah sedia wujud syarat-syarat dan rujukan-rujukan tertentu. Juga, telah diwajibkan lembaga-lembaga seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Alam Sekitar, majlis tempatan dan dan dan... untuk meneliti kaedah pembangunan ini.
Lembaga-lembaga ini adalah warisan daripada zaman British lagi. Penjajah British, walaupun mereka mengambil/merompak harta kekayaan negara ini, tetapi mereka memiliki kesedaran untuk tidak akan membunuh anak negeri yang mereka jajah. Bagi penjajah, anak negeri yang mereka jajah itu adalah tenaga buruh, bakal pembeli dan pembayar cukai. Juga apabila mereka meluluskan undang-undang dan hukum-hakam mereka hormati. Jika undang-undang yang mereka wujudkan tidak mereka patuhi, maka bererti mereka tidak berkemungkinan untuk bertahan lama ditanah jajahan.
Hukum dan peraturan peninggalan penjajah ini sedia wujud, malah banyak yang telah diperbaiki mengikut ombak peralihan masa. Di atas kertas, kelihatan semuanya indah, tersusun dan terkawal. Sepuluh atau lima belas tahun dahulu dalam kegilaan untuk membangunkan bangunan, syarat dan peraturan ini telah disisih. Kuasa yang paling berjaya mengenepikan syarat dan peraturan ini ialah rasuah.
Contohnya, sebuah syarikat pemaju ingin membina sebuah bangunan di tepi pusat bandar. Jabatan Alam Sekitar tidak meluluskan kerana kawasan ini adalah kawasan hijau dan tadahan hujan. Lalu tuan empunya syarikat ini membuat langkah kedua. Pemaju ini akan pergi menemui seorang exco kanan kerajaan dan menjemput si polan YB ini untuk memiliki beberapa saham dalam syarikat tersebut. Jika ini gagal maka tuan empunya syarikat akan cuba pula berurus dengan menteri besar.
Kawasan hijau tadahan hujan ini akhirnya dicunggah. Bila penduduk tempatan membantah tuan empunya syarikat akan mengupah kaki busuk untuk buat kacau ke atas penduduk tempatan. Jika ini gagal tuan empunya syarikat akan `kaotim' dengan pihak berkuasa tempatan. Jika bantahan berterusan, akan diadakan tangkapan. Di sini sebakul lagi duit rasuah akan berjalan.
Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air, Leterik, Majlis Tempatan bukan tidak tahu apa yang berlaku tetapi ini adalah projek YB. Apabila didengar bahawa YB ada kepentingan dalam projek ini, maka semuanya turut sama membodek. Jika ditakdirkan ada beberapa orang pegawai yang jujur dan ikhlas dalam tugas mereka dan cuba mendedahkan penyalahgunaan kuasa, maka besar kemungkinan si polan yang jujur ini akan dipinggirkan. Atau dipindahkan atau tidak pernah dinaikkan pangkat.
Projek kondo YB
Akhirnya, projek bangunan ini bermula. Kondo mewah ini mula diiklan untuk dijual. Jangan salahfaham, duit-duit rasuah yang berjalan dari satu poket ke satu poket ini juga sebenarnya adalah duit pembayaran awal dari bakal pemilik kondo ini. Akhirnya Projek Kondo YB yang harganya 10 ringgit kini menjadi 150 ringgit. Harga naik kerana rasuah.
Kalau nasib baik projek ini akan selesai seperti yang dijanjikan. Tetapi dari apa yang selalu kita baca dan dengar, banyak projek seperti ini tiba-tiba terbengkalai. Kenapa ia terbengkalai? Tuan empunya syarikat lari. Syarikat jatuh muflis. Cuba diselidiki betul-betul, pasti akan ditemui, semua ini berpunca dari rasuah. Rasuah telah membaham dari awal lagi dana, modal atau peruntukan untuk pembuatan projek ini.
Jika projek ini diteruskan, maka pembuatannya adalah seperti berikut: besi berubah dari kelas A menjadi kelas C. Lebih banyak pasir akan digunakan dalam campuran simen membuat dinding atau lantai. Kaca tingkap dari gelas yang paling termurah. Ensel, kunci atu tombol pintu akan tercabut pada bulan pertama rumah ini didiami. Saluran air kotoran akan tersumbat dalam masa tidak melebihi satu tahun. Paip air akan bocor. Atap akan tiris dan akan meresap ke dinding. Dalam masa satu tahun rumah lebih huduh keadaanya dari rumah di Kampung Kambing yang diceritakan oleh Samad Said dalam novel Salina.
Hasilnya, maka kemalangan berlaku. Dinding tiba-tiba runtuh dan menghempap mangsa. Tempat simpanan air pecah dan mencari mangsa. Rumah tanpa serangan tsunami tiba-tiba retak. Di belakang rumah tiba-tiba lubang besar terbuka kerana hakisan air. Pintu tidak dapat dibuka atau ditutup kerana tapak tanah telah mula merundum. Jambatan tiba-tiba putus bukan kerana banjir tetapi hanya dilanda oleh hujan petang.
