|
| DOKUMEN YANG DIKLASIFIKASIKAN OSA |
| Tuesday, February 27, 2007 |

klik gambar untuk besarkan:
Sammy Vellu (menteri yang bertanggungjawab memastikan kebajikan para kapitalis pemegang konsesi tol) sudah mula bising - bising, kerana beliau kehilangan fail / dokumen rahsia dari pejabatnya. Dia jadi lebih marah apabila dokumen rahsia yang hilang itu tiba tiba muncul di tangan Tian Chua dalam satu sidang media anjuran PROTES di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat. Apa dokumen sulit yang menyebabkan Sammy Vellu marah sangat itu ? Di atas ini merupakan petikan dokumen yang diklasifikasikan sulit di bawah akta rahsia rasmi kerajaan (OSA) ....sila baca kenyataan rasmi GERAK berkenaan isu ini. Kemarahan Sammy Vellu itu disambut dengan laporan polis oleh Seketeriat Melayu Muda pada 27 Januari 2007 di Balai Polis Brickfields. Sammy Vellu juga turut telah 'mengarahkan' peguam negara untuk tangkap pencuri dokumen sulit itu ?

journalrakyatmarhean: Kamu akan berdepan Kebangkitan Rakyat. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/27/2007 12:32:00 PM  |
|
|
|
| Bagaimana Malaysia meminjam USD 50 bilion secara bayangan sahaja. |
|
Pada 15 Jun 2006, Reezal Merican Naina Merican telah menghantar satu pucuk surat kepada Datuk Zamani Abdul Ghani, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia. Surat itu adalah mengenai sejumlah USD50 bilion yang diperlukan oleh Malysia untuk membiayai pembangunan negara.
Sekiranya anda terlupa, baru-baru ini Malaysia telah melancarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang sepatutnya berjadual daripada 2006 hingga 2010 dan dikatakan memerlukan kos RM200 bilion. Apa yang tidak diketahui ramai, ialah Malaysia sesungguhnya tidak mempunyai wang sebanyak RM200 billion untuk membiayai RMK9.
Siapakah dia malaun yang bernama Reezal Merican dan apakah kuasa yang dimilikinya memberi arahan kepada Timbalan Gabenor Bank Negara? Reezal Merican ialah salah seorang daripada budak-budak di ‘Tingkat Empat’ dan memegang jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia. Reezal tercanguk di jawatan itu bukanlah kerana kebolehannya tetapi kerana dia merupakan salah seorang ‘khadam’ ataupun budak suruhan Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri yang mahu dia di sana untuk membuka mata dan telinga bagi pihak Khairy.
Tugas Reezal Merican bukanlah untuk melapurkan apa sahaja kepada Khairy dan menjaga Menteri Kewangan II untuk melentokkannya, tetapi juga menentukan agar Khairy dapat membaca segala lapuran dan surat-surat sebelum ia tiba di meja Menteri Kewangan II. Apabila semua surat itu sampai ke meja menteri kewangan II setiap dokumen yang penting sudah dibaca dulu dengan komen tertentu tertulis di atasnya dengan arahan projek mana dan kontrak mana yang perlu diberikan kepada syarikat tertentu. Dengan kata lain, segala projek sudah siap dibahagi-bagi sebelum menteri kewangan II dapat melihat kertasnya.
Untuk melencong sedikit, sebelum Abdullah Ahmad Badawi membentangkan RMK9 di Parlimen untuk didebat dan diluluskan, ada satu salinan yang telah diserahkan kepada Menteri Kewangan II. Atas salinan awal berkulit keras itu dan pada setiap projek yang tersenarai dalam RMK9, sudah ada arahan bertulis tangan Khairy memberi arahan syarikat mana yang patut diberikan projek tertentu. Abdullah Badawi membentangkan RMK9 hanya sebagai satu formaliti sahaja. Semua kontraktor sudah memulakan persiapan mereka walaupun Parlimen belum selesai memberikan perkenan terhadap projek tersebut. Ada pihak yang menyebut bagaimana Menteri Kewangan II begitu naik marah. Apapun, dengan adanya malaun seperti Reezal Merican yang sentiasa mengawasi pergerakan beliau, apakah yang boleh dibuatnya? Dia hanya boleh naik geram dan tidak lebih dari itu, jika tidak khidmatnya akan ditamatkan apabila tamat temphonya perlantikannya. Jadi tentu anda faham sekarang kenapa dia dapat lanjutan khidmatnya baru-baru ini. Ini berlaku kerana dia bijak tidak menolak Khairy; sebaliknya akur dengan apa sahaja yang Khairy mahu. Ini adalah satu rahsia bagaimana mengekalkan jawatan anda. Itu sebabnya semua orang mengidam mahu berada di anjung kuasa. Ia diiringi kuasa yang besar dan lesen untuk mengelak dihukum kalau membunuh pun (dan di Malaysia frasa ini bukan sahaja satu cakap-cakap sahaja malahan boleh dianggap betul-betul, kalau anda faham apa yang saya maksudkan).  Apapun, itu hanya satu kisah lain. Apa yang mahu kita bincangkan di sini ialah surat bertarikh 15 Jun, 2006. Reezal Merican berkata dalam surat itu bahawa dia menerima arahan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Abdullah Ahmad Badawi. Surat itu merujuk kepada pembiayaan bernilai USD 50 bilion yang diperlukan untuk mengongkosi RMK9 yang memerlukan RM200 bilion .
Jumlah USD25 bilion itu adalah dirancang akan diperolehi daripada 25 bank utama tetapi akan disalurkan melalui satu syarikat swasta berstatus ‘private limited company’ bernama Asasatu Technology Sdn Bhd. Ada nama Ir. Hj Zubir bin Hj Ahmad yang disebut dalam surat itu sebagai Managing Director syarikat tersebut. Wang USD50 bilion itu akan disalurkan melalui syarikat swasta ini dan bukan dihantar terus kepada kerajaan Malaysia. Ini bererti secara rasminya Malaysia tidak meminjam duit. Wang pinjaman itu dibuat oleh satu syarikat sendirian berhad. 
Yang menariknya dalam keseluruhan urusan itu, mengikut catatan Pendaftar Syarikat, Asasatu Technology Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berpangkalan di Permatang Pauh di Pulau Pinang, yang dalam proses menggulung tikar. Betul benar, syarikat yang sedang membuat urusan meminjam USD50 bilion untuk kerajaan Malaysia adalah sebuah syarikat yang sedang mahu tutup. Alangkah hebatnya kisah itu. Bagaimana mungkin syarikat yang mahu gulung tikar digunakan sebagai alat untuk kerajaan Malaysia merundingkan satu perkara yang sungguh penting seperti mendapatkan dana untuk membiayai RMK9?
Kali terakhir Asasatu Sdn Bhd menyerahkan lapurannya ialah pada 31 Disember 2000. Sejak itu tidak ada lagi lapuran akan yang diserahkan. Pada 2000 aset tetap syarikat dikatakan berjumlah RM524,248.00 dengan aset semasa bernilai RM1,976,421.00. Akan tetapi tanggungan semasa syarikat ialah RM1,071.641.00 dan tanggungan jangka panjang sebanyak RM321,756.00. Keuntungan tahun itu ialah RM39,512.00 dengan keuntungn terkumpul sebanyak RM125,272.00. Ini bukannya satu syarikat yang harus digunakan oleh Malaysia untuk mendapatkan USD50 bilion bagi tujuan mendapatkan dana bagi pojek sepenting RMK9. Kita tidak tahu apakah angka kewangan yang terkini tetapi oleh kerana syarikat sedang bersiap mahu gulung tikar, kita boleh mengagak sudah tentu sejak 2001 syarikat ini tidak boleh kemana-mana. Ir. Hj Zubir Hj Ahmad yang disebut dalam surat bertarikh 15 Jun, ialah seorang pengarah syarikat dan memiliki 1,990,000 saham sedangkan Rosni binti Rahmat, seorang pengarah yang lagi satu memiliki 20,000 saham.
Yang menjadi lebih menarik ialah nama agen yang akan mengatur pinjaman kewangan dan disebut dalam surat itu sebagai Union Financial Services Corporation di Sydney, Australia . Alamat syarikat ialah PO Box A2286. Jadi tidaklah mudah mengesahkan apakah syarikat ini satu syarikat peti pos sahaja ataupun satu syarikat pengurusan dana yang berlesen. Mengambil kira bahawa kita bercakap mengenai keperluan biaya projek Malaysia untuk lima tahun sehingga 2010, tentulah seram kita dibuatnya. Ini bererti pinjaman bernilai USD$50 billion yang diperlukan oleh Malaysia sedang diuruskan oleh sebuah syarikat yang dikenali melalui petipos dan sebuah syarikat sendirian berhad di Malaysia yang sedang bersiap mahu gulung tikar.
