PADA hari Jumaat 30 Mac dua pemimpin veteran tanah air yang pernah bermusuh – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah – berkongsi pentas.
Tempatnya ialah Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan acaranya ialah Ceramah Agung Tahunan anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu.
Tengku Razaleigh adalah ucaptamanya dan tajuk pembentangan beliau ialah “Pemikiran dan Visi Tun Abdul Razak Dalam Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia Merentas Sempadan Etnik”.
Dr Mahathir yang mendengar pidato Tengku Razaleigh dari awal hingga akhir kemudian dijemput – atau lebih tepat digesa oleh hadirin – untuk membuat ulasan.
Beliau agak terkejut kerana dia tidak dijadualkan membuat sebarang ucapan.
Dalam huraian ringkasnya Dr Mahathir menyebut mengenai perhubungan beliau yang lama dan berliku dengan Tengku Razaleigh.
Thank you sir! Itulah kata-kata ringkas dan ikhlas daripada saya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad, yang mengatakan bahawa “para penulis blog tidak perlu mendaftar dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.
Saya berterima kasih bukan kerana takut kena daftar dengan pemerintah. Saya tidak gentar kerana saya blogger yang tidak bertopeng. Ketiga-tiga blogs saya ada nama dan muka saya.
Tetapi, soal blogger pakai topeng atau tidak, bukan isunya di sini. Isunya adalah prinsip demokrasi siber di Malasia yang termaktub dalam MSC Bills of Guarantee (BOG) mesti dipertahan dan dilaksanakan.
Selagi pemerintah tidak memansuhkan BOG, maka selagi itulah ianya menjadi paksi kepada bentuk demokrasi berkenaan di negara ini.
Perdana Menteri akhirnya mengiktiraf hakikat ini. Sebab itulah beliau dipetik oleh Utusan Malaysia 10 Mac 2007, sebagai berkata bahawa adalah tidak menjadi dasar kerajaan untuk memaksa penulis-penulis blog untuk mendaftarkan diri dengan kerajaan.
Di Dewan Rakyat semalam, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor melontarkan idea untuk mendaftarkan penulis-penulis blog.
Langkah itu, katanya, bertujuan mengawal penyebaran bahan negatif dan fitnah di internet.
Dalam kenyataannya kepada agensi berita AFP hari ini, Shaziman berkata pendaftaran itu perlu bagi memudahkan kerajaan menjejak kegiatan penulis blog, seperti yang pernah diperkenalkan di beberapa negara lain, termasuk Singapura.
Buletin Utama 9hb 4 menyebut Pak Lah kata tak perlu, mana yang betulnya
Kepulangan TPM dari luar negara 13 Mac lalu menjadi tanda tanya kerana ketiadaan menteri atau Ahli majlis Tertinggi UMNO menyambutnya kecuali Kayveas dan Rais Yatim. Hal sedemikian tidak pernah berlaku dan ini memperkuatkan lagi desas desus yang mendakwa hubungan beliau dengan PM dalam keadaan yang keruh.
Ada dua perkara berlaku dalam negara sewaktu ketiadaan Najib. Pertama jadual perbicaraan kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan Abdul Razak Baginda telah di percepatkan daripada Mac 2008 kepada Jun ini.
Perkara kedua ialah tentang penyibaran buku yang membongkar skendal sex Najib dengan seorang artis terkenal tanah air.
Sementara itu BERNAMA telah melaporkan pada 17 Mac lalu bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal desas-desus di Internet bahawa hubungan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu baik.
Sambil menyifatkan desas-desus berkenaan sebagai satu dongengan, beliau berkata hubungan beliau dengan Perdana Menteri begitu erat serta kukuh dalam memacu pembangunan negara.
"Saya sebagai orang nombor dua dalam negara sentiasa berusaha membantu Perdana Menteri dalam urusan pentadbiran dan sebagainya bagi kepentingan negara.
"Jangan dengarlah cerita-cerita dalam Internet...ini semua cerita dongeng," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan makan tengah hari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan di sini.
Cakap-cakap mengatakan ahli parlimen Barisan Nasional kena control berlegar semasa sidang Dewan Rakyat bermula Isnin lalu.
Ikut ceritanya pada sidang kali ini mereka tak boleh lagi hentam ‘gila-gila’ apa yang tak betul dalam kerajaan macam dulu-dulu.
Makanya kalau buka berita televisyen jam 8 malam sekarang kita tak nampak lagi wakil rakyat BN khususnya yang kaki bising macam Datuk Bung Mokthar Radin dari kawasan Kinabatangan,Sabah atau Datuk Mohd Aziz dari Seri Gading,Johor cakap berapi-api bab apa yang tak betul dalam kerajaan.
