|
| Mukhriz: Kritikan Rafidah keterlaluan |
| Friday, November 10, 2006 |
Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan kritikan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai keras dan keterlaluan.
Beliau berkata, "Saya sendiri tidak tergamak untuk berkata sedemikian rupa kepada Datuk Seri Rafidah yang banyak berjasa kepada negara.
"Ia tidak patut dan bukan budaya orang Melayu yang terkenal dengan ketinggian budi dan sopan santun."
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Aidifitri keluarganya di rumah Dr Mahathir di Seri Kembangan untuk mengulas kenyataan Rafidah yang mahukan para pemimpin dan anggota Umno jangan melayan karenah dan teguran Dr Mahathir seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan semalam.
Sementara itu, Mukhriz juga melahirkan rasa terkilannya terhadap dakwaan media tempatan kononnya Dr Mahathir mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelang hari raya Puasa lalu.
Mukhriz berkata, Dr Mahathir mengadakan sidang media sehari sebelum Aidifitri bukan untuk mengecam Abdullah tetapi sekadar memenuhi permintaan wartawan. "Selepas Tun Dr Mahathir mengadakan sidang media pertama di rumahnya di The Mines sebaik selesai bertemu Perdana Menteri kami ke rumah Mirzan untuk berbuka puasa.
Pertemuan kedua
"Bagaimanapun, kira-kira jam 10 malam selepas kami solat terawih dan Tun mahu pulang beberapa wartawan datang dan meminta diadakan sidang media sekali lagi kerana menurut mereka rakyat hendak tahu hasil pertemuan tersebut.
"Berikutan itu Tun setuju dan meminta mereka datang keesokannya (Isnin) di rumahnya. Saya terkilan kerana mereka menulis bahawa Tun telah mengecam Perdana Menteri pada bulan Puasa dan menejelang Hari Raya.
"Sedangkan Tun hanya memberitahu apa yang berlaku dalam pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah itu," katanya lagi.
Ditanya mengenai usaha Persatuan Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional (Mubarak) untuk mengatur pertemuan kedua di antara mereka, Mukhriz berkata , terpulang kepada persatuan itu.
Di majlis sambutan Aidifitri itu, kira-kira 5,000 tetamu hadir. Ini merupakan kali kedua majlis raya diadakan di rumah Dr Mahathir selepas kali pertama pada 25 Oktober lalu.
Di antara yang hadir ialah Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin dan beberapa Ahli Exco Pergerakan Pemuda Umno |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 11/10/2006 03:38:00 PM  |
|
|
|
|
| journalrakyatmarhean |
|

Name: journal rAkyAt m@rhean
Home:
About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama.
See my complete profile
|
| yang lepas |
|
| arkib |
|
| rakan |
|
|
| Powered by |
 |
|