journal rakyat m@rhean

sebuah laman bebas,yang kreatif dan kritis..

 
TIGA REGU
SUPERDET
UNDURLah

UndurLah.jpg

SOLDIERS
TIDOQ LAGI
ROUND TWO
300 VOTES
SLEEPERS
JOHORE ROYALE
INCREDIBLES
Mengapa Samy naik angin?
Tuesday, June 20, 2006

Mengapakah Menteri Kerja Raya Datuk Seri S Samy Vellu berang dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)? Ketua Pembangkang Lim Kit Siang tahu jawapannya.

5Minggu lalu, menteri berkenaan mengecam PAC kerana didakwanya campurtangan dalam urusan kementeriannya berhubung projek jambatan indah.

Bagaimanapun, Lim percaya, ada sebab lain mengapa Samy Vellu naik angin.

Dalam satu kenyataannya, Lim berkata, Samy Vellu naik berang kerana maklumat yang dimonopolinya selama ini, kini diganggu oleh siasatan PAC.

Melalui mesyuarat PAC, kata Lim, orang ramai kini mengetahui lebih banyak maklumat mengenai kos pembatalan projek jambatan yang bernilai RM1.3 bilion itu.

Tetapi, katanya, apa yang lebih mengejutkan lagi, ialah pendedahan bahawa kos pembatalan itu mungkin lebih tinggi daripada anggaran asal pembinaan jambatan berkenaan.

"Saya faham mengapa Samy naik berang...kerana beliau bukan orang pertama mengumumkan segala maklumat mengenai jambatan tersebut, tetapi dia perlu menyalahkan dirinya sendiri.

"Ini patut menjadi pengajaran kepada semua menteri supaya tidak merahsiakan maklumat yang orang ramai berhak mengetahuinya, seolah-olah ianya harta peribadi mereka," tambahnya.

Pada mulanya, Kementerian Kera Jaya menganggarkan kerajaan perlu membelanjakan RMRM740 juta apabila membatalkan projek teresbut. Ini termasuk membayar pampasan kepada kontraktor dan pembinaan lebuhraya baru dan jalan penyambung.

5Bagaimanapun, kos tersebut mungkin mencecah RM1.12 bilion jika kerajaan membayar premium tanah bernilai RM380 juta yang dituntut oleh kerajaan negeri Johor berikutan pembatalan projek tersebut.

Sikap keanak-anakan

Sementara itu, Lim juga menggesa Samy Vellu supaya berhenti bersikap `keanak-anakan' dan menghadiri mesyuarat PAC yang dijadualkan Khamis ini untuk membincangkan isu jambatan tersebut.

Katanya, menteri berkenaan perlu menghentikan pertelagahannya dengan PAC dan berhenti menjejaskan program Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membawa pembaharuan Parlimen.

Minggu lalu, Samy Vellu memberitahu Abdullah, beliau akan memberi penjelasan bertulis kepada PAC berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, Lim berkata, ianya `belum mencukupi'.

Perdana Menteri, katanya, perlu lebih tegas dalam keputusannya dan mengarahkan Samy Vellu supaya menghadiri mesyuarat PAC itu.

Lim mengingatkan, kegagalan Abdullah untuk bertindak demikian akan menguatkan lagi tanggapan rakyat bahawa beliau seorang perdana menteri yang lemah.

posted by journal rAkyAt m@rhean @ 6/20/2006 03:09:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
journalrakyatmarhean

Name: journal rAkyAt m@rhean
Home:
About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama.
See my complete profile
yang lepas
arkib
rakan
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

journal rakyat m@rhean