|
| Betul Ke |
| Wednesday, February 14, 2007 |
Hari ini isu perbincangan orang-orang politik khasnya orang UMNO hanya sekitar soal projek dan tender dan akhir - akhir ini topik bualan dari kaki lima sampailah ke Hotel tujuh bintang adalah al kisah Perdana Menteri Malaysia yang kelima ini mahu berkahwin lagi. Banyaklah cerita-cerita timbul yang tidak diketahui dari mana sumbernya.
Yang menarik mengenai lekaki tua yang berusia 67 tahun ini, yang telah memperlecehkan orang berusia 21 tahun yang bertanding bebas di PRU Batu Talam dan menuduhnya sebagai mentah dan berhingus tetapi dalam bab hajat batin beliau sama pula dengan budak yang berusia 21 tahun, yang baru merasa atau mencuba nikmatnya hubungan badan.
Ini mungkin ajaran Islam Hadhari atau yang ada had dan ada harinya. Khabarnya ada empat calon yang sudah menjadi perbualan. Calon pertama seorang pegawai kanan kerajaan yang bertugas sebagai KSU Kementerian, kebetulan adik ipar kepada rakan karib Imam Besar Islam Hadhari ini yang sekarang menjadi Yang Di Pertua Negeri. Seorang lagi juga adik ipar kepada seorang Menteri Besar tetapi khabarnya kerana dia seorang doktor, maka awal awal telah menolaknya kerana mungkin bimbang soal calon suaminya yang memerlukan pakai lampin (pampers) itu. Dan yang terakhirnya calon isteri Perdana Menteri Malaysia yang terkenal dengan sajak Mencari Damai Abadi, sebenarnya sudah berada di dalam komplek Seri Perdana di Putrajaya.
Khabar cerita dari mulut ke mulut bahawa wanita yang bertuah ini terpilih kerana ada wasiat dari bekas isteri Perdana Menteri ke lima ini yang terhebat dan terbesar jasanya kepada UMNO sehingga satu dewan di Ibu Pejabat UMNO dinamakan sempena namanya supaya berkahwin dengan wanita ini. Tambahan pula wanita pilihan pengganti isterinya ini adalah janda adik iparnya dan bagi Imam Besar ini dahulunya dipanggil biras.
Wanita ini lah sekarang yang masuk "final list" disamping kekasih lamanya yang bernama Hamidah. Seperti mana kita maklum, Imam Besar Islam Hadhari ini amat takut dengan isterinya dan setelah isterinya meninggal, dia lagi bertambah takut. Wanita ini khabarnya bertugas sebagai "Hometaker" di kediaman rasmi Perdana Menteri tetapi jika dia kerja di Hotel jawatan itu adalah jawatan " Housekeeping" dan masa dulu kerja-kerja rumah ini, kalau ada orang Melayu atau Cina berkerja di rumah orang putih untuk tugas membasuh baju, kemaskan bilik, siapkan makanan akan dipanggil "amah". Jika rumah orang Melayu pula banyak gelarannya, ada dipanggil "orang gaji" atau "babu" dan hari ini sudah di gred dengan panggilan samada "servant" atau "pembantu rumah".
Apa pun sekiranya Abdullah Ahmad ini bernikah bayangkanlah apa yang akan terjadi dengan Rosmah Mansor yang terpaksa melepaskan jawatan Pengerusi Bakti kerana amalannya isteri Perdana Menteri akan menjadi Pengerusi, maka beramai-ramai isteri Menteri dan Timbalan Menteri yang ada sekarang ini berketuakan orang gaji.
Bagaimana pun eloklah Perdana Menteri kita ini berkahwin. Sebagai seorang yang kononnya tahu agama, pastilah dia tahu salah untuk membenarkan sesaorang yang tidak mempunyai hubungan keluarga dengannya tinggal serumah dan sebumbung kerana kesemua saudara sebelah isteri sudah meninggal dunia atau bercerai dan tidak ada lagi hubungan apa-apa kecuali keluarga disebelah lelaki sendiri.
Lagi pun akan berlakulah macam filem Nujum Pak Belalang dalam soalan yang mempertaruhkan negeri dan kerajaan ia itu... "banyak-banyak" memang banyak orang kematian isteri. Sikit-sikit, memang sikit orang yang akan berkahwin dengan adik bekas isterinya untuk kepentingannya dan akhirnya jarang-jarang, maka Imam Besar Islam Hadhari akan mencipta rekod Malaysia dalan Guinnes Book Rekod bila berkahwin dengan janda adik iparnya dan adik iparnya pula masih hidup.
Sama-samalah kita mendoakan semoga aman bahagia dan selamat berbulan madu sama ada di kapal layar yang mewah atau dengan jet eksekutif yang baru itu. Akhirnya cinta Mencari Damai Abadi tidak seperti Shah Jehan.
Sang Kelembai: Jika di kampong, jika terdapat salah laku masyarakat seperti bersekedudukan dan sebagainya yang bertentangan dengan hukum syarak, jika tidak ditegur atau di ambil tindakan, akan tiba bencana atas kampong itu, tetapi bagi sebuah negara, jika pemimpin sudah menyimpang adakah negara terpaksa menanggung bala atas perbuatannnya seperti banjir baru-baru ini?
journalrakyatmarheansaid: Berita ini di ambil dari blog sang kelembai, kalau betul cerita ini yang positifnya bagus. soal siapa pilihan paklah itu hak dia, selepas ini dia boleh fokus dalam pentadbirannya. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/14/2007 10:01:00 AM  |
|
|
|
|
| journalrakyatmarhean |
|

Name: journal rAkyAt m@rhean
Home:
About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama.
See my complete profile
|
| yang lepas |
|
| arkib |
|
| rakan |
|
|
| Powered by |
 |
|