journal rakyat m@rhean

sebuah laman bebas,yang kreatif dan kritis..

 
TIGA REGU
SUPERDET
UNDURLah

UndurLah.jpg

SOLDIERS
TIDOQ LAGI
ROUND TWO
300 VOTES
SLEEPERS
JOHORE ROYALE
INCREDIBLES
Pendoa Yang Ikhlas
Thursday, April 20, 2006
kumpulan cerpen Pendoa yang Ikhlas oleh Azizi Hj Abdullah terbitan DBP
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 4/20/2006 04:36:00 PM   0 comments
Menyelam Penjiwa Bahasa Yang Bingung
Wednesday, April 19, 2006
Bila menilai dan mengkritik kemudian melambung naskah sendiri dan menobat naskah untuk yang terbaik. Cukup sekadar itu! Kita bukan pemain bahasa. Kita sekadar pengarap bahasa dan nilaiannya ada di tangan pembaca.

Kita tentunya akan membaca dengan jijik kiranya ada mana-mana pengarah atau karyawan filem mengagung-agung karyanya sendiri kerana mereka lupa tugas menilai sesebuah karya ialah menonton, masyarakat atau penganalisa. Pengarah atau pembikin filem hanyalah tukang filem.

Maka begitulah pula halnya apabila saya membaca sudah banyak kali yang seumpama ini tetapi kali ini saya tidak dapat menyimpan anggapan kelampauan saya terhadap Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dan Arena Wati lewat Dewan Sastera bulan Ogos 2005. Hal yang sama juga telah diamal oleh Mohd Afandi Hassan, di mana tulisan dan kritikan beliau seumpama iklan ‘Rejoice ’ atau ‘Sunsilk.’

Persoalannya apakah tulisan-tulisan seperti ruangan Pabila Hujan Turun dan Gema Harapan dari sasterawan yang dinobatkan bertaraf negara patut menulis hal-hal yang menggambarkan ‘kelampauan’ karya penulis terhadap karya sendiri atau melahirkan semacam maha falsafah yang menjadi loya kita membacanya?

Kelampauan yang bagi saya sangat melucukan. Yang pertama ialah bagaimana SN Shahnon Ahmad mengupas, menganalisa, mengkerosek kerobek karya sendiri sehingga digambarkan satu kelampauan yang sangat ketara. Di dalam ruangan Pabila Hujan Turun, SN Shahnon Ahmad mengembalikan kenangannya tentang menulis kayra Ranjau Sepanjang Jalan lalu diberi analisa, maksud yang tersirat tentang ‘benih padi’ sehingga melalut, terbawa-bawa, terseret dan tentunya sengaja dipaksa menyamai benih dari air mani sehingga ke alam syahadah.

Memang air mani itu benih. Memang biji-biji padi juga benih. Dan secara tersurat tulisan SN Shahnon memanglah sepadan dikembarkan bagi menamakan sinonim. Tetapi apakah hakikat penulisan Ranjau Sepanjang Jalan itu seperti apa yang diberitahu? Secara tersirat, ia adalah kelampauan sasterawan, sikap melebih-lebih menilai karyanya. Maka di sinilah kelucuan yang sangat ketara. Yang tidak ada di ada-adakan untuk memperkukuh nilai karya sendiri.

Kita tidak merasa lucu sekiranya orang lain, penganalisa sastera mensinonimkan benih padi dengan air mani atau mensinonim dengan yang lain. Itu adalah tugas penganalisa, pengkritik. Jika ia berbetulan ialah adalah ketajaman penganalisa atau pengkritik karya itu, lalu masyarakat pun tahu. Tetapi apabila penulis sendiri mengangkat inti pati karyanya sendiri, apa lagi dengan mensinonimkan yang bukan-bukan, walaupun ada alasan dari ilmu sastera, ia adalah satu yang tidak sihat dan ia hanya satu kelampauan yang melucukan.

SN Shahnon, sejak akhir-akhir ini lewat kolum Pabila Hujan Turun seakan lupa peranan sasterawan dengan karyanya, lupa apa pula batas-batas sebagai penulis kreatif sehingga berego-egoan secara sendiri. Shahnon nampaknya bukan lagi penulis kreatif tetapi pengajar sastera supaya orang memahami karyanya sendiri atau cuba menganggap pembaca adalah golongan yang buta kreatif.

“Di mana keindahan karya?” begitu pernah saya mendengar apabila karya sendiri diperjelaskan, seperti penyair memberi tahu maksud dan makna kepada pelajar sastera di sekolah menengah. Nampaknya penyakit seperti ini mula menular ke dalam karya kreatif. Seingat kita Suhaimi Hj. Muhamad yang memulakan ditahun 60-an dulu dengan tempikan’ siapa aku dalam sastera?’

Dan dalam bidang kritikan, Mohd Afandi Hasan adalah pengkritik pertama melambungkan karya sendiri yang terbaik apabila beliau membuat kritikan karya orang lain.

Kita bukan memusuhi penganalisaan sesebuah karya tetapi bukan dalam bentuk kelampauan dari penulisnya sendiri. Saya sayang karya kreatif tetapi merasa aneh apabila penulis sendiri mengangkat kehebatan yang bukan-bukan, apa lagi ketika ia menulis karya itu tidak ada dalam fikirannya. Inilah juga alasan saya satu kelampauan kerana ia bersifat mengada-ngada, sengaja mengada-ada.

Shahnon dengan kelampauannya senang-senang membandingkan benih padi dengan alam syahadah insan. Ini juga melucukan (dalam konteks penulis sendiri mengulas) apabila pengarangnya cuba memasukan sesuatu yang mulia, satu alam mistik, alam sufi lewat karya yang dulunya kering dengan hal itu.