Dua minggu sebelum 15 Jun 2006, yakni pada 30 Mei 2006, Asasatu Technology Sdn Bhd telah menulis kepada Abdullah Ahamd Badawi satu surat menawarkan USD50 bilion dan menyebut dalam surat itu bahawa rakan niaga mereka Union Financial Services Corporation. Surat itu telah ditandatangai oleh Ir. Hj Zubir bin Hj Ahmad. Ada seorang yang bernama Roland Bueyer telah disebut sebagai President of Union Fincancial Services Corporation. Surat Reezal Merican bertarih 15 Jun 2006 adalah satu jawapan kepada surat bertarikh 30 Mei 2006.
Malahan sebelum itu, pada 22 Februari 2006, ada satu syarikat bernama Project Equity Services Group daripada Singapura telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri dan Gaboner Bank Negara merujuk kepada satu pertemuan pada 25 Oktober di Bank Negara. Surat itu menyebut nama semua yang hadir dalam pertemuan itu.
Apa yang harus dirakamkan di sini ialah surat bertarikh 22 Fberuari 2006 menyebut bahawa keseluruhan urusan ini mestilah dilaksanakan melalui Hj. Zubir bin Hj Ahmad, Managing Director Asasatu Technology Sdn Bhd. Ia juga menyebut bahawa ini adalah juga permintaan yang dibuat oleh Bank Negara. Ini bererti Bank Negara telah mensyaratkan agar Asasatu Technology menjadi proksi kerajaan Malaysia.
Pinjaman USD50 bilion itu perlu dibayar balik dalam masa sepuluh tahun dan dikenakan faedah tahunan antara 2.88% hingga 3.5%. Tentunya ia mesti dibayar balik dalam bentuk US Dollar dan mengikut apa juga kadar perukaran matawang pada waktu yang terbabit. Ini bererti USD50 bilion itu terdedah kepada turun naik matawang dan risiko pertukaran wang.
Kalau dibaca ketiga-tiga surat berkenaan adalah jelas Bank Negara sudahpun bersetuju agar satu syarikat sendirian berhad yang sedang mahu gulung tikar digunakan untuk mendepani pinjaman USD$50 bilion dan syarikat ini akan menjadi proksi kerajaan Malaysia supaya tidak jelas bahawa Malaysia yang meminjam USD50 bilion daripada luar negara.
Kedua, keseluruhan pekej pinjaman ini telah didalangi oleh satu syarikat broker Singapura, tetapi sebagai helah tidak mahu mendedahkan nama Singpura, takutkan ada jari telunjuk diarahkan kepada anak menantu Perdana Menteri, makanya mereka rancang gunakan satu syarikat petipos Australia menjadi ‘partner’ kepada syarikat (yang sedang gulung tikar) di Malaysia.
Ketiga, kerajaan tidak mahu meminjam secara rasmi kerana itu si peminjam terpaksa mengikat konsep ‘mama-papa private limited company’ yang bernama Asasatu Technology Sdn Bhd. Ini akan menunjukkan kerajaan Malaysia adalah lebih bersih dari bersih dan lebih putih dari putih.
Akhirnya jelaslah, apabila kerajaan Malaysia mengumumkan jumlah RM200 bilion untuk RMK9 di Parlimen, dan menyatakan mereka tidak pun punyai wang itu untuk membiayai projek tersebut. Akan tetapi kerana tidak mahu memaparkan negara sedang meminjam dollar Amerika yang ada kadar faedahnya, termasuk dikenakan peraturan turun naik matawang bagi membiayai rancangan pembangunan negara, mereka gunakan satu syarikat kecil sebagai topeng dan syarikat topeng itu menggunakan pula satu syarikat peti pos Australia yang sememangnya mendapat sokongan Singapura.
Dengan lain perkataan, melalui tipuhelah menggunakan beberapa lapis syarikat topeng dan syarikat peti pos, Singapura sebenarnya yang mengongkosi pembangunan Malaysia yang diwarwarkan sebagai Rancangan Malaysia Kesembilan ataupun RMK9."
journalrakyatmarhean: sila klik pada gambar dokumen untuk melihat dokumen yang lebih jelas....
|
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/27/2007 12:22:00 PM  |
|
|
|
| Aktor Terhangat Malaya |
|
journalrakyatmarhean: Memenangi Anugerah Aktor Terbaik
|
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/27/2007 12:03:00 PM  |
|
|
|
| Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri Terkaya? |
|
Abdullah Hj Ahmad bertanya, "Apa lagi yang rakyat hendak" Ini adalah kerana beliau mengira beliau sudah menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dalam masa tiga tahun 5 bulan pemerintahannya. Berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamed yang memakan masa hampir 22 tahun demi memajukan negara, dia telah menunjukkan bahawa dia seorang yang hebat, sehebat sikap nya yang kuat tidur dan sudah diterima pakai bahawa bila dia berucap dalam mana-mana majlis, semua yang mendengar tidak akan faham apa dia cakap dan terpaksalah menunggu esok apabila akbar khasnya dari NST Group menyiarkan berita itu.
Kalau di kampung bila kenduri kendara, banyak orang akan mengeluh jika begitu banyak kelapa yang dikukur, santan masih tidak mencukupi atau tidak cukup pekat, begitulah ucapan Abdullah Hj Ahmad, jika berucap sampai 2 jam, yang boleh masuk dalam kepala pendengar hanya hanya sekadar 60 saat, itulah jumlah masa yang diperlukan oleh dia untuk berucap.
Maka jawapan persoalan "apa rakyat hendak lagi" adalah mudah. Jawapannya adalah untuk dia berhenti sahaja dari Jawatan Perdana Menteri. Dia tidak layak menjawat jawatan itu. Kalau zaman dia jadi PTD dahulu boleh pergi ke pangkat Jawatan Timbalan Ketua Setiausaha, kerana masa itu jumlah PTD terlalu kurang dan tidak banyak yang cerdik. Tetapi kalau sekarang, jika mengikut standard pemikiran dia, dia hanya layak ditempatkan di swimming pool kat JPA atau pun dihantar untuk menjaga perpustakaan di Kementerian Kesihatan seperti yang pernah berlaku kepada Anuar Zaini, penasihat dan hulubalang dia, satu masa dulu bila tidak menjadi Setiausaha Sulit Kanan Musa Hitam.
Abdullah Hj Ahmad kena sedar, bahawa dia berada dalam hieraki UMNO dan menang jawatan Naib Presiden UMNO semenjak tahun 1987 kecuali tahun 1993 adalah kerana dia orang Musa Hitam dan orang Musa Hitam semua tidak berapa suka dengan Dr Mahathir Mohamed. Ditambah pula orang-orang yang diketepikan oleh Anwar Ibrahim, dengan orang-orang serpihan Musa Hitam, Anti Anwar Ibrahim dan kemudian orang serpihan penyokong Tengku Razaleigh Hamzah yang marah dengan Dr Mahathir Mohamed, maka dia disokong oleh wakil-wakil kelompok ini untuk jawatan Naib Presiden dan dia menang jawatan Timbalan Presiden kerana dia sudah didahulukan memegang Jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kalau buat formula 1981 oleh Dr Mahahthir Mohamad untuk dilantik jadi TPM, belum tentu dia menang lagi.
Hari ini dia berkelakuan angkuh, sehingga pentadbiran negara tidak tersusun. Sudahlah TPM sekarang berada di Saudi selama seminggu dan di ikut oleh dia sendiri berada di Syria dan Yamen, maka negeri ini tidak ada siapa yang menjaga. Sepatutnya salah satu orang mesti berada dalam Negeri ini. Perlembagaan Persekutuan melarang Yang Di Pertuan Agung meninggalkan Malaysia melebihi 15 hari tetapi Perdana Menteri boleh meninggalkan negeri bila-bila masa yang dia suka. Bayangkan apa akan terjadi jika berlaku malapetaka kepada negara ini dan satu keputusan perlu dari seorang Perdana Menteri?
Kenapa tidak diambil iktibar kematian Tun Dr Ismail Abd Rahman pada tahun 1973. Dimana Tun Razak Hussein berada di Canada kerana menghadiri sidang Komenwel. Akhirnya untuk beberapa ketika menjadi pertikaian siapa yang layak untuk mempengerusikan mesyuarat kabinet bagi istiadat pengkebumian Tun Dr Ismail Abd Rahman, walau pun Barisan Nasional belum wujud tetapi kerajaan ditabir oleh parti campuran selepas Perikatan, ada PAS dan berapa parti di Sabah dan Sarawak. Akhirnya Datuk Asri Hj Muda dari PAS terpaksa menjadi Pengerusi mesyuarat kabinet tersebut kerana kerusinya di Parlimen dikira lebih banyak selepas UMNO dan UMNO pula tidak boleh mempengerusikan kerana Naib Presiden berjumlah tiga orang dan jika salah satu dilantik bererti dia akan memangku jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ini bereri Datuk Asri Hj Muda pernah diterima sebagai Pemangku Perdana Menteri.