Apakah yang saya tulis ini bukan satu fitnah atau khabar-khabar angin. Perkara yang saya tulis ini telah menjadi rahsia umum. Umum mengetahui akan mondus operandi pelbagai projek yang diperlicinkan oleh rasuah. Pegawai kerajaan, tuan empunya projek, pihak berkuasa, majlis bandaran, malah YB ahli-ahli politik pun tahu perkara ini sedang berjalan.
Lalu timbul persoalan jika mereka yang dipertanggungjawbkan ini tahu kenapa mereka tidak melakukan sesuatu. Jawabnya cukup senang mereka semua ada kepentingan. Ada yang telah menerima rasuah. Ada yang mendapat lot percuma di kawasan itu. Ada yang telah mendapat hamper. Ada yang telah pergi bercuti ke Langkawi dengan ikhsan tuan empunya projek.
Kenapa perkara ini terus berlaku dan warga terus menjadi mangsa. Isteri kehilangan suami kerana terkambus oleh tanah runtuh. Adik kehilangan abang kerana dihempap bangunan runtuh. Kekasih mati kerana tong air tiba-tiba meletup. Rumah yang telah dibayar tetapi tidak dapat diduduki. Akhirnya setelah sepuluh atau lima belas tahun ia sampai kerana terlalu ramai orang yang baik dan jujur tetapi tidak melakukan sesuatu untuk merubah keadaan. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/20/2006 03:49:00 PM  |
|
|
|
| Mahathir diamlah! |
|

Oleh Mohd Sayuti Omar
Apa yang dinamakan sebagai penyakit selepas pencen (pasca Perdana Menteri kata Musa Hitam) nampaknya semakin mengganggu minda bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Semakin hari semakin teruk pula penyakit itu mengasak pemikirannya sehingga ia menyerlahkan perilaku dan pembawaan yang menampakkan kurang sihat.
Kadangkalanya telatah pembawaan itu juga menjadikan Mahathir bukan saja nyanyuk tetapi semacam tidak siuman lagi!
Salah satu daripada kesan (sindrom) tekanan penyakit itu ialah merasakan orang lain tidak baik dan tidak sebijak diri kita. Beranggapan tindakan dan keputusan orang lain boleh memberikan musibah, dan bukan kebaikan kepada negara. Pengidap penyakit ini merasakan apa yang pemimpin atau pihak-pihak lain lakukan seolah-olah mahu meletakkan negara dalam keadaan tidak selamat.
Penyakit ini sebenarnya teruk dan lebih sukar untuk diubati berbanding penyakit kencing manis, darah tinggi hatta jantung. Kerana penyakit ini disongsong oleh rasa egois dan amarah yang tinggi di dalam diri seseorang pengidapnya. Kesan daripada penyakit ini dalam konteks pemerintah negara menyebabkan seseorang itu tidak ada hormat langsung kepada keputusan ataupun kepimpinan orang lain. Malang lagi, ia melihat orang lain buruk dan hodoh.
Penyakit inilah yang menimpa telah Mahathir dan menyebabkan bekas Perdana Menteri itu acap kali mengeluarkan kenyataan yang kontras dengan pendiriannya sebelum ini dan juga kritikan terhadap Abdullah Ahmad Badawi.
Bekas PM itu tidak menghormati Abdullah kerana Abdullah mengubah beberapa dasar yang diperkenalkannya. Walaupun pengubahan dilakukan Abdullah itu ada rasional dan ada keperluannya (semasa), namun hakikat ini tidak nampak kepada Mahathir. Perasaan sombong dan egois – merasakan diri sendiri betul, menutup segala pandangan untuk melihat apa-apa kerja atau tindakan orang lain.
Sebenarnya penyakit ini sudah lama merenggui diri Mahathir. Sejak beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Beliau sudah sakit! Perasaan merasakan dirinya saja yang baik, cerdik dan betul menghantui dirinya. Serentak itu dia merasakan orang lain tidak berguna sama sekali. Perhatikan apa yang beliau tuduh terhadap parti pembangkang (Pas dan DAP) dan juga bekas timbalannya Anwar Ibrahim. Seolah-olah pembangkang dan Anwar tidak ada guna satu sen pun dan berada di pihak bersalah seratus peratus.
Hakikat ini diakui oleh Musa Hitam bekas timbalannya. Apa yang menimpa Musa Hitam adalah contoh dan bukti terbaik. Kenapa Musa mengambil tindakan meninggal kabinet sekitar 1986 ialah kerana tidak tahan dengan sikap dan egoisnya (Mahathir). Musa terpaksa berundur apabila dia merasakan peranannya itu hanya menghabiskan wang negara saja. Musa tidak boleh berperanan seperti sepatutnya menerusi jawatan itu dan apa-apa pandangannya untuk membina negara ataupun memperbetulkan tindakan salah Mahathir ditolak mentah-mentah oleh Mahathir.
Sebagai orang yang ada prinsip, ada maruah dan tidak mahu bersubahat untuk menjahanamkan negara dan juga Umno, Musa merasakan dirinya tidak pantas berada lama dengan Mahathir, kerana dia bukan jenis boneka yang boleh dijadikan alat, apa lagi tidak rela memakan hati berulam jantung, lantas itulah beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Keadaan seperti ini bukan saja berlaku kepada Musa, tetapi jemaah menteri lain juga. Bagaimanapun menteri lain meskipun tidak setuju namun tidak berani pula untuk beritndak ke atas Mahathir. Apa lagi apabila Mahathir memberi jawatan, mereka terus mengulum kemarahan kepada Mahathir di dalam halkumnya.
