journal rakyat m@rhean

sebuah laman bebas,yang kreatif dan kritis..

 
TIGA REGU
SUPERDET
UNDURLah

UndurLah.jpg

SOLDIERS
TIDOQ LAGI
ROUND TWO
300 VOTES
SLEEPERS
JOHORE ROYALE
INCREDIBLES
Tahukah Apa Yang Dia Cakap
Tuesday, February 27, 2007

Dalam sejarah hidup seorang manusia, kecerdikan seorang itu bergantung kepada akal dan akal perlu selalu diisi dengan ilmu maka barulah seorang itu dikatakan orang berilmu. Ilmu hadir dari dua pendekatan, belajar dan berfikir. Belajar dengan cara berguru atau membaca dan berfikir pula menggunakan bahan yang ada di dalam badan samada pancaindera, kudrat atau tenaga.

Tidak semestinya seorang yang dianggap ketua, maka segala yang diperlakukannya baik. Nabi Muhamad sendiri dibantu oleh para Malaikat walau pun dia diangkat menjadi Nabi oleh Allah. Pengertiannya, setiap orang mesti mempunyai pembantu atau setidak-tidaknya mendengar nasihat orang lain. Apabila seorang menganggap dia bijak dan setiap tutur katanya seperti hadis, maka orangnya itu akan termasuk dalam golongan macam pengikut Ayah Pin ketua Kerajaan Langit yang sudah diharamkan.

Begitulah Abdullah Hj Ahmad, bila dia bercakap bahawa akan tiba masanya kerajaan akan menamatkan Dasar Ekonomi Baru, sekiranya pemilikan ekuiti perniagaan orang Melayu/Bumiputra sudah mencecah 30% seperti mana yang disasarkan. Namun berita itu tidak pun diulas oleh sesiapa kerana yang membaca pun kurang mahu mengambil tahu tentang dasar 30% ekonomi yang diperuntukan kepada orang Melayu Bumiputra.

Sedarkah Abdullah Hj Ahmad yang kaki tidur itu bahawa Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan adalah untuk menjayakan kehendak Perlembagaan Malaysia Fasal 153 yang disetujui bersama dengan kaum lain dan dibuat melalui satu Suruhanjaya yang bebas. Bila Abdullah Hj Ahmad berkata bahawa akan tiba masanya Dasar Ekonomi Baru ditamatkan sekiranya dasar itu sudah berjaya, maka dia memberi pengertian bahawa Abdullah Hj Ahmad akan menggunakan Perlembagaan Fasal 40 dalam Perlembagaaan Malaysia untuk menasihatkan Yang Di Pertuan Agung bagi membatalkan hak keistimewaan orang Melayu dalam bidang permit, perniagaan, biasiswa dan juga kuota Melayu dalam perkhidmatan awam.

Maka kita tidak perlu menunggu aktivis perkauman yang selalu di kambing hitam seperti Lim Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri bagi meminta Yang Di Pertuan Agung menarik balik kesemua kuota Melayu atau Bumiputra dalam ekonomi di negara kita ini. Ini adalah kerana Abdullah Hj Ahmad sendiri dari Kerajaan Tiga Beranak ini yang pernah berkata bahawa dia bukan Perdana Menteri satu penggal, akan mempersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agung untuk membatalkan kesemua keistimewaan orang melayu dalam rezab atau kuota ekonomi, permit, pelajaran dan sebagainya apabila sudah berjaya sampai ke matlamat 30% pegangan ekonomi orang - orang Melayu.

Apa punca jadi begitu? Kenapa seorang yang suka menjerit dalam setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, "Hidup Melayu" boleh mengeluarkan satu kenyataan yang sedemikian. Dia bernasib baik kerana kumpulan-kumpulan bukan Melayu terlepas pandang akan kenyataan itu dan mungkin kerana mereka cukup selesa dengan dasar Abdullah Hj Ahmad tersebut, maka tidak perlu membuat apa-apa reaksi kenyataan dari Imam Besar Islam Hadhari. Atau mungkin mereka hanya menunggu untuk menggunakan kenyataan itu apabila tiba masanya. Sementara orang- orang Melayu pula tidak mengambil kisah kerana menganggap kenyataan itu tidak merugikan mereka.

Sebenarnya apa yang disungutkan oleh orang Melayu semenjak Dasar Ekonomi Melayu dan Bumiputra adalah persaingan agensi kerajaan sendiri dalam bidang perniagaan yang diceburi oleh orang Melayu. Dahulu orang Melayu tidak pandai dalam perniagaan pengangkutan termasuk Bas lalu MARA digunakan sebagai alat mempercepatkan orang Melayu dalam bidang itu dengan MARA sendiri menjalankan perniagaan Bas dan akhirnya diserahkan kepada Syarikat orang Melayu seperti mana berlaku sekarang.