Malang selepas keputusan dibuat untuk Tun Dr Ismail Abd Rahman dikebumikan di Makam Pahlawan dan lubang lahat digali sebelah luar kawasan berbumbung dan bila Tun Razak Hussein kembali dari Canada, beliau mengarahkan semula penggalian kubur ditapak yang sedia ada sekarang, maka terpaksalah mayat itu ditunda tanam untuk beberapa jam bagi membolehkan pihak JKR menggalinya. Itu sebab bagi orang yang faham, bagaimana kedua orang pembesar negara ini boleh berada serentak ke luar negeri? Yang seorang ambil kesempatan membuat umrah dan mungkin berdoa minta keampunan atau bertaubat, wallah wa alam tetapi seorang lagi ke Syria. Kenapa sekarang pergi ke Syria? Khabarnya dari cerita orang, Kerajaan Syria semenjak bertukar dasar luarnya hendak mengeluarkan tender membeli atau menyewa kapal tangki LPG yang banyak jumlahnya dan antara syarikat yang masuk dalam tender itu adalah Scommi, sebuah syarikat milik Kamaludian Datuk Seri Diraja Bendahara Maharaja Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
Betapa pun secara langsung Abdullah Hj Ahmad tidak bercakap perkara ini dengan Pembesar Syria tetapi Scommi akan membawa aura Perdana Menteri Malaysia itu macam anak-anak Soeharto yang pernah dapat beberapa projek Lebuhraya di Malaysia.. Akhirnya apa rakyat Malaysia hendak? Setelah tidak mahu melepaskan jawatanya sebagai Perdana Menteri, beliau mahu pilihanraya. Tidak terdapat fakta yang pilihanraya akan adakan kerana ekonomi baik kerana itu tidak kekal tetapi pilihanraya perlu untuk tujuan dapat mandat baru.
Seperti mana yang dikatakan dahulu, UMNO menangguhkan pemilihan UMNO hanya untuk kepentingan Abdullah Hj Ahmad sahaja bagi membolehkan anak menantu kesayangan dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya atas sifatnya masih Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, kerana jika ada pemilihan Pemuda UMNO tahun ini belum ada jaminan menantunya boleh menang semula jawatan itu.
Dalam sejarah UMNO, kesemua Presiden UMNO dikritik oleh ahlinya, Onn Jaafar keluar dari UMNO secara bermaruah bila usulnya membuka pintu kepada orang bukan Melayu ditolak. Diganti oleh Tunku Abd Rahman Putra, walau pun ada keputusan tidak popular dalam menjalan tugas sebagai Presiden UMNO, rekod dia berkorban dengan perkataan dan perbuatan tidak ada siapa yang boleh menandingi termasuk Dr Mahathir Mohamed dalam soal mengorbankan harta benda yang terdiri dari rumah, tanah dan sebagai untuk membiayai perbelanjaan UMNO peringkat awal perjuangan Kemerdekaan. Jika dia tidak masuk politik, dia mungkin menjadi Ketua Hakim Negara yang pertama selepas Malaya merdeka.
Begitu juga Tun Razak Hussein, walau pun singkat sebagai Perdana Menteri, diakui beliau sebagai Perdana Menteri yang miskin, kalau anaknya belajar luar neger, dia tidak pakai biasiswa kerajaan, duit gaji sendiri sehingga kisah-kisah kehidupan sebagai Perdana Menteri yang tidak mewah diakui orang yang pernah bersamanya. Namun dia konsisten dalam memerangi rasuah, walau pun melibatkan orang seperti Harun Idris, dia tidak menghalang penyiasatan BPR. Tun Razak Hussein cuba membantu menjaga imej Harun Idris, tetapi dia degil dan Harun Idris terpaksa menghadapi hampir 60 tuduhan salahguna kuasa yang melibatkan pemberian tanah kepada keluarganya tetapi yang didakwa dalam isu pemberian wang untuk UMNO Selangor bagi membolehkan imej rasuah dia adalah kerana kepentingan UMNO sementara kesemua kes rasuah yang lain ditarik balik.
Dua pemimpin itu cukup untuk membuat perbandingan dengan Abdullah Hj Ahmad yang sekarang cuba membawa jika bukan agama baru tetapi pendekatan baru Islam yang dipanggil Islam Hadhari yang tidak menggunakan Islam berpandukan Al-Quran.
journalrakyatmarhean: Tun Hussen Onn jadi Perdana Menteri,dikenali sebagai seorang yang berhati-hati, tidak banyak jasanya yang boleh dikenang tetapi setiap orang ahli UMNO akan mengingati beliau sebagai seorang Presiden UMNO yang dekat dengan ahli UMNO, sehingga disuatu masa, dia sendiri menjadi Ketua UMNO Bahagian di Setapak yang menghadapi krisis berpanjangan. Berbeza dengan Abdullah Hj Ahmad yang menjadikan UMNO Bahagian sebagai rumah pelacur, itu sebab dia beri RM 3juta, kerana terdapat Ketua UMNO Bahagian macam Bapak Ayam. Fikir-fikirkanlah paklah |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/27/2007 11:51:00 AM  |
|
|
|
| Tahukah Apa Yang Dia Cakap |
|
 Dalam sejarah hidup seorang manusia, kecerdikan seorang itu bergantung kepada akal dan akal perlu selalu diisi dengan ilmu maka barulah seorang itu dikatakan orang berilmu. Ilmu hadir dari dua pendekatan, belajar dan berfikir. Belajar dengan cara berguru atau membaca dan berfikir pula menggunakan bahan yang ada di dalam badan samada pancaindera, kudrat atau tenaga.
Tidak semestinya seorang yang dianggap ketua, maka segala yang diperlakukannya baik. Nabi Muhamad sendiri dibantu oleh para Malaikat walau pun dia diangkat menjadi Nabi oleh Allah. Pengertiannya, setiap orang mesti mempunyai pembantu atau setidak-tidaknya mendengar nasihat orang lain. Apabila seorang menganggap dia bijak dan setiap tutur katanya seperti hadis, maka orangnya itu akan termasuk dalam golongan macam pengikut Ayah Pin ketua Kerajaan Langit yang sudah diharamkan.
Begitulah Abdullah Hj Ahmad, bila dia bercakap bahawa akan tiba masanya kerajaan akan menamatkan Dasar Ekonomi Baru, sekiranya pemilikan ekuiti perniagaan orang Melayu/Bumiputra sudah mencecah 30% seperti mana yang disasarkan. Namun berita itu tidak pun diulas oleh sesiapa kerana yang membaca pun kurang mahu mengambil tahu tentang dasar 30% ekonomi yang diperuntukan kepada orang Melayu Bumiputra.
Sedarkah Abdullah Hj Ahmad yang kaki tidur itu bahawa Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan adalah untuk menjayakan kehendak Perlembagaan Malaysia Fasal 153 yang disetujui bersama dengan kaum lain dan dibuat melalui satu Suruhanjaya yang bebas. Bila Abdullah Hj Ahmad berkata bahawa akan tiba masanya Dasar Ekonomi Baru ditamatkan sekiranya dasar itu sudah berjaya, maka dia memberi pengertian bahawa Abdullah Hj Ahmad akan menggunakan Perlembagaan Fasal 40 dalam Perlembagaaan Malaysia untuk menasihatkan Yang Di Pertuan Agung bagi membatalkan hak keistimewaan orang Melayu dalam bidang permit, perniagaan, biasiswa dan juga kuota Melayu dalam perkhidmatan awam.
Maka kita tidak perlu menunggu aktivis perkauman yang selalu di kambing hitam seperti Lim Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri bagi meminta Yang Di Pertuan Agung menarik balik kesemua kuota Melayu atau Bumiputra dalam ekonomi di negara kita ini. Ini adalah kerana Abdullah Hj Ahmad sendiri dari Kerajaan Tiga Beranak ini yang pernah berkata bahawa dia bukan Perdana Menteri satu penggal, akan mempersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agung untuk membatalkan kesemua keistimewaan orang melayu dalam rezab atau kuota ekonomi, permit, pelajaran dan sebagainya apabila sudah berjaya sampai ke matlamat 30% pegangan ekonomi orang - orang Melayu.