Di antara sebab berlaku protes kabinet (team B) kepada Mahathir tahun 1987 dulu, ialah kerana pengamalan sikap dan budaya itu oleh Mahathir. Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Mahathir untuk kerusi Presiden Umno juga adalah retentan daripada hal-hal seumpama itu.
Dan sikap egois itu terbawa sampai ke hari ini. Mahathir semacam tidak merasakan yang beliau sudah pun tidak menjadi Perdana Menteri. Lantaran itu beliau masih mahu bercakap, termasuk menyentuh mengenai dasar-dasar dan polisi baru yang diperkenalkan oleh penggantinya Abdullah Badawi. Beliau masih mahu mengemukakan idea serta membantah apa-apa yang dilihat dari kacamata beliau (yang masih terperasaan) sebagai Perdana Menteri.
Tidak menjadi kesalahan kalaupun beliau ingin menegur atau memberi buah fikiran. Umum percaya, Abdullah sendiri sangat memerlukan nasihat dan tunjuk ajar daripadanya. Pengalaman sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun cukup diperlu oleh Abdullah untuk membangun negara. Tetapi kalau beliau bersikap mahu memaksa dan melihat tindakan orang lain jelek, ia tidak patut malah tidak diperlukan oleh Abdullah.
Abdullah sendiri banyak perkara yang dilakukan tidak betul dan menunjukkan kemampuan beliau sebagai orang nombor satu negara. Paling ketara ialah mengenai bidang ekonomi. Kelembaban ransangan ekonomi negara hari ini bukan saja disebabkan kedudukan ekonomi dunia tidak stabil, tetapi ia banyak disebabkan oleh polisi atau pendekatan pentadbrian yang diambil oleh Abdullah.
Beberapa langkah dan pendekatan drastik yang diambil untuk menjana ekonomi negara dan membantu rakyat juga tidak mencerminkan kebijaksanaan beliau sebagai Perdana Menteri. Misalnya kenaikan harga petrol, tarif elektrik, pemberhentian projek mega yang menimbulkan kemarahan Mahathir dan sebagainya adalah di antara tindakan tidak popular Abdullah.
Tindakan itu semua boleh dikritik. Dan umum yakin, Abdullah bersedia mendengarnya kalaupun tidak bersedia menurutinya. Mahathir juga boleh melakukan kritikan dan teguran, namun dalam pada itu beliau perlu menerima bahawa Abdullah adalah Perdana Menteri, bukan lagi beliau yang menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanapuan bila beliau ghairah mengkritik, realiti itu tidak dilihat oleh Mahathir. Beliau telah memadamkan kedudukan Abdullah selaku Perdana Menteri dan sanggup membuat apa-apa saja termasuk kritikan yang tidak masuk akal ataupun songsang. Beliau masih lagi bertindak seolah-olah selaku Perdana Menteri. Apakah dia sedar atau tidak, sukar untuk ditentukan. Namun, jika diambilkira fenomena penyakit tadi, - penyakit selepas pencen, mungkin beliau lakukan itu di dalam keadaan tidak sedar.
Misalnya kritikan terbuka beliau kepada Abdullah Badawi bukan saja tidak wajar, tetapi sudah melampau. Kritikan sedemikian bukan menunjukkan datangnya dari seorang pesara jawatan Perdana Menteri. Kritikan itu tidak bernada ikhlas tetapi semacam satu proklamasian untuk berkonfrantasi dengan Abdullah.
Apabila beliau tanpa berlapik dan secara terbuka mengakui bahawa Abdullah bukan pilihan terbaiknya (untuk menggantinya), ia merupakan satu serangan peribadi yang teruk kepada Abdullah. Bukan saja Abdullah, kalau sesiapa pun akan terkilan dan dukacita dengan kata-kata demikian. Tidak sepatutnya selaku seorang bekas Perdana Menteri yang menyerahkan jawatan itu kepada penggantinya mengeluarkan kenyataan berkenaan.
Kalaupun beliau sangat marah, namun tidak pantas ucapan itu dikeluarkan. Masih banyak bahasa dan perumapama lain yang lebih beradab untuk diucapkan sebagai menggambarkan perasaan tidak senangnya terhadap Abdullah. Dengan mengeluarkan kata-kata seperti itu menjadikan Abdullah tersinggung dan sedih, dan kesannya rasa hormat kepada Abdullah akan hilang.
Ulasan Abdullah mengenai kritikan dengan mengatakan bekas PM itu bebas untuk mengkritik, dan negara ini demokrasi, - sesiapa pun boleh bersuara, secara tidak langsung telah menempelak Mahathir. Abdullah tidak payah untuk melemparkan tuduhan panas sebagai balasannya, tetapi cukup dengan mengambil sikap tenang dan tidak melayani omelan Mahathir.
