|
| Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri Terkaya? |
| Tuesday, February 27, 2007 |
Abdullah Hj Ahmad bertanya, "Apa lagi yang rakyat hendak" Ini adalah kerana beliau mengira beliau sudah menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dalam masa tiga tahun 5 bulan pemerintahannya. Berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamed yang memakan masa hampir 22 tahun demi memajukan negara, dia telah menunjukkan bahawa dia seorang yang hebat, sehebat sikap nya yang kuat tidur dan sudah diterima pakai bahawa bila dia berucap dalam mana-mana majlis, semua yang mendengar tidak akan faham apa dia cakap dan terpaksalah menunggu esok apabila akbar khasnya dari NST Group menyiarkan berita itu.
Kalau di kampung bila kenduri kendara, banyak orang akan mengeluh jika begitu banyak kelapa yang dikukur, santan masih tidak mencukupi atau tidak cukup pekat, begitulah ucapan Abdullah Hj Ahmad, jika berucap sampai 2 jam, yang boleh masuk dalam kepala pendengar hanya hanya sekadar 60 saat, itulah jumlah masa yang diperlukan oleh dia untuk berucap.
Maka jawapan persoalan "apa rakyat hendak lagi" adalah mudah. Jawapannya adalah untuk dia berhenti sahaja dari Jawatan Perdana Menteri. Dia tidak layak menjawat jawatan itu. Kalau zaman dia jadi PTD dahulu boleh pergi ke pangkat Jawatan Timbalan Ketua Setiausaha, kerana masa itu jumlah PTD terlalu kurang dan tidak banyak yang cerdik. Tetapi kalau sekarang, jika mengikut standard pemikiran dia, dia hanya layak ditempatkan di swimming pool kat JPA atau pun dihantar untuk menjaga perpustakaan di Kementerian Kesihatan seperti yang pernah berlaku kepada Anuar Zaini, penasihat dan hulubalang dia, satu masa dulu bila tidak menjadi Setiausaha Sulit Kanan Musa Hitam.
Abdullah Hj Ahmad kena sedar, bahawa dia berada dalam hieraki UMNO dan menang jawatan Naib Presiden UMNO semenjak tahun 1987 kecuali tahun 1993 adalah kerana dia orang Musa Hitam dan orang Musa Hitam semua tidak berapa suka dengan Dr Mahathir Mohamed. Ditambah pula orang-orang yang diketepikan oleh Anwar Ibrahim, dengan orang-orang serpihan Musa Hitam, Anti Anwar Ibrahim dan kemudian orang serpihan penyokong Tengku Razaleigh Hamzah yang marah dengan Dr Mahathir Mohamed, maka dia disokong oleh wakil-wakil kelompok ini untuk jawatan Naib Presiden dan dia menang jawatan Timbalan Presiden kerana dia sudah didahulukan memegang Jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kalau buat formula 1981 oleh Dr Mahahthir Mohamad untuk dilantik jadi TPM, belum tentu dia menang lagi.
Hari ini dia berkelakuan angkuh, sehingga pentadbiran negara tidak tersusun. Sudahlah TPM sekarang berada di Saudi selama seminggu dan di ikut oleh dia sendiri berada di Syria dan Yamen, maka negeri ini tidak ada siapa yang menjaga. Sepatutnya salah satu orang mesti berada dalam Negeri ini. Perlembagaan Persekutuan melarang Yang Di Pertuan Agung meninggalkan Malaysia melebihi 15 hari tetapi Perdana Menteri boleh meninggalkan negeri bila-bila masa yang dia suka. Bayangkan apa akan terjadi jika berlaku malapetaka kepada negara ini dan satu keputusan perlu dari seorang Perdana Menteri?
Kenapa tidak diambil iktibar kematian Tun Dr Ismail Abd Rahman pada tahun 1973. Dimana Tun Razak Hussein berada di Canada kerana menghadiri sidang Komenwel. Akhirnya untuk beberapa ketika menjadi pertikaian siapa yang layak untuk mempengerusikan mesyuarat kabinet bagi istiadat pengkebumian Tun Dr Ismail Abd Rahman, walau pun Barisan Nasional belum wujud tetapi kerajaan ditabir oleh parti campuran selepas Perikatan, ada PAS dan berapa parti di Sabah dan Sarawak. Akhirnya Datuk Asri Hj Muda dari PAS terpaksa menjadi Pengerusi mesyuarat kabinet tersebut kerana kerusinya di Parlimen dikira lebih banyak selepas UMNO dan UMNO pula tidak boleh mempengerusikan kerana Naib Presiden berjumlah tiga orang dan jika salah satu dilantik bererti dia akan memangku jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ini bereri Datuk Asri Hj Muda pernah diterima sebagai Pemangku Perdana Menteri.