Apa punca jadi begitu? Kenapa seorang yang suka menjerit dalam setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, "Hidup Melayu" boleh mengeluarkan satu kenyataan yang sedemikian. Dia bernasib baik kerana kumpulan-kumpulan bukan Melayu terlepas pandang akan kenyataan itu dan mungkin kerana mereka cukup selesa dengan dasar Abdullah Hj Ahmad tersebut, maka tidak perlu membuat apa-apa reaksi kenyataan dari Imam Besar Islam Hadhari. Atau mungkin mereka hanya menunggu untuk menggunakan kenyataan itu apabila tiba masanya. Sementara orang- orang Melayu pula tidak mengambil kisah kerana menganggap kenyataan itu tidak merugikan mereka.
Sebenarnya apa yang disungutkan oleh orang Melayu semenjak Dasar Ekonomi Melayu dan Bumiputra adalah persaingan agensi kerajaan sendiri dalam bidang perniagaan yang diceburi oleh orang Melayu. Dahulu orang Melayu tidak pandai dalam perniagaan pengangkutan termasuk Bas lalu MARA digunakan sebagai alat mempercepatkan orang Melayu dalam bidang itu dengan MARA sendiri menjalankan perniagaan Bas dan akhirnya diserahkan kepada Syarikat orang Melayu seperti mana berlaku sekarang.
Namun sepuluh tahun yang lalu, Kerajaan mengambil alih ke semua syarikat pengangkutan di Kuala Lumpur dan melupuskan konsensi Bas Sri Jaya milik bumiputra. Ini disebabkan keadaan gawat ekonomi dan syarikat itu tidak berupaya lalu diambil alih oleh Kerajaan dan diberi nama Rapid. Pada tahun lepas Kerajaan menaikkan harga minyak dan antara alasan kenaikan adalah untuk meningkatkan taraf pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan pembelian Bas baru.
Maka dibeli bas baru, yang hari ini banyak berkeliaran di Kuala Lumpur tetapi sesetengah bas tersebut sudah macam umur lima tahun. Naiklah sendiri Bas Rapid itu dan lihat sendiri apa yang mata anda dapat melihatnya, dengan pemegang yang dah terputus dan lampu yang tidak bernyala. Siapa pembekalnya? Bukankah dia sebahagian dari syarikat Scomi. Siapa pemilik Scomi? Jawabnya orang yang berkuasa dalam Kerajaan Tiga Beranak yang memerintah Malaysia sekarang.
Bila mana Abdullah Hj Ahmad mengumumkan Rapid atau MOF yang memiliki Syarikat Pasarana Negara Berhad akan beroperasi di Pulau Pinang, ini bukan bertujuan untuk memperbaiki sistem pengangkutan di Pulau Pinang tetapi hanya untuk membolehkan bas baru dibeli dengan modal awalnya berjumlah RM50juta dan yang membekalnya sudah tentu syarikat milik anak Perdana Menteri Malaysia. Akhirnya keseluruhan RM 3 billion hasil kenaikan minyak akan masuk juga ke poket mereka. Pi mai, pi mai kroni mereka juga yang dapat hasil kenaikan harga minyak yang ditanggung oleh rakyat.
Apa yang berlaku sekarang, samalah jenaka yang selalu diceritakan orang, kenapa setiap kali pemimpin UMNO mengalami kecederaan di kepala lutut ia akan mengakibatkan kematian walau pun kepalanya berkeadaan baik dan tidak seperti pemimpin bukan melayu yang lain, banyak yang mati bila kecederaan di kepala walau pun kepala lututnya baik. Setelah disiasat maka diketahui kita akan puncanya. Ini disebabkan oleh pemimpin UMNO sebilangan besar otaknya berada di kepala lutut tidak seperti pemimpin bukan Melayu yang memang otaknya di dalam kepala.
Maka dengan berbagai kenyataan Abdullah Hj Ahmad dan para pendukongnya dalam seminggu dua ini, maka bertanyalah orang, adakah akan diadakan pilihanraya dengan petunjuk yang sedia ada. Dari seorang ahli ekonomi di Pusat Penyelidik sampailah ke peniaga-peniaga yang menyokong untuk diadakan pilihanraya. Semua orang menunggu akan keputusan itu. Kalau dibubarkan sekarang, maka berpeluanglah rakyat untuk membuat keputusan kerana dalam masa 3 tahun 8 bulan ini bagi generasi tua, ianya sama dengan zaman dan masa pemerintah Jepun dahulu yang juga tiga tahun 8 bulan, yang penuh dengan penderitaan. Kesimpulan rakyat mesti beramai-ramai bertanya dengan Imam Besar Islam Hadhari ini, tahukah apa yang dia cakap?
Sang Kelembai: Abdullah Hj Ahmad yang setiap bulan ke luar negeri kerana mahu mencuba Kapal Terbang barunya dan dia bukan dari jenis orang membaca dan tidak pula dari spesis yang mahu bertanya apa reaksi rakyatnya. Kalau dia boleh ditipu oleh dua tiga kerat orang rapatnya maka tidak ada sebab 20 juta rakyat dewasa tidak boleh menipu dia. Tunggu dan lihat.. biar sampai kata-kata Sarjan dalam Ali Baba Bujang Lapok "siapa nak kena?", akan ada jawapan.
journalrakyatmarhean: Mingguan Malaysia 25.02.2007 KJ bersusah payah nak yakinkan rakyat ekonomi Malaysia sudah pulih sepenuhnya lonjakkan kenaikan di Bursa Saham bukankah satu petunjuk. Menteri Kewangan kedua juga begitu bersungguh menyakinkan rakyat.. herankan kenapa rakyat tak percaya... |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/27/2007 11:39:00 AM  |
|
|
|
| Untuk Renungan |
|
HENDAK LARI KE MANA? HUKUM KARMA PASTI KENA
Kebetulan saya sempat menonton drama tangisan Datuk Zakaria Md. Deros, yang membuat penjelasan tentang istana mewahnya di kaca televisyen. Dalam penjelasannya, Zakaria memberikan alasan kenapa dia bina rumah sebesar mahligai itu. Kononnya dia nak himpun semua anak-anaknya yang sebelas orang itu dalam satu bumbung.
Mungkin sidang akhbar yang ‘dihiasi’ linangan airmata Zakaria di hadapan rakyat seluruh negara itu mampu meraih simpati pada sesetengah pihak tapi kalau diikutkan logik dan kewarasan, faktanya ialah Zakaria selaku Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pelabuhan Kelang dan Ahli Majlis MPK (Majlis Perbandaran Kelang) telah melanggar undang-undang dengan membuat rumah mewah empat tingkat tanpa kelulusan dari MPK.
Ketika kes ini baru dibongkar, Khir dengan berani telah membuat tindakan maksimum ke atas Zakaria. “Kalau MPK boleh sita rumah orang yang tidak bayar cukai taksiran, maka rumah orang lain juga boleh kena sita, dan jangan ada pilih kasih dalam mengambil tindakan,” kata Khir tegas
Pak Lah dan Datuk Najib pun dah bersetuju dengan keputusan Sultan Selangor. Pendek kata semua pemimpin atasan dah buat keputusan tak mahu menyimpan Zakaria.
“Saya sudah merujuk dan berbincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) serta Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) selaku Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sebelum Aidilfitri untuk membuat keputusan yang adil.
“Mereka sependapat bahawa Zakaria sudah melanggar undang-undang dan memberikan reputasi tidak baik kepada UMNO dan kerajaan negeri boleh mengambil tindakan.
Berita Harian
1 November 2006
Sultan yang selama ini jarang mencampuri urusan pentadbiran terpaksa menggunakan kuasanya untuk menasihati Zakaria agar melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang. Baginda telah menitahkan pegawainya supaya mengumpulkan maklumat dan maklum balas orang ramai mengenai kegiatan menyalahi peraturan yang dilakukan oleh ahli majlis dan ADUN.
Teguran baginda itu seharusnya diambil tindakan serius oleh ahli politik dan pemimpin masyarakat di Selangor supaya melaksanakan tanggungjawab, menggunakan kuasa dengan betul dan mengikut undang-undang.
Cuma yang agak menghairankan mengapakah perlu menunggu Sultan memanggil Zakaria untuk mengesahkah ‘salah laku’ yang dilakukan olehnya? Apakah kerajaan negeri tidak ada kuasa atau ‘kebalkah’ Zakaria sehingga arahan istana perlu dikeluarkan terlebih dahulu?
Sebagai Sultan yang biasa hidup di kalangan rakyat jelata, Sultan Selangor telah membuat tindakan tegas pada waktu yang tepat. Campur tangan Sultan Selangor itu mengambarkan rakyat sudah bosan dengan sikap pemimpin yang suka menggunakan kuasa mereka sehinggakan ada yang membuat aduan terus kepada Sultan.
Mungkin cara ini lebih baik untuk rakyat mendedahkan segala kelemahan wakil rakyat mereka kerana jika rakyat mengadu kepada Menteri Besar, aduan tersebut tidak akan dilayan segera. Saya yakin masyarakat mempunyai banyak perkara yang hendak disuarakan tetapi tidak tahu kepada siapa mereka boleh ceritakan.