YB ‘kastam’ Datuk Mohd Said Yusof dari Jasin pun kena slown down.
Betul ke begitu?.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz,menteri yang jaga urusan parlimen ketika ditemui Agendadaily Khamis mengesahkan YB -YB BN tak boleh buat gelagat macam dulu lagi.
Katanya ini bukanlah gag order.
”Kita cuma harap mereka lebih berhemah dalam menegur dan tahu sempadan dan batasan dalam perbahasan,”katanya.
Ditanya apakah ini ada kaitan dengan mood dekat pilihanraya,Nazri menjelaskan bukan soal itu sangat tetapi hakikatnya kurang manis YB-YB BN hentam melulu dalam sidang dewan.
”Sedangkan mereka sentiasa ada peluang berjumpa dan cakap sendiri dengan PM atau TPM dan begitu juga menteri-menteri hal-hal yang mereka tak puashati.” Katanya.
Kepada soalan lain,menteri itu berkata YB-YB tidak harus nak tunjuk hebat dalam berdebat pada orang-orang kawasan mereka bila keluar di televisyen.
”Mereka boleh bercakap tentang masalah orang kawasan dan apa yang tak puashati…tetapi biarlah dengan cara berhemah,”katanya.
journalrakyatmarheansaid:Ini adalah wakil rakyat yang hampa pilih untuk duduk kat Dewan Rakyat,for the next election vote using your mind not your knee
Sammy Vellu (menteri yang bertanggungjawab memastikan kebajikan para kapitalis pemegang konsesi tol) sudah mula bising - bising, kerana beliau kehilangan fail / dokumen rahsia dari pejabatnya. Dia jadi lebih marah apabila dokumen rahsia yang hilang itu tiba tiba muncul di tangan Tian Chua dalam satu sidang media anjuran PROTES di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat. Apa dokumen sulit yang menyebabkan Sammy Vellu marah sangat itu ?
Di atas ini merupakan petikan dokumen yang diklasifikasikan sulit di bawah akta rahsia rasmi kerajaan (OSA) ....sila baca kenyataan rasmi GERAK berkenaan isu ini.
Bagaimana Malaysia meminjam USD 50 bilion secara bayangan sahaja.
Pada 15 Jun 2006, Reezal Merican Naina Merican telah menghantar satu pucuk surat kepada Datuk Zamani Abdul Ghani, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia. Surat itu adalah mengenai sejumlah USD50 bilion yang diperlukan oleh Malysia untuk membiayai pembangunan negara.
Sekiranya anda terlupa, baru-baru ini Malaysia telah melancarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang sepatutnya berjadual daripada 2006 hingga 2010 dan dikatakan memerlukan kos RM200 bilion. Apa yang tidak diketahui ramai, ialah Malaysia sesungguhnya tidak mempunyai wang sebanyak RM200 billion untuk membiayai RMK9. Siapakah dia malaun yang bernama Reezal Merican dan apakah kuasa yang dimilikinya memberi arahan kepada Timbalan Gabenor Bank Negara? Reezal Merican ialah salah seorang daripada budak-budak di ‘Tingkat Empat’ dan memegang jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia. Reezal tercanguk di jawatan itu bukanlah kerana kebolehannya tetapi kerana dia merupakan salah seorang ‘khadam’ ataupun budak suruhan Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri yang mahu dia di sana untuk membuka mata dan telinga bagi pihak Khairy. Tugas Reezal Merican bukanlah untuk melapurkan apa sahaja kepada Khairy dan menjaga Menteri Kewangan II untuk melentokkannya, tetapi juga menentukan agar Khairy dapat membaca segala lapuran dan surat-surat sebelum ia tiba di meja Menteri Kewangan II. Apabila semua surat itu sampai ke meja menteri kewangan II setiap dokumen yang penting sudah dibaca dulu dengan komen tertentu tertulis di atasnya dengan arahan projek mana dan kontrak mana yang perlu diberikan kepada syarikat tertentu. Dengan kata lain, segala projek sudah siap dibahagi-bagi sebelum menteri kewangan II dapat melihat kertasnya. Untuk melencong sedikit, sebelum Abdullah Ahmad Badawi membentangkan RMK9 di Parlimen untuk didebat dan diluluskan, ada satu salinan yang telah diserahkan kepada Menteri Kewangan II. Atas salinan awal berkulit keras itu dan pada setiap projek yang tersenarai dalam RMK9, sudah ada arahan bertulis tangan Khairy memberi arahan syarikat mana yang patut diberikan projek tertentu. Abdullah Badawi membentangkan RMK9 hanya sebagai satu formaliti sahaja. Semua kontraktor sudah memulakan persiapan mereka walaupun Parlimen belum selesai memberikan perkenan terhadap projek tersebut.
