journal rakyat m@rhean

sebuah laman bebas,yang kreatif dan kritis..

 
TIGA REGU
SUPERDET
UNDURLah

UndurLah.jpg

SOLDIERS
TIDOQ LAGI
ROUND TWO
300 VOTES
SLEEPERS
JOHORE ROYALE
INCREDIBLES
Cobra King RM30 juta : hadiah kepada Pak Lah
Wednesday, January 17, 2007
Oleh Zulkifli Mohamed

Selepas dikaitkan dengan skandal rasuah anak menantu,dan foto mesranya bersama bekas heroin James Bond,Michelle Yeoh, imej Pengerusi Persidangan Negara Islam(OIC) Abdullah Ahmad Badawi semakin tercalar.

Kini, dilaporkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, kesal dengan tindakan Abdullah menerima‘hadiah’ Cobra King daripada tokoh perniagaan ke-6 terkaya di Asia, Ananda Krishnan yang turut terbabit dalam bidang perjudian.

Menurut sumber tertinggi Keadilan, Ananda telah menghadiahkan kapal mewah bernilai RM30 juta tersebut kepada Abdullah.

Jelas sumber tersebut, pengesahan itu dibuat oleh Erdogan kepada Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

Selaku Pengerusi OIC, Abdullah, kata Erdogan tidak sepatutnya menerima ‘hadiah’ daripada Ananda.

“Tindakan Abdullah itu mencemarkan imej beliau sebagai Pengerusi OIC,” jelasnya dalam pertemuan dengan Malaysia Today.

Tambahnya laporan muka depan akhbar Turki, Hurriyet yang mendedahkan kapal tersebut milik Abdullah memang tepat dan berasas.

Menurut beliau, Abdullah memang telah melawat kapal yang sedang dibina itu bersama-sama Ananda di Bodrum, Turki.

Abdullah sebelum ini dilaporkan menafikan kapal tersebut miliknya dan juga menafikan melawat kapal berkenaan.

Beliau juga dikatakan akan meminta Hurriyet menarik balik laporan tersebut yang disifatkannya berbohong.

Bagaimanapun, sehingga kini akhbar berkenaan tidak membuat sebarang pembetulan atau menarik balik berita berkenaan.

Sebelum ini, Malaysia Today memetik laporan laman web penyokong Abdullah, yang menuduh Dr Mahathir sebagai pemilik sebenar Cobra King.

Bagaimanapun kemudiannya, bekas Perdana Menteri itu, melalui jurucakapnya telah menafikan berita berkenaan.

Anwar pernah membangkitkan persoalan, kalau Cobra King bukan milik Abdullah, siapa pemilik sebenarnya?

http://malaysia- today.net/ blog2006/ beritankom. php?itemid= 1919
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 1/17/2007 09:22:00 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
journalrakyatmarhean

Name: journal rAkyAt m@rhean
Home:
About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama.
See my complete profile
yang lepas
arkib
rakan
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

journal rakyat m@rhean