Biarlah teguran Sultan itu menjadi pedoman untuk menjadi seorang pemimpin yang benar -benar berjiwa rakyat dan mengenepikan soal peribadi dan mencari kesenangan.
Sebagai pemimpin, sewajarnya menunjukkan kepimpinan melalui teladan supaya menjadi ikutan rakyat bawahan. Tetapi apabila pemimpin mengamalkan melanggar undang-undang, bagaimana pula hendak menegur rakyat yang melanggar undang-undang?
Saya yakin rakyat akan menyokong terus Menteri Besar, Datuk Seri Khir Toyo sekiranya beliau menasihatkan Zakaria bukan hanya melepaskan jawatannya sebagai Ahli Majlis MPK tetapi turut menasihatkan Zakaria supaya melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan Ketua UMNO Bahagian Klang. Tindakan Zakaria sebenarnya mengundang masalah kepada UMNO dan Barisan Nasional sendiri, kerana isunya sudah pasti dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang sudah lama dahagakan bahan untuk dibahaskan.
Dalam isu ini saya harap Khir tidak perlu bersikap melindungi mana-mana pihak kerana yang bersalah tetap salah dan mereka perlu menerima hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan. Saya juga ingin mengesyorkan penubuhan satu badan siasatan istana untuk menerima segala aduan dan perihal laku Zakaria daripada rakyat Selangor yang selama ini tidak menerima layanan memuaskan daripada wakil rakyat mereka.
Arahan Khir supaya semua Yang Dipertua majlis perbandaran dan majlis daerah mengemukakan laporan mengenai ahli majlis yang melakukan kesalahan harus diterima oleh semua pihak terbabit dengan sikap positif. Kesilapan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana saja tetapi apa yang penting kita belajar daripada kesilapan dan memperbaiki keadaan. Lebih penting lagi kita mengelakkan daripada mengulangi kesilapan itu. Justeru itu, kita bersetuju bahawa Khir perlu melakukan apa yang sepatutnya, iaitu meminta ahli majlis menyelesaikan masalah mereka dalam tempoh dua bulan atau menghadapi tindakan digugurkan.
Namun sebelum tindakan diambil, mereka diberikan peluang untuk memperbetulkan kesilapan dilakukan atau mengundurkan diri. Oleh kerana kuasa untuk melantik ahli majlis berada pada tangan kerajaan dan bukannya rakyat, maka adalah menjadi tanggungjawab pihak yang berkuasa di negeri berkenaan untuk mengambil tindakan jika berlaku sebarang kepincangan membabitkan wakilnya dalam PBT.
Kita berharap wakil yang dilantik menduduki jawatan dalam majlis tempatan akan memainkan peranan masing-masing membantu penduduk di kawasan pentadbiran mereka menyelesaikan apa jua masalah yang merunsingkan mereka selama ini. Kita tidak mahu ahli majlis tempatan memegang jawatan masing-masing untuk mencari ‘glamour’ atau mencari peluang lain yang lebih menarik. Jangan membiarkan masalah pada peringkat kerajaan tempatan berlarutan tanpa sebarang tindakan. Jika majlis tempatan menunaikan tanggungjawab ini dengan berkesan, tidak akan timbul masalah sampah tidak dikutip, longkang tersumbat, banjir kilat selepas setiap kali hujan lebat, jalan berlubang dan macam-macam lagi. Kalau semua ahli majlis menjalankan peranan mereka, tidak perlu lagi amaran serta arahan daripada Menteri Besar, Ketua Menteri mahupun Sultan. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan Pusat mengkaji semula peranan PBT dan merombak mekanisme perlantikan ahli majlis supaya mereka yang berminat saja dilantik bagi membantu kerajaan menangani pelbagai masalah yang begitu dekat dengan hati rakyat.
Sebagai sebuah negeri paling maju, cerita yang berlaku di Selangor ataupun di Sarawak sebenarnya merupakan perkara yang sama saja. Ini kisah orang kaya menggunakan kuasanya untuk buat apa saja. Cuma dalam kes Zakaria, dia terlupa dia hidup dalam sebuah negeri yang ada seorang Sultan yang berani. Bukan Zakaria seorang saja yang bersikap lupa daratan, ada ramai lagi pemimpin yang lebih teruk tapi mungkin masa mereka belum tiba. Mungkinkah Zakaria yang digelar ‘Raja Klang’ ini sudah terkena hukum karma dari tuhan akibat sikapnya yang keterlaluan hingga membuat orang lain benci?
Ingat-ingatlah, Sultan dan rakyat dah mula prihatin terhadap perangai pemimpin mereka Ini zaman ketelusan seperti yang dimahukan oleh Pak Lah. Sultan dah turun padang dan Pak Lah selaku Perdana Menteri pun dah bagi amaran supaya pentadbiran kerajaan mesti mengamalkan semangat ketelusan.
Sebahagian rakyat akur pada peraturan. Sedihnya wakil rakyat mereka sendiri yang seharusnya menghormati undang-undang tidak mengindahkan itu semua.
Seolah-olah ada satu set undang-undang yang berbeza bagi golongan ‘istimewa’ ini.
Jika seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) boleh melanggar undang-undang mengapa tidak rakyat jelata yang membayar cukai tanpa rungutan?
Bagi rakyat terbanyak hal ini cukup menyedihkan. Mereka memilih calon yang boleh diteladani, bukan calon yang menganggap mereka berada di atas undang-undang.
Apa lagi mereka punya hak istimewa untuk berbuat apa saja.
Ini rahsia yang sebenarnya bukan rahsia lagi. Ini juga adalah kegelisahan rakyat sejak seian lama.
Inilah masanya untuk membuat perubahan, sesuai dengan semangat ketelusan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Di Luar Jangkaan
Bersama Johan Jaafar
Berita Minggu, 29 Oktober 2006
Di Sarawak, senarionya lebih ketara dan telah pun menjadi luka dan nanah di hati rakyat tempatan terutama golongan miskin. Kalau dibandingkan dengan apa yang terjadi di Selangor, di Sarawak rumah taraf mahligai atau istana adalah perkara biasa dan bukan sesuatu yang perlu disorokkan lagi.
Ada beberapa rumah menteri di Sarawak dibina sebesar mahligai dengan perabot mahal buatan luar negara dan teknologi tercanggih pada sistem keselamatan dan sistem kawalan rumah. Hal ini bukan rahsia, dah memang depan mata. Semua orang boleh tengok betapa kayanya pemimpin di saat rakyat tempatan di sekitarnya miskin dan terpinggir. Tak payahlah nak cakap pasal teknologi canggih, kemudahan asas seperti api dan air pun tak terurus dengan baik. Itu belum lagi sistem perparitan dan masalah kebersihan.
Di Selangor, nasib baik Sultan yang berani campur tangan dan bertindak tegas. Bagaimana pula di Sarawak? Kepada siapa mereka mahu mengadu jika yang bersikap seperi beraja di mata dan beraja di hati itu ialah pemimpin tertinggi mereka sendiri?
Orang politik selalu berdalih bila ditanya tentang kemewahan mereka. Bila disuruh declare harta, memang tak nampak kesalahan mereka. Tapi bila berhadapan dengan kes peribadi seperi bercerai maka terbongkarlah segala rahsia macam cerita Datuk Effendi Nawawi, pemimpin dari Sarawak.
‘Bekas isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Effendi Norwawi, Zariah Hashim @ Faridah Effendi akhirnya berjaya mendapat harta yang dituntut sejak setahun lalu, berjumlah kira-kira RM50 juta apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.
Mengikut perjanjian perjanjian persetujuan penceraian yang ditandatangani pada 28 Januari 2005, Effendi, bersetuju menyerahkan 25 bidang tanah di Sarawak dan Semenanjung yang bebas daripada sebarang bebanan
Turut dipersetujui ialah 100 peratus saham syarikat Encorp Utility Sdn.Bhd. , nafkah edah serta mutaah sebanyak RM50,000 dan tiga buah rumah termasuk di London dan sebuah di Taman U-Thant yang bernilai RM10 juta. ’
Utusan Malaysia
19 Oktober 2006
Cuba bayangkan betapa kayanya Effendi ini. Fikirkan juga bagaimana beliau boleh menjadi sebegini kaya? Bekas Pengerusi SEDC ini pernah dikaitkan sebagai salah seorang kronis kepada Ketua Menteri, Taib Mahmud. Dan namanya juga tersenarai sebagai salah seorang calon pengganti Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak di masa akan datang.