Ada pihak yang menyebut bagaimana Menteri Kewangan II begitu naik marah. Apapun, dengan adanya malaun seperti Reezal Merican yang sentiasa mengawasi pergerakan beliau, apakah yang boleh dibuatnya? Dia hanya boleh naik geram dan tidak lebih dari itu, jika tidak khidmatnya akan ditamatkan apabila tamat temphonya perlantikannya. Jadi tentu anda faham sekarang kenapa dia dapat lanjutan khidmatnya baru-baru ini. Ini berlaku kerana dia bijak tidak menolak Khairy; sebaliknya akur dengan apa sahaja yang Khairy mahu. Ini adalah satu rahsia bagaimana mengekalkan jawatan anda.
Itu sebabnya semua orang mengidam mahu berada di anjung kuasa. Ia diiringi kuasa yang besar dan lesen untuk mengelak dihukum kalau membunuh pun (dan di Malaysia frasa ini bukan sahaja satu cakap-cakap sahaja malahan boleh dianggap betul-betul, kalau anda faham apa yang saya maksudkan).
Apapun, itu hanya satu kisah lain. Apa yang mahu kita bincangkan di sini ialah surat bertarikh 15 Jun, 2006. Reezal Merican berkata dalam surat itu bahawa dia menerima arahan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Abdullah Ahmad Badawi. Surat itu merujuk kepada pembiayaan bernilai USD 50 bilion yang diperlukan untuk mengongkosi RMK9 yang memerlukan RM200 bilion.
Jumlah USD25 bilion itu adalah dirancang akan diperolehi daripada 25 bank utama tetapi akan disalurkan melalui satu syarikat swasta berstatus ‘private limited company’ bernama Asasatu Technology Sdn Bhd. Ada nama Ir. Hj Zubir bin Hj Ahmad yang disebut dalam surat itu sebagai Managing Director syarikat tersebut. Wang USD50 bilion itu akan disalurkan melalui syarikat swasta ini dan bukan dihantar terus kepada kerajaan Malaysia. Ini bererti secara rasminya Malaysia tidak meminjam duit. Wang pinjaman itu dibuat oleh satu syarikat sendirian berhad.
Yang menariknya dalam keseluruhan urusan itu, mengikut catatan Pendaftar Syarikat, Asasatu Technology Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berpangkalan di Permatang Pauh di Pulau Pinang, yang dalam proses menggulung tikar. Betul benar, syarikat yang sedang membuat urusan meminjam USD50 bilion untuk kerajaan Malaysia adalah sebuah syarikat yang sedang mahu tutup. Alangkah hebatnya kisah itu. Bagaimana mungkin syarikat yang mahu gulung tikar digunakan sebagai alat untuk kerajaan Malaysia merundingkan satu perkara yang sungguh penting seperti mendapatkan dana untuk membiayai RMK9? Kali terakhir Asasatu Sdn Bhd menyerahkan lapurannya ialah pada 31 Disember 2000. Sejak itu tidak ada lagi lapuran akan yang diserahkan. Pada 2000 aset tetap syarikat dikatakan berjumlah RM524,248.00 dengan aset semasa bernilai RM1,976,421.00. Akan tetapi tanggungan semasa syarikat ialah RM1,071.641.00 dan tanggungan jangka panjang sebanyak RM321,756.00. Keuntungan tahun itu ialah RM39,512.00 dengan keuntungn terkumpul sebanyak RM125,272.00. Ini bukannya satu syarikat yang harus digunakan oleh Malaysia untuk mendapatkan USD50 bilion bagi tujuan mendapatkan dana bagi pojek sepenting RMK9.
Kita tidak tahu apakah angka kewangan yang terkini tetapi oleh kerana syarikat sedang bersiap mahu gulung tikar, kita boleh mengagak sudah tentu sejak 2001 syarikat ini tidak boleh kemana-mana. Ir. Hj Zubir Hj Ahmad yang disebut dalam surat bertarikh 15 Jun, ialah seorang pengarah syarikat dan memiliki 1,990,000 saham sedangkan Rosni binti Rahmat, seorang pengarah yang lagi satu memiliki 20,000 saham.