Kesimpulannya, sebagai seorang yang telah pencen, sepatutnya Mahathir berehatlah secukupnya dan biarkan orang lain menjalankan urusan negara ini. Lagi pun Mahathir telah berjanji selepas bersara beliau akan menjaga dan bermain dengan cucu-cucunya. Lakukan kerja itu kerana ianya paling afdal bagi orang yang sudah pencen sepertinya itu, lagi pun ianya tidak begitu membebankan dan tidak juga boleh menganggu tugas-tugas oleh lain. Seeloknya, Mahathir diamlah! |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/20/2006 03:44:00 PM  |
|
|
|
| Mengapa Samy naik angin? |
|
Mengapakah Menteri Kerja Raya Datuk Seri S Samy Vellu berang dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)? Ketua Pembangkang Lim Kit Siang tahu jawapannya.
Minggu lalu, menteri berkenaan mengecam PAC kerana didakwanya campurtangan dalam urusan kementeriannya berhubung projek jambatan indah.
Bagaimanapun, Lim percaya, ada sebab lain mengapa Samy Vellu naik angin.
Dalam satu kenyataannya, Lim berkata, Samy Vellu naik berang kerana maklumat yang dimonopolinya selama ini, kini diganggu oleh siasatan PAC.
Melalui mesyuarat PAC, kata Lim, orang ramai kini mengetahui lebih banyak maklumat mengenai kos pembatalan projek jambatan yang bernilai RM1.3 bilion itu.
Tetapi, katanya, apa yang lebih mengejutkan lagi, ialah pendedahan bahawa kos pembatalan itu mungkin lebih tinggi daripada anggaran asal pembinaan jambatan berkenaan.
"Saya faham mengapa Samy naik berang...kerana beliau bukan orang pertama mengumumkan segala maklumat mengenai jambatan tersebut, tetapi dia perlu menyalahkan dirinya sendiri.
"Ini patut menjadi pengajaran kepada semua menteri supaya tidak merahsiakan maklumat yang orang ramai berhak mengetahuinya, seolah-olah ianya harta peribadi mereka," tambahnya.
Pada mulanya, Kementerian Kera Jaya menganggarkan kerajaan perlu membelanjakan RMRM740 juta apabila membatalkan projek teresbut. Ini termasuk membayar pampasan kepada kontraktor dan pembinaan lebuhraya baru dan jalan penyambung.
Bagaimanapun, kos tersebut mungkin mencecah RM1.12 bilion jika kerajaan membayar premium tanah bernilai RM380 juta yang dituntut oleh kerajaan negeri Johor berikutan pembatalan projek tersebut.
Sikap keanak-anakan
Sementara itu, Lim juga menggesa Samy Vellu supaya berhenti bersikap `keanak-anakan' dan menghadiri mesyuarat PAC yang dijadualkan Khamis ini untuk membincangkan isu jambatan tersebut.
Katanya, menteri berkenaan perlu menghentikan pertelagahannya dengan PAC dan berhenti menjejaskan program Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membawa pembaharuan Parlimen.
Minggu lalu, Samy Vellu memberitahu Abdullah, beliau akan memberi penjelasan bertulis kepada PAC berhubung perkara tersebut.
Bagaimanapun, Lim berkata, ianya `belum mencukupi'.
Perdana Menteri, katanya, perlu lebih tegas dalam keputusannya dan mengarahkan Samy Vellu supaya menghadiri mesyuarat PAC itu.
Lim mengingatkan, kegagalan Abdullah untuk bertindak demikian akan menguatkan lagi tanggapan rakyat bahawa beliau seorang perdana menteri yang lemah. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/20/2006 03:09:00 PM  |
|
|
|
| Talqin Untuk PakLah |
|
Jika diambil kira dari berbagai berita dan cerita dalam Umno , Pak lah tidak lagi popular sebagai Perdana Menteri yang Islamik seperti yang kita lihat sebelum ini. Pak Lah kini semakin tertekan jiwanya dan mereka yang terdiri dari kabinet Pak Lah sahaja yang hadir menunjukkan sokongan kepada kepimpinan Pak Lah. "Rally" seperti ini sudah biasa. Kalau PM tergugat - mereka yang sudah mendapat habuan, mahu mengekalkan tempat pasti bangun untuk menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi. Ini kecendurungan dalam Umno dan kecenderungan ini memang jelas dan patut diakui seperti yang pernah saya lihat tertulis oleh editor laman ini, yang saya fikir orang yang banyak memberi komen - komen yang baik - baik tetapi malang tidak didengari.
Saya jurung kali menulis tapi saya rajin membaca melalui teknologi canggih seperti kata orang sekarang. Saya terpikat membaca tulisan - tulisan yang dikatakan media alternatif se garau mana suara pengarang laman ini membahaskan di TV tempoh hari. Apa yang saya simpulkan setelah kerap mendengar cerita - cerita Pak Lah ialah satu kiasan , pukul anak sindir menantu. Pak Lah tersepit dengan amarah orang kepada anak menantunya, yang tumbuh cepat dengan lenggok seorang intelektual yang tidak matang. Masakan boleh jadi pemimpin sedangkan keluarganya sahaja belum terurus dengan betul apa lagi sempurna, kata suara - suara orang yang didengari.