Apa perasan orang miskin di Sarawak bila berita-berita begini keluar di dada akhbar? Dan bagaimana pula dengan pendapat rakyat tentang wakil-wakil rakyat yang suka menunjuk kuasa dan melanggar undang-undang sesuka hati? Apakah mereka ada ‘lesen’ besar untuk buat apa saja kerana kuasa berada di tangan?
Terfikirkah kita semua bagaimana orang Melayu boleh jadi bangsa terdesak dan sentiasa hidup dalam keadaan yang terpinggir walhal negara ini diperintah oleh orang Melayu, Yang Dipertuan Agung kita Melayu, Perdana Menteri kita Melayu, Menteri Perdagangan dan Perindustrian kita Melayu, Menteri Pembangunan Luar Bandar kita Melayu, Ketua Polis kita Melayu, Ketua Angkatan Tentera kita Melayu dan boleh dikatakan semua jawatan yang penting-penting dipegang oleh orang Melayu.
Persoalan ini mengingatkan saya pada sebuah pepatah Afrika, “Dalam sebuah tasik yang sangat luas dan indah, sekumpulan teratai mati terbakar sedangkan ia tumbuh di atas air.”
Bagaimana teratai yang tumbuh di atas permukaan air itu boleh terbakar sedangkan fungsi air itu memadam api? Mengapa orang Melayu mati di tanah Melayu dan di tangan orang Melayu sendiri?
Jawapannya mudah, ini kerana tiada perhubungan atau pertalian (chemistry) sesama kita, tiada perasaan kasih sayang dan sifat mahu bertanggungjawab pemimpin kepada orang yang dipimpin. Sifat ukhwah tidak erat sedangkan kemajuan dibina hanya untuk sesuatu bersifat material. Kita hidup sendiri-sendiri sedangkan Islam menyatakan kita semua bersaudara.
Hari ini syariat saja dipentingkan tapi soal-soal perhubungan sesama manusia dilupakan seolah-olah Islam itu agama yang memundurkan kerana terikat dengan ibadah saja. Zat atau isi sebenar Islam tidak dihayati walhal Rasulullah s.a.w ketika berjuang menegakkan Islam antara perkara utama yang dilakukannya ialah mengeratkan perhubungan.
journalrakyatmarhean: Tulisan pak Habib ini terlalu menarik dan ia boleh kita fikirkan bersama. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/27/2007 11:15:00 AM  |
|
|
|
| Satu Catatan |
| Saturday, February 17, 2007 |

journalrakyatmarhean: sangkelembai kata "Antara Nasi Kandar dengan keperitan hidup rakyat" gambar dari kickdefella |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/17/2007 01:05:00 PM  |
|
|
|
| Malaysia Is A Police Country |
|
 Kak Nashita dan anak-anak dihalang oleh FRU untuk pergi menunaikan solat Asar manakala ramai lagi yang ditangkap dan dipukul semasa demonstrasi anti tol .
 YB Salahudin Ayub juga telah ditahan dalam demonstrasi Anti Tol.
CheguBard ditangkap kerana terlibat dalam demonstrasi anti tol.  Dr Hatta antara pemimpin kanan yang di tahan, dalam demo tol journalrakyatmarhean: Antara lensa yang merakamkan episod penting dalam bantahan rakyat kepada kerajaan tentang isu tol, ironinya malaysia is a police country....... |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/17/2007 11:44:00 AM  |
|
|
|
| Betul Ke |
| Wednesday, February 14, 2007 |
Hari ini isu perbincangan orang-orang politik khasnya orang UMNO hanya sekitar soal projek dan tender dan akhir - akhir ini topik bualan dari kaki lima sampailah ke Hotel tujuh bintang adalah al kisah Perdana Menteri Malaysia yang kelima ini mahu berkahwin lagi. Banyaklah cerita-cerita timbul yang tidak diketahui dari mana sumbernya.
Yang menarik mengenai lekaki tua yang berusia 67 tahun ini, yang telah memperlecehkan orang berusia 21 tahun yang bertanding bebas di PRU Batu Talam dan menuduhnya sebagai mentah dan berhingus tetapi dalam bab hajat batin beliau sama pula dengan budak yang berusia 21 tahun, yang baru merasa atau mencuba nikmatnya hubungan badan.
Ini mungkin ajaran Islam Hadhari atau yang ada had dan ada harinya. Khabarnya ada empat calon yang sudah menjadi perbualan. Calon pertama seorang pegawai kanan kerajaan yang bertugas sebagai KSU Kementerian, kebetulan adik ipar kepada rakan karib Imam Besar Islam Hadhari ini yang sekarang menjadi Yang Di Pertua Negeri. Seorang lagi juga adik ipar kepada seorang Menteri Besar tetapi khabarnya kerana dia seorang doktor, maka awal awal telah menolaknya kerana mungkin bimbang soal calon suaminya yang memerlukan pakai lampin (pampers) itu. Dan yang terakhirnya calon isteri Perdana Menteri Malaysia yang terkenal dengan sajak Mencari Damai Abadi, sebenarnya sudah berada di dalam komplek Seri Perdana di Putrajaya.
Khabar cerita dari mulut ke mulut bahawa wanita yang bertuah ini terpilih kerana ada wasiat dari bekas isteri Perdana Menteri ke lima ini yang terhebat dan terbesar jasanya kepada UMNO sehingga satu dewan di Ibu Pejabat UMNO dinamakan sempena namanya supaya berkahwin dengan wanita ini. Tambahan pula wanita pilihan pengganti isterinya ini adalah janda adik iparnya dan bagi Imam Besar ini dahulunya dipanggil biras.
Wanita ini lah sekarang yang masuk "final list" disamping kekasih lamanya yang bernama Hamidah. Seperti mana kita maklum, Imam Besar Islam Hadhari ini amat takut dengan isterinya dan setelah isterinya meninggal, dia lagi bertambah takut. Wanita ini khabarnya bertugas sebagai "Hometaker" di kediaman rasmi Perdana Menteri tetapi jika dia kerja di Hotel jawatan itu adalah jawatan " Housekeeping" dan masa dulu kerja-kerja rumah ini, kalau ada orang Melayu atau Cina berkerja di rumah orang putih untuk tugas membasuh baju, kemaskan bilik, siapkan makanan akan dipanggil "amah". Jika rumah orang Melayu pula banyak gelarannya, ada dipanggil "orang gaji" atau "babu" dan hari ini sudah di gred dengan panggilan samada "servant" atau "pembantu rumah".
Apa pun sekiranya Abdullah Ahmad ini bernikah bayangkanlah apa yang akan terjadi dengan Rosmah Mansor yang terpaksa melepaskan jawatan Pengerusi Bakti kerana amalannya isteri Perdana Menteri akan menjadi Pengerusi, maka beramai-ramai isteri Menteri dan Timbalan Menteri yang ada sekarang ini berketuakan orang gaji.
Bagaimana pun eloklah Perdana Menteri kita ini berkahwin. Sebagai seorang yang kononnya tahu agama, pastilah dia tahu salah untuk membenarkan sesaorang yang tidak mempunyai hubungan keluarga dengannya tinggal serumah dan sebumbung kerana kesemua saudara sebelah isteri sudah meninggal dunia atau bercerai dan tidak ada lagi hubungan apa-apa kecuali keluarga disebelah lelaki sendiri.
Lagi pun akan berlakulah macam filem Nujum Pak Belalang dalam soalan yang mempertaruhkan negeri dan kerajaan ia itu... "banyak-banyak" memang banyak orang kematian isteri. Sikit-sikit, memang sikit orang yang akan berkahwin dengan adik bekas isterinya untuk kepentingannya dan akhirnya jarang-jarang, maka Imam Besar Islam Hadhari akan mencipta rekod Malaysia dalan Guinnes Book Rekod bila berkahwin dengan janda adik iparnya dan adik iparnya pula masih hidup.
Sama-samalah kita mendoakan semoga aman bahagia dan selamat berbulan madu sama ada di kapal layar yang mewah atau dengan jet eksekutif yang baru itu. Akhirnya cinta Mencari Damai Abadi tidak seperti Shah Jehan.
Sang Kelembai: Jika di kampong, jika terdapat salah laku masyarakat seperti bersekedudukan dan sebagainya yang bertentangan dengan hukum syarak, jika tidak ditegur atau di ambil tindakan, akan tiba bencana atas kampong itu, tetapi bagi sebuah negara, jika pemimpin sudah menyimpang adakah negara terpaksa menanggung bala atas perbuatannnya seperti banjir baru-baru ini?
journalrakyatmarheansaid: Berita ini di ambil dari blog sang kelembai, kalau betul cerita ini yang positifnya bagus. soal siapa pilihan paklah itu hak dia, selepas ini dia boleh fokus dalam pentadbirannya. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/14/2007 10:01:00 AM  |
|
|
|
| MYKAD kini diagih ke Cawangan UMNO!! persediaan menjelang pilihanraya Umum!! |
| Wednesday, February 07, 2007 |
 Agih Mykad ke JKKK dan Cawangan UMNO Persediaan Menghadapi Pilihanraya??