Yang menjadi lebih menarik ialah nama agen yang akan mengatur pinjaman kewangan dan disebut dalam surat itu sebagai Union Financial Services Corporation di Sydney, Australia . Alamat syarikat ialah PO Box A2286. Jadi tidaklah mudah mengesahkan apakah syarikat ini satu syarikat peti pos sahaja ataupun satu syarikat pengurusan dana yang berlesen. Mengambil kira bahawa kita bercakap mengenai keperluan biaya projek Malaysia untuk lima tahun sehingga 2010, tentulah seram kita dibuatnya. Ini bererti pinjaman bernilai USD$50 billion yang diperlukan oleh Malaysia sedang diuruskan oleh sebuah syarikat yang dikenali melalui petipos dan sebuah syarikat sendirian berhad di Malaysia yang sedang bersiap mahu gulung tikar. Dua minggu sebelum 15 Jun 2006, yakni pada 30 Mei 2006, Asasatu Technology Sdn Bhd telah menulis kepada Abdullah Ahamd Badawi satu surat menawarkan USD50 bilion dan menyebut dalam surat itu bahawa rakan niaga mereka Union Financial Services Corporation. Surat itu telah ditandatangai oleh Ir. Hj Zubir bin Hj Ahmad. Ada seorang yang bernama Roland Bueyer telah disebut sebagai President of Union Fincancial Services Corporation. Surat Reezal Merican bertarih 15 Jun 2006 adalah satu jawapan kepada surat bertarikh 30 Mei 2006.
Malahan sebelum itu, pada 22 Februari 2006, ada satu syarikat bernama Project Equity Services Group daripada Singapura telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri dan Gaboner Bank Negara merujuk kepada satu pertemuan pada 25 Oktober di Bank Negara. Surat itu menyebut nama semua yang hadir dalam pertemuan itu.
Apa yang harus dirakamkan di sini ialah surat bertarikh 22 Fberuari 2006 menyebut bahawa keseluruhan urusan ini mestilah dilaksanakan melalui Hj. Zubir bin Hj Ahmad, Managing Director Asasatu Technology Sdn Bhd. Ia juga menyebut bahawa ini adalah juga permintaan yang dibuat oleh Bank Negara. Ini bererti Bank Negara telah mensyaratkan agar Asasatu Technology menjadi proksi kerajaan Malaysia.
Pinjaman USD50 bilion itu perlu dibayar balik dalam masa sepuluh tahun dan dikenakan faedah tahunan antara 2.88% hingga 3.5%. Tentunya ia mesti dibayar balik dalam bentuk US Dollar dan mengikut apa juga kadar perukaran matawang pada waktu yang terbabit. Ini bererti USD50 bilion itu terdedah kepada turun naik matawang dan risiko pertukaran wang.
Kalau dibaca ketiga-tiga surat berkenaan adalah jelas Bank Negara sudahpun bersetuju agar satu syarikat sendirian berhad yang sedang mahu gulung tikar digunakan untuk mendepani pinjaman USD$50 bilion dan syarikat ini akan menjadi proksi kerajaan Malaysia supaya tidak jelas bahawa Malaysia yang meminjam USD50 bilion daripada luar negara.
Kedua, keseluruhan pekej pinjaman ini telah didalangi oleh satu syarikat broker Singapura, tetapi sebagai helah tidak mahu mendedahkan nama Singpura, takutkan ada jari telunjuk diarahkan kepada anak menantu Perdana Menteri, makanya mereka rancang gunakan satu syarikat petipos Australia menjadi ‘partner’ kepada syarikat (yang sedang gulung tikar) di Malaysia.
Ketiga, kerajaan tidak mahu meminjam secara rasmi kerana itu si peminjam terpaksa mengikat konsep ‘mama-papa private limited company’ yang bernama Asasatu Technology Sdn Bhd. Ini akan menunjukkan kerajaan Malaysia adalah lebih bersih dari bersih dan lebih putih dari putih. Akhirnya jelaslah, apabila kerajaan Malaysia mengumumkan jumlah RM200 bilion untuk RMK9 di Parlimen, dan menyatakan mereka tidak pun punyai wang itu untuk membiayai projek tersebut. Akan tetapi kerana tidak mahu memaparkan negara sedang meminjam dollar Amerika yang ada kadar faedahnya, termasuk dikenakan peraturan turun naik matawang bagi membiayai rancangan pembangunan negara, mereka gunakan satu syarikat kecil sebagai topeng dan syarikat topeng itu menggunakan pula satu syarikat peti pos Australia yang sememangnya mendapat sokongan Singapura.
Dengan lain perkataan, melalui tipuhelah menggunakan beberapa lapis syarikat topeng dan syarikat peti pos, Singapura sebenarnya yang mengongkosi pembangunan Malaysia yang diwarwarkan sebagai Rancangan Malaysia Kesembilan ataupun RMK9."
journalrakyatmarhean: sila klik pada gambar dokumen untuk melihat dokumen yang lebih jelas....
Name: journal rAkyAt m@rhean Home: About Me: Penulisan yang dipaparkan di sini adalah untuk perkongsian minat atau maklumat yang berkaitan dengan isu semasa, sama ada dari aspek Ekonomi, Sosial, dan Politik merangkumi dari dalam dan luar negera. Mungkin juga penulisan dan imej yang diambil daripada sumber lain untuk perkongsian bersama. See my complete profile