Hari ini bukan sahaja suara -suara kecil mengigit - gigit cuping telinga menolak Pak Lah tetapi suara - suara garau orang - orang pencen juga sudah kuat dentumannya menyatakan kekesalan melantik Pak Lah. Itu kekesalan lama yang tidak mungkin di ubah dan menjadi titik dalam sejarah Malaysia. Tetapi hakikat sebenarnya Pak Lah sudah mendapat mandat baru bukan hanya lantikan dari Tun Mahathir tetapi lantikan dari rakyat Umno yang saya kira masih percaya bahawa dalam Umno kita mampu jadi kaya cuma dengan memberi kerja utama, berbaik sahaja dengan kem - kem Pak Lah khususnya Khairy Jamaluddin.
Mungkin nama Khairy itu juga yang membawa kesialan pada Pak Lah. Khairy Jamaluddin mungkin penyebabnya dan hari ini Pak Lah seolah - olah mahu ditalqinkan segera oleh kumpulan - kumpulan dalam Umno. Hanya kerana Khairy Jamaluddin - kah semua ini bermula?
Hakikatnya Pak Lah harus tersepit dan diambang meluahkan semua kepincangan perlakuan Mahathir, sekiranya terus di tekan oleh Dr Mahathir. Mungkin benar sekali, Pak Lah semestinya mengosongkan kerongkong agar rakyat faham tindakan - tindakan yang sedang diambil beliau. Selagi tidak maka Pak Lah akan terus dihimpit masalah dan Umno, tidak mahu saya katakan tetapi perlu akan menuju diambang perpecahan.
Hari ini sahaja mereka yang menyokong Mahathir mampu mengugat Pak Lah. Ekonomi masih dipegang oleh mereka yang berdampingi Mahathir dan bukan Pak Lah. Tindakan mahu membuka ruangan baru bagi menyaing kekuatan kuncu - kuncu Mahathir telah dipersoalkan - Khairy gagal dalam tindakan memegang kuasa perekonomian kerana kaca sudah terhempas ke tanah , terbongkar dan kita menunggu penentuan.
Umno sekarang dilanda bahang, kepanasan dan kekalutan yang menyerlah. Umno yang ahlinya sebanyak hampir 3 juga orang menyaksikan hanya 78 orang berjawatan dari Pak Lah yang hadir memberi sokongan. Mereka semua tidak boleh dipakai kerana mereka dengan lalang hanya seakan sama, meniup mana ada angin mahu menghalakannya.
Malang lagi Pak Lah tidak di kelilingi oleh mereka yang berkaliber untuk menangkis dan menjawab bagi pihak Pak Lah. Mungkin Pak Lah juga tersalahpilih kabinet yang masih berpaksikan angin, menurut sahaja tetapi akal tetap ditunjangii oleh Mahahtir.
Mungkin ini ketika untuk kita menyaksikan bagaimana Umno berjalan dan kualiti kepimpinan Umno yang semakin berkurangan. Mungkin ini juga akan menjadi penentuan, terbongkarnya cerita - cerita perjuangan songsang sesetengah kepimpinan Umno. Mungkin ini juga akan membongkar apakah selama ini Melayu yang diperjuangkan oleh Umno adalah Melayu diri sendiri.
Pak Lah bagi saya lebih kritikal lagi. Dalam era Mahathir yang menentang beliau terdiri dari mereka yang sudah keluar parti tetapi bagi Pak Lah bukan sahaja diluar parti malah yang lebih trajis ialah mereka yang menentang beliau dalam parti. Malah yang nampak jelas persengketaan antara Pak Lah dan Mahathir memperlihatkan bagaimana pembangkang tetap menentang Mahathir dan akhirnya Pak Lah mendapat sedikit simpati dari pembangkang yang tidak akan dapat menyelamatkan Pak Lah dari luar parti. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/20/2006 03:03:00 PM  |
|
|
|
| Tersingkir Sekali Lagikah Dr Mahathir? |
|
Oleh : Datuk A Kadir Jasin
TUN Dr Mahathir Mohamad akan dipecat daripada Umno. Demikianlah khabar sensasi yang dibawa angin kencang sejak dua tiga hari kebelakangan ini.
Media massa arus perdana tidak menyiarkan berita itu tetapi akhbar-akhbar alternatif dan laman web hebat memperkatakannya. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah ditanya wartawan, tetapi beliau sekadar berkata "ini bukan tempat membincangkannya.''
Soalnya, apakah Umno mempunyai alasan yang cukup kuat dan mendesak untuk mengambil tindakan yang begitu radikal?
Kesalahan Dr Mahathir, jika boleh kita bahasakan begitu, adalah kritikan terbukanya terhadap Perdana Menteri mengenai beberapa isu termasuk kesan AP ke atas Proton, penjualan MV Agusta, penamatan kontrak jawatan Tengku Mahaleel dan pembatalan projek jambatan bengkok.
Bergantung kepada siapa yang membuat analisis ke atas khabar ini, dua kesimpulan utama muncul. Pertama, tidak masuk akal mengapa Dr Mahathir mesti dipecat dan kedua, memang patut pun beliau dipecat.
Kepada kumpulan pertama, ia tidak masuk akal kerana:
- Dr Mahathir mengkritik Perdana Menteri dan bukan Umno;
- Dr Mahathir menegaskan yang dia tetap setia kepada Umno; dan
- Kritikan beliau tercetus kerana beliau mendakwa banyak soalan yang beliau kemukakan sama ada tidak dijawab atau jawapannya tidak memuaskan.