Namun sepuluh tahun yang lalu, Kerajaan mengambil alih ke semua syarikat pengangkutan di Kuala Lumpur dan melupuskan konsensi Bas Sri Jaya milik bumiputra. Ini disebabkan keadaan gawat ekonomi dan syarikat itu tidak berupaya lalu diambil alih oleh Kerajaan dan diberi nama Rapid. Pada tahun lepas Kerajaan menaikkan harga minyak dan antara alasan kenaikan adalah untuk meningkatkan taraf pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan pembelian Bas baru.

Maka dibeli bas baru, yang hari ini banyak berkeliaran di Kuala Lumpur tetapi sesetengah bas tersebut sudah macam umur lima tahun. Naiklah sendiri Bas Rapid itu dan lihat sendiri apa yang mata anda dapat melihatnya, dengan pemegang yang dah terputus dan lampu yang tidak bernyala. Siapa pembekalnya? Bukankah dia sebahagian dari syarikat Scomi. Siapa pemilik Scomi? Jawabnya orang yang berkuasa dalam Kerajaan Tiga Beranak yang memerintah Malaysia sekarang.

Bila mana Abdullah Hj Ahmad mengumumkan Rapid atau MOF yang memiliki Syarikat Pasarana Negara Berhad akan beroperasi di Pulau Pinang, ini bukan bertujuan untuk memperbaiki sistem pengangkutan di Pulau Pinang tetapi hanya untuk membolehkan bas baru dibeli dengan modal awalnya berjumlah RM50juta dan yang membekalnya sudah tentu syarikat milik anak Perdana Menteri Malaysia. Akhirnya keseluruhan RM 3 billion hasil kenaikan minyak akan masuk juga ke poket mereka. Pi mai, pi mai kroni mereka juga yang dapat hasil kenaikan harga minyak yang ditanggung oleh rakyat.

Apa yang berlaku sekarang, samalah jenaka yang selalu diceritakan orang, kenapa setiap kali pemimpin UMNO mengalami kecederaan di kepala lutut ia akan mengakibatkan kematian walau pun kepalanya berkeadaan baik dan tidak seperti pemimpin bukan melayu yang lain, banyak yang mati bila kecederaan di kepala walau pun kepala lututnya baik. Setelah disiasat maka diketahui kita akan puncanya. Ini disebabkan oleh pemimpin UMNO sebilangan besar otaknya berada di kepala lutut tidak seperti pemimpin bukan Melayu yang memang otaknya di dalam kepala.

Maka dengan berbagai kenyataan Abdullah Hj Ahmad dan para pendukongnya dalam seminggu dua ini, maka bertanyalah orang, adakah akan diadakan pilihanraya dengan petunjuk yang sedia ada. Dari seorang ahli ekonomi di Pusat Penyelidik sampailah ke peniaga-peniaga yang menyokong untuk diadakan pilihanraya. Semua orang menunggu akan keputusan itu. Kalau dibubarkan sekarang, maka berpeluanglah rakyat untuk membuat keputusan kerana dalam masa 3 tahun 8 bulan ini bagi generasi tua, ianya sama dengan zaman dan masa pemerintah Jepun dahulu yang juga tiga tahun 8 bulan, yang penuh dengan penderitaan. Kesimpulan rakyat mesti beramai-ramai bertanya dengan Imam Besar Islam Hadhari ini, tahukah apa yang dia cakap?

Sang Kelembai: Abdullah Hj Ahmad yang setiap bulan ke luar negeri kerana mahu mencuba Kapal Terbang barunya dan dia bukan dari jenis orang membaca dan tidak pula dari spesis yang mahu bertanya apa reaksi rakyatnya. Kalau dia boleh ditipu oleh dua tiga kerat orang rapatnya maka tidak ada sebab 20 juta rakyat dewasa tidak boleh menipu dia. Tunggu dan lihat.. biar sampai kata-kata Sarjan dalam Ali Baba Bujang Lapok "siapa nak kena?", akan ada jawapan.

journalrakyatmarhean: Mingguan Malaysia 25.02.2007 KJ bersusah payah nak yakinkan rakyat ekonomi Malaysia sudah pulih sepenuhnya lonjakkan kenaikan di Bursa Saham bukankah satu petunjuk. Menteri Kewangan kedua juga begitu bersungguh menyakinkan rakyat.. herankan kenapa rakyat tak percaya...
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/27/2007 11:39:00 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
journalrakyatmarhean

Name: journal rAkyAt m@rhean
Home:
About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama.
See my complete profile
yang lepas
arkib
rakan
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

journal rakyat m@rhean