Berita terbaru bagaimana JPN akan mengagihkan semua 300,000 Mykad yang tidak dituntut ke semua cawangan JKKK dan pusat YB seluruh negara menandakan bermulanya langkah UMNO menghadapi pilihanraya yang bakal menjelma. Peranan peringkat tertinggi JPN dalam piliharaya umum 2004 dalam membekalkan Mykad bagi pengundi hantu tidak boleh disangkal lagi. Barangkali kita hanya menumpu kepada isu SPR dan mengabaikan peranan dua agensi khas Umno iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran.
Malah operasi yang dimulakan Dr Mahathir di Sabah yang dikenali sebagai projek M kini merebak ke semenanjung Malaysia. Sabah boleh dikatakan hampir separuh daripada pendatang haramnya mempunyai Mykad. Ia kini telah menjadi ancaman kepada keselamatan dalam negara . kini ia merebak disemenanjung Malaysia. Siapakah nama besar dalam skandal piliharaya kali ini selain Abdul Rasyid pengerusi SPR ?
Apa Peranan Tan Sri Aseh Che Mat?
Tan Sri Aseh Che Mat yang juga Ketua Pengarah Kementerian keselamatan Dalam negeri antara nama yang dikatakan berperanan dalam menjalankan operasi ini. Kehadiran Tan Sri Aseh Che Mat di malam Umno merayakan kemenangan Barisan Nasional pada PRU 2004 bersama Paklah menguatkan hujah akan peranan mereka dalam penyelewengan pilihanraya.bagaimana seorang pegawai tinggi kerajaan hadir dalam majlis politik? Malah dalam kes terbaru melibatkan Pembunuhan Altantuya dimana rekod imigresen yang hilang daripada rekod perjalanan menampakkkan penyelewengan ke peringkat membimbangkan. Kesemua kementerian ini berada dibawah penguasaan Tan Sri Aseh Che Mat. Malah Menterinya adalahPM sendiri.
MCA dan 50,000 Pendatang Cina.
Mungkin agak sukar menyatakan peranan MCA dalam kes ini. Namun dengan berita bagaimana pemimpin MCA yang terlibat dengan kegiatan kongsi gelap dan aktiviti pelacuran mendedahkan kepada kita bagaimana 50ribu pendatang cina tidak pulang setelah melancong ke Malaysia ada kaitan dengan mereka? Itu baru dikira yang masuk secara halal. persoalannya Dimana mereka? Kenapa kes ini senyap seribu bahasa walaupun didedahkan sebelum ini oleh Jabatan Imegresen. Atas arahan siapa ? apakah Menterinya Abdullah ahmad Badawi yang sering kali tertidur itu atau memang mereka ini diampunkan atas operasi pilihanraya yang akan akan muncul tiba?
SAMY VELLU dan Operasi SAMI ?
Lambakan pendatang India di Malaysia terutama yang bekerja di kedai kedai Mamak muslim ataupun hindu mengancam keselamatan dalam negara. Malah Mufti Perak mendedahkan bagaimana Samy Vellu membawa masuk Gerila Tamil yang dijadikan Sami. Malah Samy Vellu membawa masuk mereka atas alasan melatih sami tempatan. Kewujudan kuil kuil haram yang semakin dibesarkan memberi petanda Malaysia dalam bahaya!!
Malah Kerajaan dan pemimpin pembangkang perlu mengambil tindakan besar sebelum ketidakpuas hatian penganut Islam mencapai puncaknya. Apakah mereka ini digunakan dalam Pilihanraya Umum Akan Datang. Dan anda jangan terkejut jika baru baru ini 300 warga India menjadi pengundi berdaftar bagi kawasan batu talam walaupun ketua masyarakat disana mengesahkan tiada langsung penduduk berbangsa India. Siapakah mereka? Bayangkan itu baru kawasan yang tiada langsung pengundi India. Bagaimana jika kawasan yang sedia ada pengundi India. Berapa pula jumlah warga haram yang ditempatkan Samy Vellu?
Ingat !! kita kini bukan sahaja berhadapan dengan masalah penyelewengan dan pengkhianatan dari bangsa kita sendiri tetapi sudah sampai ke puncak dimana ia mengancam keselamatan negara. Kini mereka menyerang Bangsa Melayu dan Islam.malah Operasi murtad di Malaysia mendapat laluan mudah Perdana Menteri.
Pembangkang harus mainkan peranannya mulai sekarang. Setelah berjaya kita laksanakan pembersihan SPR kini sudah tiba waktunya satu serangan ditujukan ke atas Kementerian keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara. Malah isu rekod kehadiran Altantuya yang dipadamkan pihak imegresen menjadi asas kepada kita supaya JPN dan Jabatan Imegresen perlu disiasat segera.ini waktunya kita lumpuhkan pakatan jahat pihak tertinggi dalam perkhidmatan negara. mereka berkhidmat untuk Umno lalu membiarkan negara ini tergadai..
journalrakyatmarhean: persoalannya benarkah dakwaan ini.. di ambil dari : http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=646 |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/07/2007 01:18:00 PM  |
|
|
|
| Khir Toyo Lagi |
| Saturday, February 03, 2007 |
 Jangan Jadikan Harta Rakyat Macam Harta Mak Bapak Kita.. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/03/2007 02:31:00 PM  |
|
|
|
| Kemenangan Di Batu Talam |
|
 kemenangan selesa Di Batu Talam Buat Mereka Terlena... |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/03/2007 02:13:00 PM  |
|
|
|
| PM Abdullah Nafi beli pesawat VIP baru RM200 juta |
|

Betulkah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah belanja sakan duit kerajaan membeli pesawat VIP baru jenis ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara US$55 dan US$60 juta ( hampir RM200 juta) ?
Ikutilah laporan mengenai pembelian pesawat tersebut.
PM : "Kami tidak membeli, kami menyewa. Kenapa perlu kita membeli kapal terbang sedangkan ia akan menambahkan kos, jadi lebih baik kerajaan menyewanya dan kita tidak perlu memikirkan soal penyenggaraan.
Publik : Tapi bukankah kerajaan sudah memiliki empat buah pesawat ekskutif ; Boeing Business Jet, Bombardier Global Express,Dassault Falcon 900B dan Fokker F-28 , yang dikendalikan oleh Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM).
PM : "Pesawat itu kepunyaan PMB, itu wang mereka. Kerajaan hanya menyewanya macam juga MAS menyewa pesawat-pesawat daripada PMB," kata beliau sewaktu tiba di sini daripada kunjungan ke London dan Davos hari ini.Buat apa kita (kerajaan) beli kapal terbang. Kalau beli, nak kena perbaik, nak kena belanja banyak lagi juga.PMB akan mendapat keuntungan hasil sewaan berkenaan.”
Publik : Tapi bukankah PMB sebuah anak syarikat penuh Khazanah Nasional Bhd, cabang pelaburan kerajaan ; Apakah ini bukan duit kerajaan dimana sebarang perbelanjaannya merupakan perbelanjaan harta benda kerajaan ? "
PM : " Saya Ulang lagi : Kami tidak membeli, kami menyewa. Kenapa perlu kita membeli kapal terbang sedangkan ia akan menambahkan kos, jadi lebih baik kerajaan menyewanya dan kita tidak perlu memikirkan soal penyenggaraan - Saya akan berikan perinciannya jika anda benar-benar ingin tahu. Jangan tanya lagi O.K – Saya PM.
Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, the Right Honourable Prime Minister of Malaysia, is the Chairman of the Board. Company Description: Finance: Strategic investment for the Malaysian government |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/03/2007 02:00:00 PM  |
|
|
|
| PM Abdullah Beli Pesawat VIP Baru Berharga RM 200 juta |
|

PM Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membeli sebuah pesawat VIP ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta. Pesawat yang dibina dikilang pemasangan Airbus diToulouse, Perancis kini difahamkan berada diSwitzerland, kerana ubahsuai dalaman dan proses perlengkapan perkakas bersesuaian dengan pesawat yang menjamin keselesaan dan kemewahan penerbangan VIP.
Pesawat ini adalah model asas dari A320, tetapi mendapat modifikasi dan mampu terbang sejauh melebihi 6000 batu nautika atau 11000 km (jarak antara Kuala Lumpur dan London tanpa berhenti mengisi minyak). Keluasan 800 kaki persegi ruang dan jika sebagai pesawat kommersial, mampu membawa 140 penumpang. Ianya satu kelas dengan pesawat VIP Jet Boeing BBJ, yang sedia ujud dalam perkhidmatan TUDM. Pesawat ini mampu membawa antara 10-50 penumpang (bergantung kepada susunan tempat duduk) terbang sehingga 41000 kaki dengan segala keselesaan dan kemewahan perjalanan udara moden.
