|
| Selamat Bersidang |
| Wednesday, November 15, 2006 |
Lagu di tujukan khas kepada perwakilan Umno yang sedang bersidang. |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 11/15/2006 09:06:00 PM  |
|
|
|
| Mukhriz: Kritikan Rafidah keterlaluan |
| Friday, November 10, 2006 |
Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan kritikan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai keras dan keterlaluan.
Beliau berkata, "Saya sendiri tidak tergamak untuk berkata sedemikian rupa kepada Datuk Seri Rafidah yang banyak berjasa kepada negara.
"Ia tidak patut dan bukan budaya orang Melayu yang terkenal dengan ketinggian budi dan sopan santun."
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Aidifitri keluarganya di rumah Dr Mahathir di Seri Kembangan untuk mengulas kenyataan Rafidah yang mahukan para pemimpin dan anggota Umno jangan melayan karenah dan teguran Dr Mahathir seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan semalam.
Sementara itu, Mukhriz juga melahirkan rasa terkilannya terhadap dakwaan media tempatan kononnya Dr Mahathir mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelang hari raya Puasa lalu.
Mukhriz berkata, Dr Mahathir mengadakan sidang media sehari sebelum Aidifitri bukan untuk mengecam Abdullah tetapi sekadar memenuhi permintaan wartawan. "Selepas Tun Dr Mahathir mengadakan sidang media pertama di rumahnya di The Mines sebaik selesai bertemu Perdana Menteri kami ke rumah Mirzan untuk berbuka puasa.
Pertemuan kedua
"Bagaimanapun, kira-kira jam 10 malam selepas kami solat terawih dan Tun mahu pulang beberapa wartawan datang dan meminta diadakan sidang media sekali lagi kerana menurut mereka rakyat hendak tahu hasil pertemuan tersebut.
"Berikutan itu Tun setuju dan meminta mereka datang keesokannya (Isnin) di rumahnya. Saya terkilan kerana mereka menulis bahawa Tun telah mengecam Perdana Menteri pada bulan Puasa dan menejelang Hari Raya.
"Sedangkan Tun hanya memberitahu apa yang berlaku dalam pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah itu," katanya lagi.
Ditanya mengenai usaha Persatuan Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional (Mubarak) untuk mengatur pertemuan kedua di antara mereka, Mukhriz berkata , terpulang kepada persatuan itu.
Di majlis sambutan Aidifitri itu, kira-kira 5,000 tetamu hadir. Ini merupakan kali kedua majlis raya diadakan di rumah Dr Mahathir selepas kali pertama pada 25 Oktober lalu.
Di antara yang hadir ialah Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin dan beberapa Ahli Exco Pergerakan Pemuda Umno |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 11/10/2006 03:38:00 PM  |
|
|
|
| Perang Besar Di Selangor |
| Friday, November 03, 2006 |
Isu Datuk Zakaria Md Deros sudah menjadi kebudak-budakkan. Bermula dari permusuhan Vincent Tan dengan Khir Toyo akibat isu bantahan kerajaan negeri Selangor atas pemindahan Kelab Lumba Kuda milik Vincent ke Hulu Selangor dan juga pembinaan pusat pelupusan sampah bukit tagar sebelum ini.
Vincent Tan menggunakan The Sun untuk menyerang habis-habisan pentadbiran Khir Toyo. Ini termasuklah isu Datuk Zakaria Md Deros. Jika dilihat The Sun tidak berminat untuk mengenakan Datuk Zakaria. Mereka "mahukan" Khir Toyo. Sebab itu apa pun keputusan Khir dalam isu ini akan dipusing.
Bila rujuk kepada UMNO dan Sultan, mereka anggap KT tiada kuasa, lemah. Bila beri deadline supaya Zakaria berhenti mereka kata Datuk Zakaria bukan ahli majlis selagi belum angkat sumpah (walaupun surat perlantikan telah dikeluarkan) justeru Khir tidak boleh arahkan datuk Zakaria letak jawatan.
