journal rakyat m@rhean

sebuah laman bebas,yang kreatif dan kritis..

 
TIGA REGU
SUPERDET
UNDURLah

UndurLah.jpg

SOLDIERS
TIDOQ LAGI
ROUND TWO
300 VOTES
SLEEPERS
JOHORE ROYALE
INCREDIBLES
Demo Senyap Bantah Tol
Wednesday, January 17, 2007

Beginilah suasananya di sekitar Plaza Tol Gombak – jalan menuju ke Pahang pada jam 4.30 petang Ahad.Lokasi ini sepatutnya menjadi perhimpunan kedua bantahan kenaikan harga tol.

Pada Ahad lalu perhimpunan pertama anjuran parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dihadiri oleh lebih 1,000 orang di komplek membeli belah Sunway Pyramid dekat Lebuhraya Damansara Puchong.

Sebenarnya rancangan mereka mengadakannya di situ ‘tersangkut’ bila pihak polis mengadakan kawalan ketat menghalang kira-kira 300 orang yang datang untuk menyertainya berkumpul.

Sebaliknya mereka terpaksa berkumpul di perkarangan dua buah stesyen minyak kira-kira 500 miter dari plaza tol berkenaan.



Ia telah menarik perhatian menyebabkan lalulintas di jalan berkenaan sesak bila para pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing.

Kira-kira 100 orang anggota polis termasuk FRU telah berkawal sekitar kawasan berkenaan.

Hujan renyai telah turun semasa awal perhimpunan itu.


Antara mereka yang menyertainya ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Idris Ahmad,Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat R Sivarasa, Ketua Penerangan, Tian Chua,Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Badrul Hisham Shaharinan dan Ronnie Liew dari DAP.

Perhimpunan yang bermula jam 4 petang itu berakhir sekitar 5.30 petang.



Mereka bersurai secara aman selepas polis beberapa kali mengingatkan ia merupakan perhimpunan haram kerana tiada permit polis dikeluarkan.Tiada sebarang tangkapan atau kejadian tidak diingini berlaku.

Tian Chua memberitahu para wartawan mereka merancang untuk mengadakan bantahan selanjutnya dua minggu dari sekarang.

Kenaikan harga tol mulai 1 Januari melibatkan lima lebuhraya sekitar Kuala Lumpur.

journalrakyatmarhean: perlu ada kesedaran yang lebih menyeluruh daripada kalangan rakyat tentang hak-hak mereka. mereka yang menganjurkan perlu melakukan sesuatu untuk menghimpunkan rakyat dan sambut terhadap protes senyap ini.
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 1/17/2007 08:54:00 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
journalrakyatmarhean

Name: journal rAkyAt m@rhean
Home:
About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama.
See my complete profile
yang lepas
arkib
rakan
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

journal rakyat m@rhean