Kepada kumpulan kedua, ia masuk akal kerana:
- Beliau mengkritik Perdana Menteri secara keras dan terbuka;
- Kritikan terhadap Perdana Menteri adalah kritikan terhadap Umno dan Kerajaan kerana Perdana Menteri adalah Presiden Umno dan Umno adalah parti induk Barisan Nasional; dan
- Dr Mahathir sudah bersara, diam sajalah dan buat amal ibadat.
Kumpulan ini mengukuhkan hujah mereka dengan merujuk kepada penyingkiran kali pertama Dr Mahathir daripada Umno pada tahun 1969. Beliau mengkritik Perdana Menteri pada ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.
Sejarah Jadi Petunjuk
Apakah kesilapan akan berulang kerana manusia tidak belajar daripada sejarah?
Kita akan mengatakan mustahil Dr Mahathir akan dipecat jikalau kita berfikir secara waras dan percaya kepada mantera semasa mengenai ketelusan, keterbukaan dan kebertanggungjawaban.
Tetapi kita akan mengatakan tidak mustahil beliau dipecat jikalau kita berpegang kepada hakikat bahawa politik tidak sentiasa waras dan kepentingan jangka pendek sering mengatasi pengajaran sejarah.
Pada tahun 1969 politik hilang kewarasan. Akibatnya berlaku pertumpahan darah 13 Mei dan rentetan daripada itu Dr Mahathir mengkritik Tunku dan disingkirkan daripada Umno.
Pada waktu itu, Dr Mahathir tidaklah berpengaruh dan berjasa seperti sekarang. Dia hanya seorang bekas Ahli Parlimen sepenggal yang baru kalah pilihan raya.
Namun beliau tetap ada penyokong di dalam dan luar Umno. Antara penyokong beliau adalah Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Tetapi yang berkuasa pada waktu itu adalah Tunku. Tunku sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno tetap berkuasa dan berpengaruh walaupun kedudukan beliau telah menjadi begitu lemah kerana prestasi Parti Perikatan yang buruk dalam pilihan raya dan diikuti pula oleh peristiwa 13 Mei.
Penyokong-penyokong Dr Mahathir dan pihak-pihak yang bersimpati dengan beliau seperti Razak, Allahyarham Datuk Harun Idris dan Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman tidak dapat berbuat apa-apa atau sengaja tidak berbuat apa-apa. Mereka mendiamkan diri dan membiarkan Tunku memecat Dr Mahathir.
Senario yang serupa boleh berulang. Yang berbeza hanyalah keadaan. Pada tahun 1969 Dr Mahathir adalah seorang muda yang tegas dan baru kalah pilihan raya. Kini beliau adalah bekas Perdana Menteri dan negarawan veteran tetapi tetap tegas.
Kalau dengan takdir Dr Mahathir disingkirkan sekali lagi kerana amalan berdiam diri kembali menular di dalam Umno, maka beliau akan mencacat sejarah yang sangat unik.
Beliau akan menjadi ahli politik negara yang disingkirkan daripada Umno kerana mengkritik Perdana Menteri yang membawanya masuk menjadi Ahli Parlimen dan disingkir oleh Perdana Menteri yang beliau sendiri lantik sebagai pengganti.
Sejarah, jika ia tidak berbohong, akan tetap meletakkan Dr Mahathir di suatu tempat yang unik dalam annals (catatan) politik tanah air.
Phoenix Mungkin Menjelma Semula
Dan jikalau Dr Mahathir hari ini adalah Dr Mahathir yang sama -- yang bangun umpama phoenix yang menjelma daripada timbunan abu -- maka beliau pastinya mengalu-alukan pemecatan yang hangat diperkatakan sekarang.
Ibarat kata pepatah, pucuk yang dicita ulam mendatang, orang mengantuk disorongkan bantal. Tindakan sekeras ini, seandainya terlaku, akan menguji siapa di antara yang bertelagah lebih dipercayai dan disokong, lebih mendapat simpati dan lebih berwibawa.
Pertimbangan ini tidak kritikal bagi Dr Mahathir kerana beliau tidak lagi berkuasa dan mustahil mahu kembali berkuasa. Legasi tidak pernah utama bagi Dr Mahathir. Prinsip beliau adalah melakukan apa yang beliau fikirkan terbaik untuk rakyat.
Tetapi pertimbangan ini adalah kritikan bagi Abdullah dan pembantu-pembantunya kerana jatuh atau bangun mereka bergantung pada keyakinan rakyat jelata.
Kesimpulannya, berasas atau tidak berita sensasi yang ligat ditiup angin ini, Dr Mahathir masih boleh tidur lena. Seperti kata ungkapan Inggeris, "he has nothing to lose."
Kalau ada hanya seorang rakyat Malaysia yang menyokongnya, Dr Mahathir sudah boleh berasa gembira kerana sokongan itu pasti "genuine", pastinya ikhlas kerana beliau tidak lagi boleh menjanjikan apa-apa ganjaran kepada orang itu. Malah beliau tidak pun boleh menjanjikan perlindungan kepada orang yang itu.