Saya rasa terpanggil untuk menulis hal ini kerana kita nampaknya mudah terperangkap dengan kebangkitan agama sekarang, lalu segala-galanya kita padankan dengan agama, apa lagi alam roh, alam syahadah. Ia bukan hak penulis tetapi hak penganalisa, pengkritik atau pembaca.
Begitu juga halnya dengan SN Arenawati lewat kolum Gema harapan keluaran Dewan Sastera dalam bulan yang sama. Saya melihat bentuk tulisan seperti ini satu pemborosan idea, satu pemborosan ruang yang tidak sepatutnya seorang Sasterawan Negara berbuat demikian.

Saya bimbang sasterawan kita akan dihantui istilah-istilah besar dalam karya sendiri seperti Master Piece tanpa dipertanggung jawabkan kepada penganalisa, pengkritik atau masyarakat.

Saya bimbang sasterawan kita akan muncul menjadi ‘Ayah Pin’ atau kumpulan ‘Arqam’ yang sudah sampai ke tahap AKU!


Maaf Cikgu Shahnon 'qias ini hanya untuk islah'
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 4/19/2006 04:11:00 PM   0 comments
Kelisa
Tuesday, April 18, 2006



Top Gear perbodoh Perodua Kelisa

Top Gear adalah rancangan motor popular keluaran BBC. Dalam satu sirinya, Top Gear ada membuat satu liputan sedikit mengenai kereta Kelisa keluaran Perodua. Secara umumnya Top Gear mengutuk kereta ini kerana mutunya yang sangat rendah berbanding kereta lain. Dalam siri ini, Top Gear membeli kereta baru Kelisa yang ada dijual di UK. Kemudian kereta ini diketuk dengan penukul untuk menunjukkan badan kereta ini yang tidak tahan dan mudah kemik. Terdapat juga ujian lain yang dilakukan.

"...like a fridge or a washing machine"

"...designed by... a corporation that simply wants to make money..."

"kita akan berkata kepada mereka 'alah aiimmman tak kisah'......"
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 4/18/2006 04:03:00 PM   0 comments
Titanic

Titanic....satu sejarah awal barat dalam peradabannya setelah menciplak ketemadunan Islam berikutan kerajaan Islam di Andalus yang gilang gemilang itu tumbang. Berdasarkan kepada itu mereka mengaut naskah Islam dan malabelkan atas nama mereka. namun sejarah yang tercatat ini membuktikan asas ketemadunan barat itu berdasarkan kesombongan, maka titanic ini satu malapetaka buat mereka. sehingga sekarang kita masih membicarakannya..


RMS Titanic (jugaSS Titanic) merupakan yang kedua dari tiga kapal penumpang super bertujuan bagi mengawal perniagaan perjalanan transatlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff, Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan iceberg pada 11:40 PM (waktu kapal) pada pagi Ahad 4 April 1912, dan tenggelam dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian pada 2:20 AM pagi Isnin.
Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan sehingga kini paling termashyur. Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Ia amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman,, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, lagenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan jumpaan kapal pecah pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun berikutnya..
posted by journal rAkyAt m@rhean @ 4/18/2006 03:33:00 PM   0 comments
Gubra Yang Gabra
Friday, April 14, 2006
Salam..

Aku mulakan tulisan sulong di blog ini, mungkin akan jadi tak syok pada sesiapa yang tak suka kritikan ini. Biasalah dalam dunia sekarang, siapa yang tak terlepas untuk dikritik. Kita juga punya sebab untuk mengkritik. Topik pertama yang akan aku bukak ialah tentang filem Gubra.

Yasmin Hamid menyifatkan gubra, yang tercetus dari kesinambungan sepet, merupakan sebuah filem yang jujur.

Acapkali beliau menggunakan perkataan jujur, biarpun ia mempunyai maksud yang subjektif. 'Jujur' mungkin dari perspektif pandangan beliau.

Melihat 'seni' sentuhan Yasmin melalui iklan-iklan yang beliau arahkan, disamping anugerah yang layak beliau dapat hasil dari garapan sepet, kita sememangnya terlalu jauh dengan beliau.

Tetapi bertitik tolak daripada 'jujur' itulah aku ikhlas mengkritik, beliau benar telah membuatkan kita gubra dengan melihat aksi-aksi lakonan yang benar-benar membuatkan kita gelisah.

Apakah perlu menafaat jujur itu dengan memasukkan adegan yang tidak memberi faedah dalam membentuk fikiran masyarakat. Jalan ke arah kerosakkan itu terlalu banyak dan jalan ke arah pembaikan itu terlalu sedikit.

Berkhayalkah saudari ketika 'menelanjangi' norma masyarakat hanya beralasan dengan maksud 'jujur' itu?

Soalan saya,Yasmin, kenapa saudari seakan-akan tidak 'lunak' dengan perasaan betapa sensitifnya umat Islam kita? Faedah apakah yang dikatakan 'jujur' itu dengan perlunya kepada adegan yang tak sepatutnya? Sejujur-jujurnya Yasmin, ke mana penonton itu akan di bawa?

Reaksi aku melihat poster gubra memang aku teramat gabra. Ya Allah! selekehnya Idea..!

Perjalanan ini jauh lagi Yasmin....

posted by journal rAkyAt m@rhean @ 4/14/2006 07:09:00 PM   0 comments
journalrakyatmarhean

Name: journal rAkyAt m@rhean
Home:
About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama.
See my complete profile
yang lepas
arkib
rakan
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

journal rakyat m@rhean