journal rakyat m@rhean

sebuah laman bebas,yang kreatif dan kritis..

 
TIGA REGU
SUPERDET
UNDURLah

UndurLah.jpg

SOLDIERS
TIDOQ LAGI
ROUND TWO
300 VOTES
SLEEPERS
JOHORE ROYALE
INCREDIBLES
Rasuah Dalam Parti berleluasa
Saturday, July 08, 2006
Bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat Rahman Othman - Rasuah Dalam Parti berleluasa







Parti Keadilan Rakyat Malaysia - penuh dengan rasuah? Demikian kata - kata Abdul Rahman Othman yang telah meletak jawatan sebagai Bendahari PKR dalam akhbar New Straits Times hari ini - 07 Julai 2006. Rahman yang kali terakhir dilihat bersama - sama pemimpin PAS menyertai Dialog Bersama Tun Mahathir Mohamed di Taman Melawati pada 24-06-2006 di kecam kehadirannya oleh kepimpinan Keadilan termasuk Anwar Ibrahim. Di maklumkan kepada kami tindakan beliau menggesa agar parti Parti Keadilan Rakyat dibubarkan kerana rasuah adalah kemuncak krisis beliau dengan Penasihat Parti Anwar Ibrahim. Sebelum ini Abdul Rahman dikatakan antara penentang kemasukan PRM - Parti Rakyat Malaysia dalam Keadilan.

Kabar angin bahawa beliau menyertai PAS memang sudah kedengaran. Abdul Rahman Othman dan Saifuddin Nasution adalah antara kepimpinan Keadilan yang hadir pada Majlis Dialog bersama Tun Mahathir. Saifuddin juga menurut kabarnya tidak berpuashati dengan Parti Keadilan Rakyat. Desas desus beliau berselisih pendapat dengan Penasihat Parti Anwar Ibrahim memang tersebar luas. Ditanya kepada salah seorang anggota kepimpinan parti ( bahagian) kenapa ini berlaku, sambil berseloroh beliau berkata, tanda - tanda besar beberapa kepimpinan akan menyertai UMNO.

Bukan sahaja kerajaan atau UMNO pandai bersendiwara tetapi PKR juga dengan pengalaman dalam UMNO pandai bersendiwara. Bukan susah, panggil orang besar - besar Keadilan, buat isu, bubar KEADILAN lepas itu masuk UMNO.


posted by journal rAkyAt m@rhean @ 7/08/2006 01:11:00 PM   0 comments
Anuar Musa Dalam Dilema


Usaha Persatuan Bekas Wakil Rakyat UMNO (MUBARAK) untuk membawa Tun Dr. Mahathir ke Kalantan pada 28 Julai ini sudah menjadi satu isu besar dalam kepimpinan UMNO. Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa yang sebelum ini beria-ia mempertahankan kebebasan bercakap oleh bekas Perdana Menteri Malaysia itu kini berada dalam dilema.

Menurut sumber, Annuar Musa telah pun menerima arahan dari Perth, Australia supaya mengambil usaha membatalkan atau sekurang-kurangnya memastikan program tersebut tidak mendapat sebarang sambutan.

Annuar Musa kini berada dalam dilema. Sekiranya beliau meneruskan usaha menghalang atau menggagalkan majlis tersebut maka UMNO Kelantan akan berada di dalam konflik sekali lagi. Apatah lagi sebahagian ahli MUBARAK Kelantan masih merupakan nama besar politik Kelantan ataus ekurang-kurangnya peringkat kawasan Parlimen.

Selebih itu, menurut beberapa sumber yang dianggap rapat, beberapa kajian yang dilakukan oleh UMNO juga mendapati bahawa usaha-usaha menyekat Tun Mahathir daripada bercakap dan juga dakwaan palsu kononnya bekas Perdana Menteri tersebut berada atas pentas Pas sudah menjadi "back fire" kepada kepimpinan UMNO hari ini.

Sekiranya Annuar tidak mengambil sebarang usaha menghalang perjumpaan tersebut atau gagal menghalangnya, maka jawatan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan berada dalam keadaan genting.

Sekiranya beliau menuruti arahan tersebut, tidak mustahil beliau akan menghadapi masalah sokongan akar umbi yang serius pada masa akan datang.

posted by journal rAkyAt m@rhean @ 7/08/2006 01:06:00 PM   0 comments
journalrakyatmarhean

Name: journal rAkyAt m@rhean
Home:
About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama.
See my complete profile
yang lepas
arkib
rakan
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

journal rakyat m@rhean