Soalnya, adakah perlu politik Malaysia, khasnya politik Umno dan Melayu, menjadi seperti apa yang dihujahkan oleh Henry Adams (1838-1918) iaitu politik adalah pergerakan yang berasaskan kebencian?
Kata pendidik Amerika itu: "Politics, as a practice, whatever its profession, has always been the systematic organisations of hatreds."
Apakah mesti politik di negara, tidak kira di dalam profesion mana ia diamalkan, harus menjadi amalan dan organisasi yang secara sistematik dilandaskan di atas kebencian?
(Nota kaki: Bukan sahaja Perdana Menteri tidak menjawab pertanyaan Dr Mahathir sebaliknya menyerahkan kepada kementerian-kementerian berkenaan, nampaknya kementerian-kementerian pun mungkin tidak menjawabnya.
Ini terbukti apabila jawapan mengenai Proton dibuat semalam bukan oleh "kementerian berkenaan" yang dalam konteks ini Kementerian Kewangan, tetapi oleh Pengerusi Proton, Datuk Azlan Hahim.) |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/20/2006 03:00:00 PM  |
|
|
|
| Surat Terbuka Kepada Ahli MKT UMNO |
|
Saya menulis surat ini dengan penuh keinsafan bahawa Majlis Tertinggi UMNO (MT) mampu menjadi wahana yang akan menjernihkan kekeruhan politik UMNO kebelakangan ini. Hari ini ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan bermesyuarat dan pastinya akan membuat ketetapan menyokong kepimpinan Abdullah Badawi sepenuhnya.
Namun, ssebagai ahli UMNO akar umbi, saya dan rakan-rakan ingin melihat bahawa selepas mesyuarat MKT UMNO hari ini, akan berlaku perubahan-perubahan drastik dalam corak kepimpinan negara bagi memulihkan semula imej dan keyakinan ahli parti serta rakyat jelata.
Hakikat dakwaan Tun Dr. Mahathir bahawa kepimpinan hari ini kelihatan pengecut dan tidak berani mengambil keputusan yang tuntas adalah manifestasi perasaan sebahagian kami dan rakyat jelata di bawah ini.
Apabila pemimpin UMNO enggan menjawab isu-isu penting atau menjawab secara semberono isu-isu pembatalan jambatan bengkok, penggabungan Avenue Capital Resources Berhad (MOF Inc) dengan ECM Libra (Kalimullah dan Khairy Jamaludin antara penggeraknya), isu Proton, isu Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Jepun dan pembatalan serta perubahan-perubahan yang umpama yoyo dalam projek mega seperti Jambatan Pulau Pinang kedua, Landasan Berkembar dan insenerator maka ia menimbulkan kegelisahan dan kegusaran di kalangan rakyat. Rakyat melihat kepimpinan hari ini tidak mempunyai perancangan yang jelas. Pelabur melihat perubahan dasar yang tidak menentu sebagai satu tanda kerajaan yang ada tidak konsisten dan tidak sesuai untuk pelaburan jangka panjang.
Justeru, ahli MKT sepatutnya menasihati Presiden UMNO mengikuti langkah Perdana Menteri sebelum ini yang menjawab secara terbuka di Parlimen apabila Petronas membeli PKB milik anaknya semasa kegawatan lalu.
MKT juga sewajarnya menyarankan supaya Presiden UMNO menjadi telus dan terbuka dengan mengumumankan senarai penerima kontrak dan projek kerajaan terutamanya di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan seperti mana yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir pada 1998.
Ahli MKT juga sewajarnya menyarankan kepada YAB Presiden UMNO selaku Menteri Kewangan supaya menjelaskan kepada Parlimen dan UMNO mengenai berapa banyak saham-saham Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang telah dijual kepada syarikat luar negara terutamanya Singapura.
Apabila kepimpinan UMNO dilihat tunduk kepada beberapa individu di dalam media dan perniagaan yang bermaharajalela mengaut keuntungan tanpa sempadan, mengambil alih syarikat berkaitan kerajaan sesuka hati dan menulis memburuk-burukkan kepimpinan sebelum ini, maka sebahagian ahli UMNO sudah hilang kepercayaan terhadap konsep kepimpinan bijaksana dan terbaik.
Ahli MKT harus mengambil tindakan tegas terhadap Datuk Kalimullah Hassan yang banyak menjadi batu api dan punca kekalutan politik UMNO hari ini. Selama dua tahun, akhbar yang dibawah pengaruhnya bukan sahaja menjadi alat menutup isu-isu membabitkan syarikat beliau seperti ECM Libra dan Ekowood, malah bertanggungjawab menimbulkan perbalahan atau perselisihan antara pentadbiran lama dan baru.
Malah Kalimullah juga merupakan orang yang bertanggungjawab membocorkan perbincangan Mesyuarat Penerangan UMNO Malaysia ke dalam akhbar "miliknya". Apakah tidak mungkin rahsia-rahsia lain yang diketahui olehnya kerana rapat dengan YAB Presiden dan menantu presiden parti juga akan sampai kepada pihak lain?
Ahli MKT UMNO harus menjadi satu benteng mempertahankan maruah negara, UMNO dan orang Melayu bukannya benteng mempertahankan Presiden parti semata-mata. Memang benar Presiden parti harus dipertahankan tetapi ini bukan bermakna tiada teguran dan perubahan perlu dilakukan.
