|
| PM Abdullah Beli Pesawat VIP Baru Berharga RM 200 juta |
| Saturday, February 03, 2007 |

PM Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membeli sebuah pesawat VIP ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta. Pesawat yang dibina dikilang pemasangan Airbus diToulouse, Perancis kini difahamkan berada diSwitzerland, kerana ubahsuai dalaman dan proses perlengkapan perkakas bersesuaian dengan pesawat yang menjamin keselesaan dan kemewahan penerbangan VIP.
Pesawat ini adalah model asas dari A320, tetapi mendapat modifikasi dan mampu terbang sejauh melebihi 6000 batu nautika atau 11000 km (jarak antara Kuala Lumpur dan London tanpa berhenti mengisi minyak). Keluasan 800 kaki persegi ruang dan jika sebagai pesawat kommersial, mampu membawa 140 penumpang. Ianya satu kelas dengan pesawat VIP Jet Boeing BBJ, yang sedia ujud dalam perkhidmatan TUDM. Pesawat ini mampu membawa antara 10-50 penumpang (bergantung kepada susunan tempat duduk) terbang sehingga 41000 kaki dengan segala keselesaan dan kemewahan perjalanan udara moden.
Antara pemasangan yang dibuat pada waktu ini ialah ruang duduk, ruang santai, meja makan, kamar peribadi, bilik air dan kemudahan mandi dan mungkin pejabat. Ini termasuk alatan kommunikasi seperti SATNAV, telefon, fax, pemain DVD, TV satelit dan kemampuan mengunakan internet. Alatan lain seperti dapur lengkap termasuk ketuhar mikrowave, pembasuh pinggan dan peti sejuk juga biasanya dipasang sebagai memenuhi keperluan penumpang VIP.
Difahamkan VIP Jet ini akan diletak dibawah kelolaan Squadron No.2 "Bayan" TUDM (yang berpengkalan diTUDM Subang) dan pemilik sebenar pesawat ini ialah Penerbangan Malaysia Berhad (PMB). Buat masa ini TUDM mengendalikan pesawat Boeing BBJ, Bombardier Global Express, Falconjet 900B dan F28 untuk kegunaan VIP.
Samada pembelian ini menepati keperluan Negara, itu menjadi tandatanya kerana TUDM sedang mengendalikan beberapa pesawat VIP yang canggih canggih dan sudah cukup menepati keperluan Pemimpin Negara. Sebagai contoh, BBJ itu dibeli dari Malaysia Airlines dan pertama kali digunakan semasa DYMM SPB Yang DiPertuan Agung Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menghadiri sukan Olimpik diSydney, Australia tahun 2000. PM YDP Abdullah mengunakan pesawat BBJ sediada ini apabila pertama kembali ke Kepala Batas setelah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1 Nov 2003.
Secara kebetulan (?), pesawat ini dipilih sebagai pesawat VIP Kerajaan Malaysia terbaru tatkala flavour masakini syarikat tambang murah AirAsia juga menempah 150 buah pesawat A320 yang sama, berbanding trend penggunaan BBJ yang lebih popular dikalangan penguna penerbangan VIP global.Sebenarnya penulis merasakan wang ini sepatutkan dibelanjakan untuk membeli pesawat lain, yang lebih bermenafaat untuk Negara. Pada masa ini, TUDM memerlukan pesawat pesawat Airborne Early Warning/Command (AEW/C) dan Martime Patrol Aircraft/Anti Submarine Warfare (MPA/ASW) bagi melengkapkan pertahanan Negara, iaitu sebuah negara maritim yang mempunyai keluasan air antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang amat luas dan kawasan zon ekonomi eksklusif (ZEE) yang amat perlu diawasi, tanpa menimbang keperluan pengawasan trafik laluan laut antara terpenting didunia.
Persoalan sekarang, apakah Kerajaan Malaysia lebih minat memperlengkapkan TUDM dengan pesawat pesawat mewah untuk kegunaan segelintir berbanding pertahanan dan kepentingan Negara???? Sebagai contoh, pesawat helikopter S 61N Nuri yang digunakan semenjak 1968, menjadi tulang belakang operasi TUDM dan Tentera Darat dan baru baru ini bencana banjir diJohor, kini amat uzur keadaan dan amat diperlukan diganti terlebih dahulu, berbanding pesawat VIP. Apakah ini corak kepimpinan wajar dan bijaksana PM Abdullah Ahmad Badawi selaku pelopor Islam Hadhari? |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/03/2007 01:55:00 PM  |
|
|
|
|
| journalrakyatmarhean |
|

Name: journal rAkyAt m@rhean
Home:
About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama.
See my complete profile
|
| yang lepas |
|
| arkib |
|
| rakan |
|
|
| Powered by |
 |
|