|
| Anuar Musa Dalam Dilema |
| Saturday, July 08, 2006 |
Usaha Persatuan Bekas Wakil Rakyat UMNO (MUBARAK) untuk membawa Tun Dr. Mahathir ke Kalantan pada 28 Julai ini sudah menjadi satu isu besar dalam kepimpinan UMNO. Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa yang sebelum ini beria-ia mempertahankan kebebasan bercakap oleh bekas Perdana Menteri Malaysia itu kini berada dalam dilema.
Menurut sumber, Annuar Musa telah pun menerima arahan dari Perth, Australia supaya mengambil usaha membatalkan atau sekurang-kurangnya memastikan program tersebut tidak mendapat sebarang sambutan. Annuar Musa kini berada dalam dilema. Sekiranya beliau meneruskan usaha menghalang atau menggagalkan majlis tersebut maka UMNO Kelantan akan berada di dalam konflik sekali lagi. Apatah lagi sebahagian ahli MUBARAK Kelantan masih merupakan nama besar politik Kelantan ataus ekurang-kurangnya peringkat kawasan Parlimen.
Selebih itu, menurut beberapa sumber yang dianggap rapat, beberapa kajian yang dilakukan oleh UMNO juga mendapati bahawa usaha-usaha menyekat Tun Mahathir daripada bercakap dan juga dakwaan palsu kononnya bekas Perdana Menteri tersebut berada atas pentas Pas sudah menjadi "back fire" kepada kepimpinan UMNO hari ini.
Sekiranya Annuar tidak mengambil sebarang usaha menghalang perjumpaan tersebut atau gagal menghalangnya, maka jawatan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan berada dalam keadaan genting.
Sekiranya beliau menuruti arahan tersebut, tidak mustahil beliau akan menghadapi masalah sokongan akar umbi yang serius pada masa akan datang.
|
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 7/08/2006 01:06:00 PM  |
|
|
|
|
| journalrakyatmarhean |
|

Name: journal rAkyAt m@rhean
Home:
About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama.
See my complete profile
|
| yang lepas |
|
| arkib |
|
| rakan |
|
|
| Powered by |
 |
|