Menariknya isu membabitkan Datuk Zakaria ialah memperlihatkan bagaimana menantu "membunuh" orang kuat Bapa mertua. Datuk Zakaria diketahui merupakan penyokong kuat dan sahabat baik Perdana Menteri tetapi enggan berkompromi dengan menantu PM.
Dengan mengenakan Datuk Zakaria, KJ sudah mula merancang untuk menonjolkan Faisal Abdullah sebagai pemimpin muda di Selangor terutama dalam Majlis Perbandaran Klang. Manakala Mazlynoor melihat inilah peluang untuk mengambil alih tempat Datuk Zack. Mazlynoor tidak peduli jika terpaksa tunduk kepada Faisal dan KJ.
Malangnya, Datuk Zakaria (Datuk Zack - namun popular beliau) tidak sebodoh yang disangka. Sungguhpun hanya bekas penjaga pintu laluan keretapi namun sepak terajang politik sudah dihidu. Sungguhpun pada mulanya beliau beranggapan ini kerja Khir untuk menjatuhkannya, namun beliau kemudiannya menyedari gerakan Faisal bersama KJ.
Justeru Datuk Zack melalui seorang pegawai MPK membocorkan rahsia kepada media bahawa Faisal dan Datuk Mazlynoor juga mempunyai masalah yang serupa.
Episod ini berlarutan membabitkan Faisal Abdullah, Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor dan sahabat baik Khairy Jamaluddin. Menurut cakap-cakap politik di Selangor, Faisal baru-baru ini menerima dua kontrak besar melalui arahan "Putrajaya."
Apabila Khir Toyo mengarahkan Faisal melepaskan jawatan ahli Majlis Perbandaran Klang. Faisal tiada pilihan dan menyedari Datuk Onn Ismail (mentuanya) tidak mungkin merestui jika beliau menentang arahan Khir ini.
KJ merasakan Khir Toyo tidak menghormati beliau. Ketika seluruh orang politik Selangor mengetahui bahawa faisal adalah orang kanan KJ di Selangor, Khir langsung tidak berbincang dengan beliau untuk mengambil tindakan ke atas Faisal.
Mungkin pada fikiran KJ, jika Khir boleh jumpa Pak Lah dalam isu Datuk Zakaria mengapa Khir tidak boleh jumpa beliau dalam isu Faisal?
Khir mengetahui bahawa Faisal lebih setia kepada KJ berbanding kepada beliau sungguhpun Faisal sebelum ini dilihat sentiasa bersama beliau.
Petang semalam juga, Kamal Khalid mengarahkan Utusan "menyerang" Khir. Oleh kerana tiada isu atau modal, Utusan menyiarkan dua cerita untuk menyerang Khir.
Berita pertama hanya memainkan balik isu yang dimainkan oleh The Sun sebelum ini di bawah tajuk "Zakaria Bukan ahli Majlis, tidak perlu letak jawatan."
Melucukan, berita Utusan ini bukan sahaja menggunakan isu blog dan the sun yang muncul sejak minggu lalu, malah menyerang balas laporan sebuah laman web milik penyokong UMNO Selangor yang mengulas dakwaan the sun dan jeffooi.com mengenai isu ini.
Oleh kerana tiada isu juga Utusan terpaksa menciplak surat pembaca yang diterbitkan oleh Mstar pada 4 Oktober lalu dan diterbitkan semula hari ini oleh akhbar tersebut. (AMLG mendapati laman web MB Selangor menjawab dakwaan ini hari ini juga).
Mampukan Khir Toyo survive lagi kali ini? |
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 11/03/2006 04:36:00 PM  |
|
|
|
|
| journalrakyatmarhean |
|

Name: journal rAkyAt m@rhean
Home:
About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama.
See my complete profile
|
| yang lepas |
|
| arkib |
|
|
| rakan |
|
|
| Powered by |
 |
|