Ahli MKT UMNO juga sewajarnya membincangkan dengan serius usaha-usaha pihak tertentu terutamanya yang dianggap sekeliling YAB Presiden memburuk-burukkan pentadbiran lama dan cuba menutup kelemahan hari ini dengan meletakkan kesalahan ke atas pentadbiran lama. Hakikatnya 80% pentadbiran hari ini merupakan dari pentadbiran lama. Jangan sampai meludah ke langit jatuh di atas batang hidung sendiri.
Ahli MKT UMNO haruslah berani menegur corak kepimpinan hari ini yang kelihatannya lebih banyak berbaik dengan lawan politik tetapi memusuhi para sahabat dan ahli parti. Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Ahli MKT UMNO juga harus bermuhasabah dalam mesyuarat hari ini sama relevan lagi menguar-uarkan majoriti besar dalam pilihan raya umum 2004 sebagai alasan untuk menghalang sebarang kritikan dan komen oleh orang lain terhadap kerajaan. Perlu diingat pengundian 2004 berdasarkan rekod pentadbiran sebelumnya bersama harapan pada kepimpinan hari ini.
Dengan mengingatkan segelintir rakyat bahawa jangan mengkritik sangat kerana kerajaan ini mendapat mandat yang besar, maka UMNO sedang mengundang malapetaka dalam pilihan raya akan datang. Jika undi yang besar dianggap sebagai satu benteng kerajaan untuk mengelak kritikan maka tidak mustahil rakyat akan bertindak lebih kurang ajar dalam pilihan raya akan datang. Jangan nanti majoriti mudah pun tidak cukup.
Ahli MKT UMNO yang belajar tinggi. Tapi bila memberi kenyataan mengalahkan kami di kedai kopi bodohnya. Di mana logiknya menjawab kritikan rakyat terhadap keputusan semasa kerajaan dengan dakwaan undi besar pilihan raya lalu sebagai sokongan rakyat kepada dasar kerajaan. Jika UMNO benar-benar mahu menggunakan sokongan rakyat, maka satu pilihan raya umum harus diadakan untuk mengesahkan dakwaan bahawa rakyat menyokong dasar-dasar kerajaan selepas 2004 sehingga sekarang.
Sepatutnya kritikan dan komentar rakyat dijawab dengan fakta dan isu bukannya dengan perkataan seperti I Dont Know, I'm Not Involved in any way atau Enough!
Seterusnya, sebagai ahli UMNO saya amat kecewa dengan cara MKT UMNO termasuk Presiden UMNO menangani isu khabar angin pemecatan Dr. Mahathir dari UMNO. Tindakan Presiden UMNO mengelak soalan tersebut apabila ditanya pemberita mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab atau mungkin memang niat Presiden untuk memecat Dr. Mahathir.
Jika dari awal Presiden UMNO menafikan atau menolak isu ini tentulah ia tidak menimbulkan konflik dan kekalutan kepada ahli UMNO.
Namun jika benar Presiden UMNO mahu memecat Dr. Mahathir maka ahli MKT buatlah keputusan yang terbaik. MKT UMNO ramai bijak pandai. Tapi janganlah kerana ada seorang dua badut cuba mengusulkan maka dijadikan perbincangan yang berlarutan. Banyak isu lebih penting yang MKT UMNO harus bincangkan. Pecatlah Dr. Mahathir jika itu yang dirasakan terbaik untuk parti.
Melihat sikap dan tingkah laku YAB Presiden parti apabila ditanya mengenai isu pemecatan Tun Dr. Mahathir dua hari lalu mencerminkan sikap, pandangan dan kehendak beliau dalam isu ini. Justeru jika itu kehendak Presiden parti, lakukanklah.
Dr. Mahathir tidak akan mati atau terseksa dengan pemecatan tersebut. Namun sejarah membuktikan pemecatan Dr. Mahathir mungkin akan dituruti sama dengan penamatan karier Presiden yang memecatnya. Orang Pak Lah fikir-fikirkanlah.
Buat penyokong Dr. Mahathir mereka harus bersedia. Adalah sukar untuk memulihkan hubungan kedua-dua pemimpin ini apabila akhbar-akhbar di bawah pengaruh YAB Presiden digunakan sepenuhnya untuk menghentam Tun Dr. Mahathir. Apatah lagi reaksi Pak Lah yang tampak selesa dengan khabar angin pemecatan ini, seolah-olah orang mengantuk disorong bantal.
Selamat bermesyuarat ahli MKT UMNO! Jika ada terdiri bijak pandai tentulah isu Pak Lah - Dr. M boleh diselesaikan seperti menarik rambut dalam tepung. Namun jika yang diluar MKT UMNO lebih berkuasa dalam hal ehwal parti maka tiada erti lagi mesyuarat MKT hari ini. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/20/2006 02:56:00 PM  |
|
|
|
|
| journalrakyatmarhean |
|

Name: journal rAkyAt m@rhean
Home:
About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama.
See my complete profile
|
| yang lepas |
|
| arkib |
|
|
| rakan |
|
|
| Powered by |
 |
|