Antara pemasangan yang dibuat pada waktu ini ialah ruang duduk, ruang santai, meja makan, kamar peribadi, bilik air dan kemudahan mandi dan mungkin pejabat. Ini termasuk alatan kommunikasi seperti SATNAV, telefon, fax, pemain DVD, TV satelit dan kemampuan mengunakan internet. Alatan lain seperti dapur lengkap termasuk ketuhar mikrowave, pembasuh pinggan dan peti sejuk juga biasanya dipasang sebagai memenuhi keperluan penumpang VIP.
Difahamkan VIP Jet ini akan diletak dibawah kelolaan Squadron No.2 "Bayan" TUDM (yang berpengkalan diTUDM Subang) dan pemilik sebenar pesawat ini ialah Penerbangan Malaysia Berhad (PMB). Buat masa ini TUDM mengendalikan pesawat Boeing BBJ, Bombardier Global Express, Falconjet 900B dan F28 untuk kegunaan VIP.
Samada pembelian ini menepati keperluan Negara, itu menjadi tandatanya kerana TUDM sedang mengendalikan beberapa pesawat VIP yang canggih canggih dan sudah cukup menepati keperluan Pemimpin Negara. Sebagai contoh, BBJ itu dibeli dari Malaysia Airlines dan pertama kali digunakan semasa DYMM SPB Yang DiPertuan Agung Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menghadiri sukan Olimpik diSydney, Australia tahun 2000. PM YDP Abdullah mengunakan pesawat BBJ sediada ini apabila pertama kembali ke Kepala Batas setelah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1 Nov 2003.
Secara kebetulan (?), pesawat ini dipilih sebagai pesawat VIP Kerajaan Malaysia terbaru tatkala flavour masakini syarikat tambang murah AirAsia juga menempah 150 buah pesawat A320 yang sama, berbanding trend penggunaan BBJ yang lebih popular dikalangan penguna penerbangan VIP global.Sebenarnya penulis merasakan wang ini sepatutkan dibelanjakan untuk membeli pesawat lain, yang lebih bermenafaat untuk Negara. Pada masa ini, TUDM memerlukan pesawat pesawat Airborne Early Warning/Command (AEW/C) dan Martime Patrol Aircraft/Anti Submarine Warfare (MPA/ASW) bagi melengkapkan pertahanan Negara, iaitu sebuah negara maritim yang mempunyai keluasan air antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang amat luas dan kawasan zon ekonomi eksklusif (ZEE) yang amat perlu diawasi, tanpa menimbang keperluan pengawasan trafik laluan laut antara terpenting didunia.
Persoalan sekarang, apakah Kerajaan Malaysia lebih minat memperlengkapkan TUDM dengan pesawat pesawat mewah untuk kegunaan segelintir berbanding pertahanan dan kepentingan Negara???? Sebagai contoh, pesawat helikopter S 61N Nuri yang digunakan semenjak 1968, menjadi tulang belakang operasi TUDM dan Tentera Darat dan baru baru ini bencana banjir diJohor, kini amat uzur keadaan dan amat diperlukan diganti terlebih dahulu, berbanding pesawat VIP. Apakah ini corak kepimpinan wajar dan bijaksana PM Abdullah Ahmad Badawi selaku pelopor Islam Hadhari? |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/03/2007 01:55:00 PM  |
|
|
|
| Kelemahan Kerajaan Punca Banjir Di Kota Tinggi |
|

Cadangan Pengurus Tapak, Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar), Harban Singh yang disiarkan di dalam media semalam (Berita Harian, 30 Januari 2007) yang mengatakan kaedah terbaik bagi menangani banjir pada masa akan datang ialah dengan membina bandar baru di daerah itu di kawasan lebih tinggi adalah tidak wajar dilakukan kerana ia bukanlah penyelesaian terhadap masalah sebenar yang dihadapi.Kebimbangan terhadap kesan daripada penambakan laut oleh kerajaan Singapura sebenarnya telah lama diperbincangkan namun persoalannya, apakah kerajaan tidak pernah menyedari masalah terhadap akan berlakunya banjir daripada berlaku? Sebelum ini, kajian yang dibentangkan oleh Prof Dr Sharifah Mastura Syed Abdullah, Pakar Teknikal Jabatan Geografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum ini telahpun mendedahkan bahawa projek penambakan laut oleh Singapura memberi kesan buruk terhadap alam sekitar, ekologi pantai dan muara Sungai Johor dan Selat Johor. Beliau berkata kerja penambakan itu akan memberi kesan buruk terhadap keadaan hidrodinamik pantai dan sifat gelombang. Kesan itu meliputi aliran keladak, hakisan, kadar mendapan, hidroekologi, pendudukan, perikanan, aliran air pasang surut, mutu air, kepekatan garam, pelayaran, tempat berlabuh dan kekukuhan jeti.
Kesan penambakan laut ini di sekitar Pulau Tekong telah menyebabkan keluasan saiz pulau tersebut bertambah sekali ganda manakala jarak pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Tanjung Pengelih menjadi semakin dekat iaitu kira-kira 0.75 kilometer (km) berbanding 1.8 km sebelum ini.Baru-baru ini, Pengarah Institut Kejuruteraan Kajian Pantai dan Lepas Pantai Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Ahmad Khairi Abdul Wahab mengingatkan pihak kerajaan yang sedang merangka pelan menangani banjir di Johor perlu mengambil kira pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya bencana tersebut, termasuk kesan dari projek penambakan laut oleh Singapura di dua buah pulau berhampiran muara Sungai Johor.Beliau berkata, kajian saintifik mengenai banjir terutamanya di Kota Tinggi dan kawasan sepanjang Sungai Johor perlu turut mengambil kira kesan-kesan dari penambakan di Pulau Ubin dan Pulau Tekong Besar itu. Kecaman terhadap Singapura yang tidak mengendahkan bantahan penambakan laut bukan sahaja lahir daripada kerajaan Malaysia tetapi juga daripada semua pihak termasuk PAS. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) sebelum ini telahpun mendedahkan bagaimana aktiviti penjualan pasir laut telah dibuat termasuk kerja-kerja membekalkan pasir kepada Singapura di antaranya adalah pasir di Teluk Ramunia, Johor yang akhirnya telah diperakui sendiri oleh kerajaan Johor.Apabila kekecohan berlaku dengan kerja penambakan laut oleh Singapura diketahui umum, kabinet Malaysia telah mengarahkan beberapa kementerian iaitu Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar supaya menjalankan siasatan mengenai kerja penambakan laut oleh Singapura berhampiran dengan sempadan perairan Johor (Utusan Malaysia, 28 Februari 2002).
Pada 19 Mac 2002, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah berjanji bahawa laporan penuh siasatan penambakan laut oleh Singapura di Pulau Tekong dan Pulau Ubin akan disiapkan tidak leibh daripada tempoh enam bulan. Namun, apabila isu ini reda, hasil siasatan tersebut tidak diumumkan.Tidak dinafikan bahawa kadar hujan yang turun dengan lebatnya dengan jumlah air yang terlalu luar biasa telah menyebabkan banjir besar berlaku di Kota Tinggi selama dua kali dalam masa tiga minggu. Namun, sekiranya langkah awal untuk mengatasi masalah penambakan pasir di perairan selat Johor dapat dilakukan, kejadian banjir besar yang menimpa penduduk Kota Tinggi dapat dielakkan.Sudah tiba masanya rakyat Johor ’membuka mata dan minda’ agar tidak terus dipermainkan oleh UMNO/BN. Beranilah untuk melakukan perubahan. Sekian.Khairul Faizi Bin Ahmad KamilKetua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor019-7701830 http://dppnjohor.blogspot.com/ Sementara itu , Abdul Ghani berkata kajian sedang dibuat bagi mempastikan sejauh man benarnya dakwaan yang mengatakan bahawa banjir yang baru-baru ini berpunca disebabkan penyempitan muara Sungai Johor akibat aktibiti penambakkan laut oleh kerajaan Singapura. Dia menambah kata bahawa 86 buah rumah di Johor telah musnah , lebih separuh daripadanya- 40 buah rumah di Kota Tinggi sahaja. Lain-lain adalah di Segamat (19) dan Johor Baru (12).Banjir tersebut telah melibatkan 880 perkampungan dan 111 kawasan kediaman.
|
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 2/03/2007 01:43:00 PM  |
|
|
|
|
| journalrakyatmarhean |
|

Name: journal rAkyAt m@rhean
Home:
About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama.
See my complete profile
|
| yang lepas |
|
| arkib |
|
|
| rakan |
|
|
| Powered by |
 |
|