Malang selepas keputusan dibuat untuk Tun Dr Ismail Abd Rahman dikebumikan di Makam Pahlawan dan lubang lahat digali sebelah luar kawasan berbumbung dan bila Tun Razak Hussein kembali dari Canada, beliau mengarahkan semula penggalian kubur ditapak yang sedia ada sekarang, maka terpaksalah mayat itu ditunda tanam untuk beberapa jam bagi membolehkan pihak JKR menggalinya. Itu sebab bagi orang yang faham, bagaimana kedua orang pembesar negara ini boleh berada serentak ke luar negeri? Yang seorang ambil kesempatan membuat umrah dan mungkin berdoa minta keampunan atau bertaubat, wallah wa alam tetapi seorang lagi ke Syria. Kenapa sekarang pergi ke Syria? Khabarnya dari cerita orang, Kerajaan Syria semenjak bertukar dasar luarnya hendak mengeluarkan tender membeli atau menyewa kapal tangki LPG yang banyak jumlahnya dan antara syarikat yang masuk dalam tender itu adalah Scommi, sebuah syarikat milik Kamaludian Datuk Seri Diraja Bendahara Maharaja Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
Betapa pun secara langsung Abdullah Hj Ahmad tidak bercakap perkara ini dengan Pembesar Syria tetapi Scommi akan membawa aura Perdana Menteri Malaysia itu macam anak-anak Soeharto yang pernah dapat beberapa projek Lebuhraya di Malaysia.. Akhirnya apa rakyat Malaysia hendak? Setelah tidak mahu melepaskan jawatanya sebagai Perdana Menteri, beliau mahu pilihanraya. Tidak terdapat fakta yang pilihanraya akan adakan kerana ekonomi baik kerana itu tidak kekal tetapi pilihanraya perlu untuk tujuan dapat mandat baru.
Seperti mana yang dikatakan dahulu, UMNO menangguhkan pemilihan UMNO hanya untuk kepentingan Abdullah Hj Ahmad sahaja bagi membolehkan anak menantu kesayangan dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya atas sifatnya masih Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, kerana jika ada pemilihan Pemuda UMNO tahun ini belum ada jaminan menantunya boleh menang semula jawatan itu.
Dalam sejarah UMNO, kesemua Presiden UMNO dikritik oleh ahlinya, Onn Jaafar keluar dari UMNO secara bermaruah bila usulnya membuka pintu kepada orang bukan Melayu ditolak. Diganti oleh Tunku Abd Rahman Putra, walau pun ada keputusan tidak popular dalam menjalan tugas sebagai Presiden UMNO, rekod dia berkorban dengan perkataan dan perbuatan tidak ada siapa yang boleh menandingi termasuk Dr Mahathir Mohamed dalam soal mengorbankan harta benda yang terdiri dari rumah, tanah dan sebagai untuk membiayai perbelanjaan UMNO peringkat awal perjuangan Kemerdekaan. Jika dia tidak masuk politik, dia mungkin menjadi Ketua Hakim Negara yang pertama selepas Malaya merdeka.
Begitu juga Tun Razak Hussein, walau pun singkat sebagai Perdana Menteri, diakui beliau sebagai Perdana Menteri yang miskin, kalau anaknya belajar luar neger, dia tidak pakai biasiswa kerajaan, duit gaji sendiri sehingga kisah-kisah kehidupan sebagai Perdana Menteri yang tidak mewah diakui orang yang pernah bersamanya. Namun dia konsisten dalam memerangi rasuah, walau pun melibatkan orang seperti Harun Idris, dia tidak menghalang penyiasatan BPR. Tun Razak Hussein cuba membantu menjaga imej Harun Idris, tetapi dia degil dan Harun Idris terpaksa menghadapi hampir 60 tuduhan salahguna kuasa yang melibatkan pemberian tanah kepada keluarganya tetapi yang didakwa dalam isu pemberian wang untuk UMNO Selangor bagi membolehkan imej rasuah dia adalah kerana kepentingan UMNO sementara kesemua kes rasuah yang lain ditarik balik.
Dua pemimpin itu cukup untuk membuat perbandingan dengan Abdullah Hj Ahmad yang sekarang cuba membawa jika bukan agama baru tetapi pendekatan baru Islam yang dipanggil Islam Hadhari yang tidak menggunakan Islam berpandukan Al-Quran.
journalrakyatmarhean: Tun Hussen Onn jadi Perdana Menteri,dikenali sebagai seorang yang berhati-hati, tidak banyak jasanya yang boleh dikenang tetapi setiap orang ahli UMNO akan mengingati beliau sebagai seorang Presiden UMNO yang dekat dengan ahli UMNO, sehingga disuatu masa, dia sendiri menjadi Ketua UMNO Bahagian di Setapak yang menghadapi krisis berpanjangan. Berbeza dengan Abdullah Hj Ahmad yang menjadikan UMNO Bahagian sebagai rumah pelacur, itu sebab dia beri RM 3juta, kerana terdapat Ketua UMNO Bahagian macam Bapak Ayam. Fikir-fikirkanlah paklah |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/27/2007 11:51:00 AM  |
|
|
|
|
| journalrakyatmarhean |
|

Name: journal rAkyAt m@rhean
Home:
About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama.
See my complete profile
|
| yang lepas |
|
| arkib |
|
| rakan |
|
|
| Powered by |
 |
|